Tuesday, September 1, 2009

Roti Berlapis Daging

Salam ,ni menu semalam baru sempat nak upload hihihi bz mengalahkan menterikan.Roti ni chik mi buat sbbnya nak habiskan roti yg duk kat dalam esbokku itew.tp yg ni terlebih roti la pulak lupa nak tambah susu lagi so keras skit.Apa2 pun besh cedap,Rcp ni dari Kak E.Thanks kak nak mintak izin nak CnP kat cni ye.




Bahan-bahan ( 6-8 orang )

  • 3 biji kentang di potong dadu
  • 500gm daging cincang
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 3 sudu makan minyak untuk menumis
  • 12-14 keping roti
  • 500ml susu segar
  • 3 biji telor
  • secubit garam
  • Parutan cheese (banyak ikut suka)
  • Sedikit margerin untuk melenser
    1. Blend bawang+bawang putih kemudian panaskan minyak dan tumis bawang serta masukkan serbuk kari dan juga daging cincang+kentang+garam

    2. Satukan Susu+telor+secubit garam

    3. Pukul susu+telor+garam hingga sebati

    4. Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi

    5. Ramas-ramaskan kesemua roti tadi

    6. lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit margerin dan letakkan 1/3 bahagian roti yang telah di ramas

    7. Kemudian letakkan separuh daripada daging+kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti

    8. Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan daging+kentang dan dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti

    9. Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka)

    10. Bakar dengan api sederhana selama 30-45mins atau sampai lidi tak lekat
  • Boleh dihidangkan semasa panas



9 comments:

  1. Salam Mimi. TQ singgah ke teratak buruk along. wow, best juga masakn kat sini....AlongRoz

    ReplyDelete
  2. salam kak mimi.. wah ada roti lapis berdaging... suami ita suka yang macam ni.. hanya isteri dia yang tak larat nak buat tiap hari.. huhuuh

    ReplyDelete
  3. sedapnyaaa. ni antara menu yg ada dlm list to-do ain ni. jumpa kat umah kak ummi kuantan. sampai la ni tak terbuat2. betapanya rajinnya kita!!hehe

    ReplyDelete
  4. Sedap tu. Rumah kita ada roti sebeban nanti nak try le. He he cakap je, gerau ni buat idak gak.

    ReplyDelete
  5. Salam chik mi...
    Kueh ni kalu kat kelantan ada iras2 akok berlauk chik mi... sedapnya... ada inti daging dalam tu...mmmmm... :)

    ReplyDelete
  6. ya la fzi..sedara mara akok berlauk..bleh try ni

    ReplyDelete
  7. >alongros tq kembali
    >ita kalau ari2 mmg tak bestkan,kena sekali sekala baru terangkat
    >ain sama lar kita ,tp mengenangkan roti kat esbok ku itew...
    >k gerau hihihi lawak la akak
    >fzi ooo ye ke tak tahu ler pulak

    ReplyDelete
  8. Sedap buat sahur ni...bagus2x...bertambah idea utk sahur...susah betul nak pikir nak wat apa kat cik abe yg tak nak nasi utk sahur!!

    ReplyDelete
  9. kak mimi...menarik ni. lama juga teringin nak buat tapi tak terbuat2 lagi...

    ReplyDelete

Reply