Monday, September 24, 2012

Kepah Masak Berapi

Resepi asal menggunakan kerang ,tapi ada kakak yg meniaga kepah ni ni offer sebab ada lebihan dr restoran seafood yang selalu dia bekalkan tu ke Chik mi ,terus teringat nak masak berapi ni.Masa jaman berforum dulu Kak Nor duk kempen kerang masak berapi ni,jangan marah ye sis nanti cepat tua hehehe....Memang sedap masak ni ,kena pulak yang pedas berapi tu kan.
 Sumber dari Myresepi 

Bahan-bahan ( 2 org makan )

  • 1kg kerang
  • 1cm Halia
  • 4 ulas bawang putih & 1 ulas bawang merah kecil
  • 5 sudu makan sos tiram
  • 10 tangkai cili api
  • 3 helai daun sadri & daun sup.
  • sesudu minyak makan

Cara-cara

  1. kerang direndam dengan asam keping selama 2 jam untuk memudahkan segala kotoran tanggal.toskan dan cuci sampai besih.Rebus skit kerang.
  2. tumbuk lumat bawang putih, merah dan lada cili.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga garing.Masukkan sos tiram dan kacau hingga sebati.
  4. Masukkan kerang, biar rempah melekat dan sebati.tiutup api dan taburkan daun bawang dan sadri.
Agak murah Chik mi dapat kepah tu rm6/kg,selalunya kena order dulu baru ada ,ni dah rezekikan saja je tanya dia kata ada lebih 1kg.Husband kakak ni yang cari kepah ni kat tengah laut ,dia cakap kalau buat tomyam pun mabeles,tak pa kak next time ai order lagi ok kita tomyamkan pulak kepah tu.
Pandanglah lihat lah isi kepah yang penuh tu!! geramnya ,ni chik mi dapat memang yg besar-besar.

20 comments:

  1. assalam kak mimi..wah cedapnya kepah masak beapi..cheq ada msk kepah gak 2-3ari lepas.main hentam je la..ish kalau tengok cp ni terlebih dulu.kompom wat rcp ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. iskkkh lina kesiannya ni akak buat last week lagi mood elek nak mengupdate

      Delete
  2. memang gerammmm
    mcm nak ratah mcm tu jer

    ReplyDelete
  3. salam akak..waaa..sedapnyer...nampak pun dah meleleh ayaq lioq semua...hehehe...tp cheq takbleh makan kepah/kupang dan seangkatan dengannya sbb arlegik...tp kalo nk merasa kena inject kat montot, boleh la cuba makan...hehehe....

    ReplyDelete
  4. Salam kak mimi!!! i likeeeeee!!! suke mkn lala lalalalalala :D lama tak buat masak mcm ni asyik di buat sup ajerr :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam ijahhhh ni bukan lalallala ni kepahh pah pah hehehe kulitnya keras,kalau lala kulit nipis n lembut je

      Delete
  5. Aslmkum Cik Mi.nampak sedap kepah itu...akk pernah masak kerang berapi tp dah lama dulu. murahnya harga kepah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam kak
      sedapkan kak ,a ah saya pun terkejut murah pulak tu

      Delete
  6. 2 jam nak kena rendam??....aduhhhh syahdunya... balik pukul 8 malam, rendam 2 jam, maknanya pukul 10.00 lebih baru boleh makan... aarrr tak sanggup...

    tapi apa pun terimakasih kerana kongsi resepi tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak rendam pun 2 jam sebab kepah ni dah bersih

      Delete
  7. kepah ni suka ratah2 jer..1kg pun belum tentu cukup nih...nk cuba lak En Hubby suka sgt pedas2 berapi nih..

    ReplyDelete
  8. Chik mi,

    Bak mai sepinggan, lama juga tak "mengepah". hehehehehe

    ReplyDelete

Reply