Friday, November 23, 2012

Ayam Goreng Kremes

Assalamualaikum,ayam goreng yang famous kat Indonesia,cuma Chik mi olahkan sikit ikut selera anak-anak.Sambungan hahah tadi tengah duk cari idea nak menulis tetiba bos meucul terus tekan publish hahaha kang terkantoi sapa yg susah.Pertama kali mencuba rsp ni masa bulan ramadhan dulu buat nasi ayam penyet ,google sana sini so terjumpa dengan web Indochine kitchen ni,suka tengok gambar-gambarnya yang cun melecun tu,siap ada step by step lagi tu yg best .Ayam kremes ni digandingkan dengan sambal tomat,dan tempe goreng dan kangkung rebus jadi ler nasi ayam penyet,menurut kawan chik mi mak uda ,yang makan kat restoran di Ipoh,so kita pun godek-godek jugak la nak merasai kehebatan nasi ayam penyet ni.
Ayam Goreng Kremes
Olahan : Chik mimi
Sumber:Sini
Ayam dibasuh dan ditoskan sehingga kering
Bawang merah*
Bawang putih*
Buah Keras*
Ketumbar biji* (serbuk)
Serai*
Lengkuas*
Halia*
Garam Secukup rasa
Air
Minyak untuk menggoreng terendam
*bahan bertanda * diblend halus

Bahan untuk Kremesnya
Tepung Gandum (quantity lebih dr tepung beras)
Tepung beras
Secubit baking powder

Caranya :-
Ayam direbus bersama bahan-bahan blend selama 20-25 minit kemudian keluarkandi sejukkan.
tapis bahan yang diblend tadi
air rebusan dicampur dengan kedua-dua jenis tepung ketepikan.
Goreng ayam sehingga kekuningan ,jangan terlalu lama sebab nanti ayamnya keras
Kemudian goreng bahan yang telah ditapis tadi
taburkan ketas ayam goreng
Air rebusan dengan tepung tadi ,dicampur dengan baking powder kacau menggunakan whisk sehingga sebati,kemudia digoreng dan ditoskan minyaknya ,kemudian ditaburkan diatas ayam tadi.

13 comments:

  1. sedapnya banyak serdak2 tu, ayam goreng kalu digoreng memang laku je kan

    ReplyDelete
  2. alahai chik mimi..
    ni dok tayang kat nani ni ye.. ade lagi tak.. nak makan lunch ni..
    bawa ikan goreng sumbat cili je ni.. nak beli sayo kedai makcik bawah ni tutup plak.. tunggu chik mimi hantar ayam goreng tu lah.. boleh? nak yg serbuk2 tu ye..

    ReplyDelete
  3. Selamat petang Chik Mimi,
    terpikat tengok ayam goreng kremes... dulu pernah buat nasi ayam penyek tapi kremesnya tak menjadi...tak lulus lagi, macam Chik Mimi buat ni cantik!

    ReplyDelete
  4. salam CikMimi...hehe sedap ayam goreng cicah dgn sos panas panas...tak makan nasi pun tak pa sebab sedap.

    ReplyDelete
  5. sedapnyer akak...suka makan ayam goreng macam ni..paling best tang tepung2 tu

    ReplyDelete
  6. Assalam dinda..
    ayam kremes..memang sedap suka makan serdak2 dia tu..
    dinda..mana nasi komok?..heheh

    ReplyDelete
  7. I like I like I like!!! Ayam kremes, haish sungguh menggoda kak ;)

    ReplyDelete
  8. yumm yummmeeehh...!!! meleleh2 ni...

    ReplyDelete
  9. mesti sedapnie.. nampak garing..zila amik resepi yer..:) tq share resepi

    ReplyDelete
  10. salam cikmi..
    sedap ni ayam goreng garing2 gini lawan pulak dgn nasi lemak panas2...

    ReplyDelete
  11. Pretty Much post it is. I enjoyed very much. If you want to know about “Food Storage” please visit: http://www.efoodsdirect.com

    ReplyDelete
  12. Selamat Tahun Baru Chikmi. Semoga tahun 2013 membawa kebahagian dan kemakmuran. Semoga tahun ni makin rajin update blog. Hehehehehehehe........

    ReplyDelete

Reply