Malam ni malas nak makan nasi,since dah buat sambal paru ni,teringat pulak ade keledek yg nak menopous dalam gobok tu,chik mi guna rebusan air udang untuk buat kuah since dalam peti sejuk ade kulit udang .Kalau mee rebus mamak ade cucur udang tp malas la pulak nak buat.Family chik mi kalau mee rebus ni mesti ade sambal tumis sotong kering since dah ade sambal paru tu ok la kan.
Lupa nak beli limau,pastu bawang goreng pun dah pinish so tak cukup korum lah kan.
Pelakon tambahan(pinjam ayat ijan) .Rcpnya nnti chik mi masukkan ye.
Update:
Mee Rebus~ Resepi Keluarga Pak Awang
Bahan-bahannya
Mee kuning dicelur dengan air panas
Bahan unyuk kuahnya
Keledek ~direbus kemuan diblendkan
Air rebusan udang~boleh juga gunakan daging
Udang kering
Kacang Dhal sedikit saja~direbus bersama dengan keledek
Cili blend ikut kepedasan masing2
Telur sebiji ~ dikocok
Tepung Jagung ~dibancuh dgn air,ikut kepekatan sendiri
garam
sedikit gula
Pati ikan bilis~chik mi guna secukup rasa
Bahan Taburan(pelakun tambahan)
Sambal Sotong Kering
Taugeh di celur sekejap
Kentang direbus
Telur direbus
Tahu goreng
Limau nipis @ kasturi
Cili hijau
Daun Bawang
Cucur udang~tak buat
Cara-cara.
Keledek direbus bersama udang kering dan kacang dhal,blendkan masukkan cili blend air rebusan,masak sehingga mendidih, masukkan sebijik telur yg telah dipukul sedikit serta tepung jagung perasakan dengan garam n gula serta serbuk perasa,biarkan mendidih sekali lagi.
masukkan mee kedlm mangkuk ,masukkan kuah kemudian garnishing.
salam chik mi...
ReplyDeletewah...mee rebus siap dengan paru lagi...yat pon suka kalau ada paru...sedap!!! nanti nak makan mee rebus la...kasi semangkok pon nak...
yat
Salam Maulidur Rasul chik!
ReplyDeleteMemang ramai pelakon tambahan chik tue... hebat2 semua... semangkuk tak cukup kalau makan ni...:)
ijan
Amboi sedapnya mee rebus tu lebih2 lagi ada paru...lain dari yang lain!
ReplyDeletehttp://treatntrick.blogspot.com
Salam Chik Mi..
ReplyDeleteApa????? keledek yg nak menopous ..hehe, first time dengar ni...:)
semlm plan nak buat mee rebus gak. tp yg guna readymade paste je lah. cek2....dah xpired pulakkkk!!!huwaaa!!!!
ReplyDeleteSalam Chik Mi...wahhhhhh....pelakon tambahannya tak kalah juga tu nak possing.....Iyaaalah, tanpa pelakon tambahan siapalah hero dan heroin kannn....
ReplyDelete