Monday, April 19, 2010

Jelly Kelapa

Salam,sekarang ni kat Penang ni still panas,Chik mi plan nak buat jelly ni,tup2 hujan selebat-lebatnya since my hubby dah beli kelapa muda maka ku teruskan jua.Ni request dari angah sebabnya chik mi beli yg readymade dari Thailand aritu 2 biji almost semuanya dia makan,baik buat sendirikan lagi jimat pastu barang2nya bukannya susah nak dapat.
Silalah pilih ye yg mana satu idaman kalbu.

 Resipi chik mi sama ngan knor so chik mi CnP dari knor ajelah.~cuma rcp chik mi kuantiti airnya 2l saje so akan menghasilkan jelly yg agak keras sedikit

Jelly Kelapa~by Knor

Bahan-bahan ( lebih kurang 13 cup spt gambar di bawah )

  • 1 paket agar2 serbuk (10gm)
  • 2.6 liter air kelapa ~ k.nor guna air dr 3 bj kelapa muda~Chik mi guna 2.5L je
  • isi kelapa muda ~ boleh kaup guna sudu atau sagat
  • 11 sudu besar gula ~ terpulang pd citarasa masing2
  • 3 helai daun pandan
  • # Chik mi tambah esen pandan

Cara-cara

  1. Masukkan air kelapa muda, serbuk agar2, gula dan daun pandan ke dalam periuk.
  2. Masaklah hingga mendidih dan masukkan isi kelapa muda. Padamkan api.
  3. Biarkan sejuk sedikit dan boleh lah dimasukkan kedalam bekas yg disukai.



  4. Jelly_kelapa_2
    Sejukkan dlm peti ais dan bila dah sejuk bolehlah dimakan.
  5. # sekiranya air kelapa muda tidak mencukupi, bolehlah ditambah dgn air biasa untuk mencukupkan sukatan 2.6 liter

6 comments:

  1. salam chik mimi..
    wahh..cantik betul gmbr..ni yg buat sy terliurni..

    ReplyDelete
  2. Heee heee....selsema dan demam sikit tapi masih nak juga jelly tu...last week masa balik kedah terus gi padang Besar...ada gak beli yang ready made...2 bekas...2-2 tu Akak makan sorang hehehe!

    ReplyDelete
  3. salam chik mimi,
    bestnya ada jelly kelapa ! aritu balik banting, saya beli 7 cup jeli kelapa nih! sedaaap sangat. rupanya bole buat sendiri,kan? masuk list dulu.

    ReplyDelete
  4. saya mintak izin cnp ye sebab anak dara saya pun suka bangat makan jelli kelapa ni tapi maknya tak reti nak buat heheh

    ReplyDelete
  5. mimi, panas2 mmg sedap ler makan jelly kelapa tu. kak ita nak semangkuk ye!

    kek marie tu k.ita terpaksa sorok sebelum dijamu kpd anak2, kalau tidak tentu k.ita sendiri tak merasa. anak2 mmg hantu ngan kek ni...!

    ReplyDelete
  6. kak walahh mmg sedap time panas..laju je lalu kt anak tekak :)
    stakat ni kite men beli je sbb ada kwn jual..
    kes malas nk kopek kelapa ..hehe
    tp kalo buat berbaloi kan..

    ReplyDelete

Reply