Thursday, September 2, 2010

Blueberry & Pineapple Cheese Tart

Salam,yahhhhh biskut kedua menyusul selepas yang pertama,hari isnin tu chik mi cuti so sempat lah buat 2 jenis tart(cuti balas dendam sebab kena kerja hari jumaat),kenapa 2 jenis tart??? sebabnya blueberry jem ku tak cukup (mahal beno jem tu bekas kecik je 250gm rm5.00)kehedekut ke?jimat wei nak ghaya semuanya nak pakai duit.Napa namanya ade cheese?hishhhh banyak beno soklannya tu heheheh sebabnya dalam doh tu ku telah campurkan dengan parmesan cheese,ni utk melebarkan badanku yang dah sedia lebar ini.
Kalau nak tengok blueberrynya korang guna teropong ye,ade yang warnakan dohnya kaler purple chik tak letak sebabnya anak-anak chik mi ni jakun macam ibunya karang depa tak makan,blueberry cheese tart ni pebret Sabrina sampaikan angah nak sorokkan balangnya asyik mengankut je,Sama seperti maz chik mi saban tahun menggunakan resepi ni,sejak kenal terus jatuh chenta.Chik tak sapu ngan kuning telur .
                                                                Bahan-bahan
  • 1 cawan butter ( 226 gram) at room temp (bukan butter cair atau lembik)
  • 1 biji kuning telor.
  • 1 suduteh asen vanilla.
  • 20 gram gula - kita guna 40g manis elok je
  • 40 gram tepung jagung
  • 50 gram tepung kastard
  • 20 gram susu tepung (boleh tukar ke coffemate powder pun ok)
  • 240 gram tepung gandum - kita guna tepung superfine sebanyak 200g dan 50g tepung gandum.chik mi guna tepung ros
  • 1 biji kuning telor + beberapa titik pewarna kuning telor untuk sapuan. 
  • *20gm cheese powder-chik mi guna parmesan 
Cara cara

1. Sebatikan telor, butter, gula dan asen vanilla. ( baya hanya guna spatula aja) - kita guna hand mixer

2. Masukkan tepung satu pesatu, mula tepung jagung, tepung kastard dan susu tepung. Gaul sebati. Masukkan tepung gandum. Gaul sebati.

3. Lepas tu masukkan dalam acuan tart golung tekan keluar, letak jem dan gulong.
Bakar 350F selama 17-19 minute.

Nota : Jika adunan nie masih melekit dekat tangan kena masuk skit skit tepung rasanya tak banyak dalam 10 gram aja. Jika adunan kering pula kena masukkan butter tak banyak skit aja jika kering pun. Adunan mesti dapat seperti gambar dibawah. Baya sentiasa tutup adunan nie dengan tuala atau tissue paper atau cling sepaya adunan nie tak kering. Cuba tekan dengan adunan jika ia keluar elok dan tak putus putus adunan tu elok, seeloknya dicuba terus . Tekan sekeping lepas tu letak jem try gulung kalau tak merekah maknanya adunan tu dah ok. Last sapukan kuning telor.

1 comment:

  1. macam mana nak buat jem dia??
    tak pernah buat tart salama ni...

    ReplyDelete

Reply