Tuesday, July 7, 2009

Roti Canai

salam semua ,N3 ni utk adik2 dan kengkawan yang nak resepi roti canai yer,resepinya dicedok dr dapur MYR cuma assistant Chik mi yg tolong mengulikan pastu Chik mi buatkan,sbb tangan tak berseni maka rotinya tebal skit,hasil posmotem ngan KMas (ofc mate ) dicakap roti canai chik mi x cukup minyak so lain kali nak buat roti canai kena taruk minyak banyak2 baru jadi nipis n crispy.jom layan rcpnya.

Bahan-bahan ( 12-16 biji ) - Rcp Joayee

  • 550 gm tepung gandum
  • *250 gm air
  • *1 egg-50gm
  • *3 Tbsp susu pekat manis-60gm
  • *1 tsp garam-6gm
  • *1 tsp butter/margerin-15gm
  • 1-2 Tbsp tepung gandum-untuk di tambah kalau terlebih lembik semasa menguli

Cara-cara

  1. masukkan bahan * kedalam bekas, kacau hingga sebati
  2. masukkan bancuhan air tadi kedalam tepung.
  3. uli hingga jadi doh
  4. rehatkan doh selama 10min
  5. uli lagi selama 5min
  6. **ulang step 4&5 sebanyak 3 kali.** Noticed-lepas kali ke 3 process uli&rehat, doh bertambah kenyal n tak melekat. so jgn risau kalau 1st process terasa doh melekat di tangan. kalau ranya lembik lg selepas 2nd time uli&rehat, tambah sedikit tepung(1 tbsp)
  7. advisable uli guna tangan-tp nak pakai bread machine pun boleh. Utk bread machine. follow step 1,2,3 diatas. masukkan dlm machine: program basic bread..biarkan process selama 1hr 15min. selalunya doh lembik skit sebab temp bread maker. masa machine pause, kluarkan doh, uli kekejap dengan sedikit tepung. dan masukkan balik dlm machine.
  8. bentuk bulat2. produce 12-16 biji depending on the size.perap selama 3jam atau lebih Dan boleh di kibar atau di tarik2.
  9. *nb:jika tak habis kebar, bole simpan dalam fridge up to 2 day
  10. *tips: terlebih uli, dought akan kenyal, dan susah nak kebar. bila masak roti akan kenyal. that's why process uli , rest, di ulang 3 kali.
  11. *NB: refer to komen from skyblue&yani:I dah update jumlah air to 250gm. nak clarify ,Dough roti canai ni memang keras berbanding dengan dought roti bun biasa. tetapi, jangan risau, selepas diperap , dough akan lembut. coz kalau terlalu lembik, nanti bila nak kibar, akan koyak. kalau tak tau kibar, bole la tarik, nipis2...
  12. lupa nak cakap. masa lepas dibulat2kan, hendakklah disapu dengan magerin, then baru simpan..and masa nak kibar pulak, hendaklah di penyek2 dulu sebesar tapak tangan, and restkan selama 10 min, bole buat byk2, then barulah di penyek besar2 utk proses kibar.
yg ni pulak kuah Dhalnya,tp chik mi tambak 100gm santan,makin berlemakla badan ku yg sedia montel ini,hihihhii

Bahan-bahan ( 6 orang ) - Rcp S Shamen

  • 1 cawan kacang dal
  • 2 batang carrot dihiris (jangan nipis sangat)
  • 1 biji terung sederhana besar dihiris (jangan nipis sangat
  • 2 biji kentang dibelah
  • sedikit serbuk kunyit
  • **1 inci halia diracik
  • **2 biji bawang putih diracik
  • **3-4 biji bawang kecil dimayang
  • **sedikit daun kari
  • **sedikit bunga cengkih, bunga lawang & kulit kayu manis
  • **1 sudu kecil biji sawi (mustard seed)
  • 3 biji cili hijau dihiris (jangan nipis sangat)
  • minyak untuk menumis
  • garam & gula sesedap rasa

Cara-cara

  1. Rebus kacang dal dalam periuk sehingga empuk, masukkan serbuk kunyit.
  2. Bila kacang dal dah agak agak empuk, masukkan carrot & kentang ke dalam rebusan dal tadi & teruskan merebus sehingga kesemuanya empuk.
  3. Kemudian masukkan pula terung & cili. Cili seeloknya dipotong besar. Teruskan merebus lagi sehingga terung masak.
  4. Dalam kuali yang lain, panaskan minyak kemudian tumiskan bahan bahan yang bertanda ** sehingga layu & naik bau. Kemudian curahkan ke dalam rebusan sayur sayur tadi.
  5. Rasakan garam & gula ikut selera masing masing masing & siap!!
Tima kasih semua yg sudi berkongsi rcp ye

3 comments:

  1. ni kena simpan resipi ni. nanti bila ain dah ada BM..boleh le tryyyyyy!!!hehehe

    ReplyDelete
  2. chik mi sedap ni..tenkiu nanti nak try buat bila free..kalau jadi eiyda tempek dlm blog..kalau senyap jer tu alamat tak jadi la tu..heheh..

    ReplyDelete
  3. wah..dh hilanglah satu pelanggan kat gerai roti canai tu yer...cayalah !!

    ReplyDelete

Reply