Ni lauk tengahri kemarin,penyakit M nak menyapu sawang semakin menjadi2 ,hahhaha selepas ni tak yah lagi beli daging masak merah ni kat restoran Bangkok Tomyam,acik dah terra buat .....Komen si along ibu lagi sedap la dr kat Bangkok Tomyam,tpkan kalau ade tomyam sekali lagiiii sedap,apa2 lah along,ibu masak apa yg ade kat esbok tu aje....
Resepi ni CnP dari Myr.Thanks Jeezy kongsi Rcp ni
bahan-bahan ( 4 orang )
- 1/2 kg daging lembu (direbus sampai empuk)
- 2 ulas bawang putih diketuk
- 1 labu bawang besar dipotong bulat
- 1 sudu besar cili giling
- Sedikit sos tiram
- Sedikit sos ikan (thailand mari)
- Sedikit sos tomato
- Sedikit minyak untuk menumis
- Garam dan gula secukup rasa
- Daun ketumbar/daun sup/daun bawang untuk hiasan (mana2 pun boleh)
Cara-cara
- Daging yang dah siap direbus tu potong nipis2 ya.
- Panaskan minyak sikit, goreng daging dulu sampai kuning2 sikit, ketepikan.
- Tumis bawang putih sampai naik bau, masukkan cili giling.
- Goreng2 sikit agak2 garing tu bolehlah masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato.
- Masukkan daging tadi dan bawang besar yg dihiris kacau2 dan rasa garam dan gula.
- Kalau nak kuah lebih bubuh air sikit dan tambah sos tomato.
- Dah masak bolehlah diangkat dan hidangkan. Taburlah daun ketumbar yg dihiris tadi biar lawo sket.
Sedap nye daging merah thai tuh... kite kalo ade stok daging dah lama kite buat. nie alih2 daging kebab, alih2 daging cincang jer... huhuhu
ReplyDeletesedapnya mi. nak kena cari dg btg pinang lah. boleh try resipi ni nanti. pas tu nak cari sos ikan pulak. baru lah ummphh!!!!kan..???
ReplyDeletemi,selalu nyer mskan Thai mmg sedap2 belaka..nur feberet mskan Thai...ini nak amik resipi bubuh kat waiting list dulu.
ReplyDelete