Saturday, February 28, 2009

BuNgA



Salam ,sebenarnya chik mi dok try guna picasaweb tapi tak pandai2 lagi ler.dok kena main 2 lagi dengan dia lagi .Layan ajer lah gambar munge2 kat umah chik mi.Nak say thanks to Kak ita

kerna sudi berkongsi dengan chik mi.

layan ajer lah .

Wednesday, February 25, 2009

Award





Chik mi terima awards lagi dari Fiza Nordin terima kasih Dik semoga persahabatan kita dirahmatiNya insyaAllah amin ....
Chik mi gak nak panjangkan award ni kepada :
  1. Zie
  2. Ijah
  3. Maria
  4. Kton
  5. Halen
  6. Kak ummi
  7. Fieza
  8. Anawahid
  9. Kak Ita
  10. As

Sotong Goreng Tepung



Resepi orang yg diserang vit M.hahaha main campak2 ajer bahan yg ade kat dapur tu.Resepi ni puan asalnya che iza yang ampunya.Chik mi cnp kat sini lah yer.Thanks yer iza kongsi resepi yg best ni.

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 300 gm sotong
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sk baking powder
  • 1 biji telur
  • sedikit garam
  • lada sulah
  • daun kari- chik mi tambah*
  • serbuk kari - chik mi tambah*

Cara-cara

  1. Potong sotong kecil2, bersihkan dan toskan airnya biar sampai kering.
  2. Gaul sotong dgn sedikit garam dan lada sulah.
  3. Pukul telur setakat nak satukan yg kuning dgn yg putih jer. Masukkan sotong ke dalam telur. Ketepikan
  4. Gaul tepung dgn bp. Masukkan sotong yg telah digaul dgn telur dalam tepung, salutkan habis sotong dgn tepung. Kalu nak pedas boleh letak sikit serbuk kari dalam tepung.
  5. Goreng deep fry sampai golden brown. Goreng sotong kejap jer dalam 4-5 min kalau tak nanti sotong keras and liat pulak.

Posted by Picasa

Tuesday, February 24, 2009

IkAn ToNgKoL GoReNg KiCap




Ni sebenarnya dinner malam tadi.Anak2 n cik hb sukeeee banget lauk ni.Resepi asal ade di sini tapi chik mi ade menderhaka skit.Ampun ya tuan punya resepi.
Chik mi cnp kat sini pulak yer.

Bahan-bahan ( - )
>>Bahan untuk rebus
Ikan tongkol
asam keping
lengkuas
garam
manisan/gula melaka
>> Bahan untuk goreng kicap
bawang besar-hiris
bawang putih- hiris
cili padi- hiris
kacang panjang -Chik mi tak bubuh
kicap
sos tiram
* cili blend-chik mi tambah
Cara-cara
Bersih ikan dan rebus dengan bahan-bahan rebus. Letak siket air tapi tak payah tenggelam ikan. Tutupkan periuk.. biarkan di atas api 4-5 minit. Ikan yang dikukus semalaman lagi sedap bila digoreng.
Goreng ikan tongkol yang direbus sehingga garing. Ketepikan
Tumiskan bawang dan cili sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sos tiram. Kacau dalam 1-2 minit. Kemudian masukkan kacang panjang. Goreng dalam 2-3 minit.
Kalau nak berkuah masukkan sedikit air rebusan. Lepas tu bolehlah dimasukkan ikan. Kacau biar sebati.
Sedap dimakan ketika masih panas-panas

Monday, February 23, 2009

KaCaNg KuDa PeDaS


Kacang kuda ni chik mi ari sabtu gak,dek dah ngences tengok kat umah G ngan umah Hana.Dah lama rasanya tak makan kacang kuda pedas ni.Resepinya boleh gak amik kat sini.Chik mi main campak2 ajer.
Ni Chik mi punya version

Kacang kuda Pedas
kacang kuda -direndam semalaman
Cili blend - 6 sudu besar
bawang putih 5-6 ulas- Ditumbuk
cuka 2 - 3 titis
garam
gula putih - Chik mi gula gula melaka
Minyak utk menumis
Daun kari- 2 tangkai
cara-caranya
Rebus kacang kuda sehingga empuk.(chik mi guna pressure cooker dalam 20 minit),toskan airnya sehingga kering ketepikan.Tumis bawang putih sehingga garing,pastu masukkan cili blend tumis sehingga garing (hilang bau cilinya),masukkan cuka ,garam dan gula masak sehingga pekat,masukkan kacang kuda yang telah direbus tadi.kacau sehingga sebati masukkan daun kari.Sedia untuk dihidangkan