Tuesday, June 1, 2010

Nasi Jagung

Salam ,ni menu ari ahad kompem udah pinish ye,bangun je dari turu bukak peti doraemon tengok ade lagi 2 tongkol jagung ngan sedikit susu cair,pikir punya pikir nak buat apa,tinggggg mentol pun menyala yes kita buat nasi jagung,tapikan dalam freezer tadak ayam @ daging nak keluar p market malasssss,so tengok2 ade ikan bilis n timun yes boleh ku godek sambal bilis ngan kerabu timun tapi nenas yilek,ala guna je lah apa yg adekan.Bila big boss tengok ,ayat yg keluaq aik ingatkan sambal bilis makan nasik lemak,ala kita yang makan diakan heheheh tapi anak2 sukeee siap bertambah-tambah nasinya.  
Masa menumis nasi ni ghau ghau bau dier hahahaha memang wangi sangat,sampaikan angah datang tanya ibu masak apa bau wangi sangat ,dialah yang makan paling banyak sekali memang berbaloi .Setelah minta tulun ngan pakcik google maka terjatuh chenta ngan resepi kak liza.Terima kasih kak minta izin CnP kat sini ye.

NASI JAGUNG

Bahan

6 caw beras bathmati....basuh dan toskan
2 caw jagung parut/jagung frozen
1 caw susu cair
8 caw air
2 s/b rempah kurma - Chik mi guna rempah beriani
2 biji buah tomato.....mesinkan - chik mi dadukan je
3 s/b minyak sapi
1 tangkai daun ketumbar.....mayang
daun pandan........simpulkan
garam
gula

Bahan tumis
5 ulas bawang merah ]
3 ulas bawang putih ] mayang halus
2 cm halia ]
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bungka lawang
5 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Cara
1. Panaskan minyak sapi dlam periuk Rice Cooker dan masukkan bahan tumis,bawang & halia yg dimayang dan daun pandan.
2. Bila dah wangi masukkan rempah kurma. Biarkan naik minyak.
3. Masukkan air, garam, gula, tomato dan susu cair. Biarkan mendideh.
4. Masukkan beras, jagung dan daun ketumbar.
5. Alihkan periuk kedalam Rice Cooker dan biarkan masak saperti nasi biasa.
6. Bila telah masak bolih dihidangkan dengan lauk daging atau ayam serta acar.
Source Hanieliza Fp

Monday, May 31, 2010

Gulai Ketam Dengan Nenas



Salam dah lama tak masak gulai ketam ni,aritu Chik mi jumpa ketam yg elok jugak dengan harga yang amat murah sekg Rm 16,so apa lagi cik hubby yang mmg penggemar ketam terus je suruh ambil.Chik mi kalau ngan ketam ni suka masak gulai a.k.a kari dengan nenas,tapi rempah kari nak yang cap Tarbus cap lain tak best ,since semua bahan dah ade so kerja pun cepat lerkan.

Thursday, May 27, 2010

Mashed Potato wif Blackpepper Sos

Salam ,wah makin teruk kemalasan yang melekat pada diriku ni ,ni pun dah lamaaaa buatnya tapi ntah mengapa malas sungguh nak mengentrinya.dah lama Sabrina request nak mashed potato yg macam kepci tu selalu cakap nanti ibu buat ye,akhirnya sempat jugaklah buat hari tu,tapi biasalah budak kecik t kalau dah buat makannya tak seberapa ,mashed potato ni chik mi ambik dari umah Hazila,sosnya pulak dr kawan Chik mi ,Cik Ros,tapi resepinya lupa nak bawak so nnti Chik mi letak ye. 
Mashed Potato
* 2 biji ubi kentang
* 1 sudu besar butter
* 3~4 sudu besar susu segar
* sedikit garam

Cara-cara

1. Bersihkan ubi kentang dan buang kulitnya. Potong kepada 4 bahagia. Rebus sehingga empuk.
2. Lenyek-lenyekkan ubi kentang dengan garfu.
3. Panaskan butter, susu dan garam. Apabila butter dah cair, padamkan api. Masukkan ubi kentang yang dah dilenyek tadi. Gaul sehingga serata.
4. Siap untuk dihidangkan.

Source ~Hazila

Monday, May 24, 2010

Ayam Pandan

Salam,terima kasih semua yang mendoakan Chik mi ye,Alhamdulillah arini better sikit,tapi biasela kan suara ku masih lagi sengau macam penyanyi rock ler pulak.Hari tu chik mi buatkan ayam pandan ni untuk my niece yang sekarang ni jadi 'makyung' tu.Dah lama duk kenen-kenen bila nak buatkan dia ayam pandan kesian ler pulak nanti meleleh air liuq anaknya pulak kalau tak dapat makankan,so aritu sempatkanlah jugak chik mi buat .
 
Resepinya nanti chik mi CnP sebab Myr tengah demam sekarang ni tak boleh masuk.

Update:



Bahan-bahan ( 3-4 org )

  • 1/2 ekor ayam (1kg)
  • * 3 biji bawang merah
  • * 3 ulas bawang putih
  • * 1/2 inci halia
  • * 1/2 inci kunyit
  • * 1/2 inci lengkuas
  • * 2 batang serai
  • * 1 sk ketumbar
  • * 1 sk jintan manis
  • * 15 biji cili padi ( pedas ikut suka )
  • 2 sb santan pekat (optional)
  • 1 sb madu
  • garam, gula dan pak aji ikut secukup rasa
  • daun pandan

Cara-cara

  1. Ayam dibersihkan dan dipotong kecil-kecil.
  2. Tumbuk semua bahan bertanda*. Gaul bahan tumbuk dgn ayam, madu, santan, garam, gula dan pak aji.
  3. Pandan1
    Buat poket dgn daun pandan dan masukkan ayam dlm poket tu.
  4. Pandan2
    Balut ayam dgn daun pandan. Cara bungkus ala-ala buat ketupat palas.
  5. Pandan3
    Cucuk ayam yg telah siap dibungkus dgn lidi supaya ayam tak terkeluar.
  6. Pandan4
    Potong lebihan hujung daun supaya kemas.
  7. Pandan5
    Siap bungkus, goreng hingga golden brown dgn api sederhana. 

Source che iza -Myr


 


Friday, May 21, 2010

Honey & Ginger Tea

Salam,kejap je dah hari jumaatkan ,lepas bz dengan kerja yg tak habis-habis tu Chik mi kena pulak flu ngan sore throat (ofcmate chik mi ,siap suruh minum green tea lagi takut berjangkit kat depa).so arini alhamdulillah dah better sikit,sampai naik kembung perut asyik minum green tea ngan air suam je rasenya every 15 min chik mi p toilet.Yang honey and ginger tea tu chik mi terbaca kat blog ni.tapi dah tak dapat cari,katenya bagus utk nak refreshing our body yg kepenatan serta nak hilangkan angin yang banyak kat dalam badan chik mi ler tu.Alhamdulillah chik mi duk amalkan minum ni malam-malam rasa ringgan sikit badanku yang memang berat ni. Nak buatnya senang je masukkan air mendidih dalam mug ,masukkan hirisan halia yg di pecahkan sedikit,pastu masukkan madu mudahkan semudah ABCkan
Award ni chik mi terima dari Nur ,Terima kasih nur semuga ukhwah kita berpanjangan ye,Ok chik mi nak panjangkan award ni kepada pengunjung teratak chik mi sila2 jangan malu dan segan semoga persahabatan kita diberkatiNya Amin.