Thursday, March 24, 2011

Sambal Udang Gerangau

Assalamualaikum,Pagi yang dingin,malam tadi penang dibasahi dengan hujan sampai ke pagi terasa dinginnya,sambal udang gerangau yang sangat tersangatlah sedapnya,mula-mula plan nak buat sambal udang kering tapi terpaksa tukar ke plan B sebab udang kering dah habis.Sambal udang kering memang popular dish among chienese,ada yang peranakan version juga .Sambal ni boleh juga dipelbagaikan kegunaannya,hubby pun cakap sedap nantikan menu berasaskan sambal udang ni ye
Udang gerangau ni yang diimport dari Tanjung Dawai,kebersihannya InsyaAllah sebab perkampungan melayu
Sambal Udang Gerangau
Sumber:qasehmu-abadi.blogspot.com
Bahan-bahan
Udang gerangau~direndam sebentar kemudian disangai sehingga kering
4sb cili blend
4biji cili merah*
3 batang serai*
3biji bawang besar*
2st serbuk kunyit*
Sedikit belacan *
1st gula merah
3sb gula
Garam secukup rasa
minyak untuk menumis
*blend halus dengan menggunakan sedikit air
Cara-cara
Udang gerangau disangai sehingga garing ketepikan,tumis bahan blend sehingga naik bau dan garing,masukkan udang terus mengacau sehingga kering,gunakan api perlahan  perasakan garam dan gula nanti terhangit pulak,masak sehingga kering seperti serunding,sejukkan kemudian masukkan ke dalam botol kedap udara.
note:udang gerangau mengandung banyak pasir halus,so ke basuh betul supaya tiada pasir,rendam seketika,ambil bahagian atas sahaja,masukkan dalam penapis lalukan bawah air mengalir.

10 comments:

  1. salam... yuhuuuuuuuuu.... pack sket, pastu antor dlm mimpi ya.. hehe

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Mimi...

    Kalau bubuh udang geragau ni masak apa pun sodap! lebih2 lagi mee bandung..ada tinggal utk Kak Lin x?

    ReplyDelete
  3. Assalam mi,
    udang geragau tu berapa banyak ya agak2?..akak banyak udang geragau kering..nak tengok juga menu yang berasaskan sambal ni..

    ReplyDelete
  4. Salam.. Kak x pernah wat.. selalu kalau udang geragauni wat perencah jek.. mesti kena cuba.. ader stok greragau.. Kak erma nak cuber raser sambal akak... nampak sedap n wangi jek...

    ReplyDelete
  5. MMM yummy, lameeeee tak jumpe udang geragau ni kan CM....

    makan dgn pulot sedap nih.....mmmm yum3!!!

    ReplyDelete
  6. sedapnya mimi..pos ke ns sikit mi..

    akak pun masak udang gak..tapi ada tempoyak..mimi makan tempoyak?..leh akak bawak penang nanti.hehe

    ReplyDelete
  7. Mimi,
    akak kalau udang geragau nie suka buat jemput2,tak pun buat kuah mee rebus..sedapnyer pulak tengok sambal tu..

    ReplyDelete
  8. selalu buat cucur je, tak tau pulak boleh buat sambal hehe..minta sikit..!

    ReplyDelete
  9. chik mi.. kalau makan ngan nasi goreng pun MARI gak ye... sodap ni.. terus terbayang kan ketupat.. aduhhhhh..

    ReplyDelete
  10. TQ kasi idea. Nanti bila musim kat sini, Along nak buat ler ni...mmmuah2 windu.

    ReplyDelete

Reply