Friday, December 17, 2010

Kek Pisang Bercoklat

 Assalamualaikum,opssss jangan nak mengendeng ye ni menu hari minggu yang lepas baru sempat nak lentak n3,hehehe siap sms ke puan empunya resepi lagi kalau nak tambah ovellete bnyk mana,dah lama tak membaking utk budak-budak tu,tak samapai sehari sebiji kek ni habis dikerjakan bersama ayah,mmg puas hati kalau buat sendirikan.Resepi dari kak sifu kesayangan (tak bodek tau ni kak hehehehe).
Dah lama tak ambil gambar ,nak posing-posing pun dah malas tambahan pulak ngan tangan gigil (apakah alasan).
Terima kasih kak chik mi CnP kat sini ye .
 Kek pisang bercoklat
Source :Knor 
  • 250gm mentega/marjerin
  • 3/4 cawan gula caster
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 5 biji telur gred A
  • 1 cawan pisang yg dilecek
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 150gm coklat masakan - diparut menggunakan pengupas kulit ubi kentang atau boleh juga dicincang 
    • 1sb ovelette ~ chik mi tambah
  •  1/3 cwn fresh milk ~ chik mi tambah

Cara-cara

  1. Panaskan oven 180C. Griskan loyang dengan mentega/marjerin dan taburkan tepung.
  2. Ayak tepung. Sekiranya tiada tepung naik sendiri boleh juga diguna tepung gandum biasa dan tambahkan 1 sudu teh baking powder.
  3. Masukkan soda bikarbonat ke dalam pisang yg telah dilecek dan gaul sebati. Saya hanya menggunakan 1/2 sudu teh soda bikarbonat supaya kek tidak terasa pahit.
  4. Pukul mentega hingga putih dan masukkan gula. Pukul lagi hingga kembang dan gula hancur.
  5. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus memukul hingga habis dan sehingga adunan betul2 kembang. Masukkan esen vanila dan pisang lecek. Pukul hingga sebati.
  6. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dgn kaedah kaup balik.
  7. Masukkan coklat yg telah diparut dan gaul tapi jgn terlebih gaul nanti coklatnya menjadi hancur.
  8. Masukkan ke dalam loyang dan bakarlah hingga masak, lebih kurang 45 minit.
  9. Kek pisang ini lebih sedap dimakan ketika masih suam2 panas kerana masa tu coklatnya masih lg cair dan bahagian tepi/atas kek agak rangup
  10. Selamat mencuba..

10 comments:

  1. Salam...salah satu kek kegemaran saya...boleh di cuba nih !!

    ReplyDelete
  2. Salam Jumaat Chik Mimi, Apa khabar? sedap kek pisang coklat ni...nanti bolehlah nk cuba..:)

    ReplyDelete
  3. kek pisang.. best tuh.. tmbh lak ader coklat.. mkn sorg pon bole abes ni..

    ReplyDelete
  4. Kek pisang aje udah enak .... ditambah coklat ... udah pasti sedap ya!

    ReplyDelete
  5. hehe ingatkan tak nak posing kek pisang ni :)

    ReplyDelete
  6. alamak wes entekkk... kempunan sudaaa....

    ReplyDelete
  7. Salam chikmimi,
    Ala kak.... baru nak mintak. faveret tu kue dan kek yang ada pisang ni. :D

    ReplyDelete
  8. sayang!!mimi ku (nak bodek ni) hehe minta 4 keping kek pisang:)

    ReplyDelete
  9. Salam mi cyg,

    sihat ke? Knur skrg ni ngah sakit pinggang...jln pun dan senget2...hehehe.

    Mi, knur pun suker kek pisang tapi org kat umah ni kureng sikit...lainkali kalo mi buat knur nak serbu umah mi dulu....jadi tak kempunan..hihi.

    ReplyDelete
  10. Suka dengan apa-apa yang ada rasa pisang nih..

    ReplyDelete

Reply