Assalamualaikum,hari ni baru berkesempatan nak update N3 baru,hari jumaat tu chik mi ke pasar malam jumpa dengan apek yang selalu chik mi beli durian dekat dia,tinggal dah tak banyak buah,so dia pilih-pilih yang memang chik mi punya favourite nak isi yang liat-liat tak kisah isi kuning atau putih .Semuanya comei-comei je buah kecik-kecik tp isinya memang best dalam tu terselit la jugak sebijik yang besar tapi yang besar tu tak best langsung tawar tu yang chik mi buat cekodok tu ,rezeki jangan dibuangkan bila dah buat cekodok sedap la pulak duk mengunyah,sebab buat pun comei-comei aja.
Jangan tak tau cekodok bukan sembarang cekodok letak DDL lagi,heheheh nak habiskan stok DDL dalam peti sejuk tu yang chik mi campurkan sekali.
chik mi letak resepi kak besah ye sebab chik mi buat pun lebih kurang gitu jugak,cuma tak dak sukatannya.
Cekodok Durian
Sumber:Kak Besah~my resepi.com
- 4 cawan tepung beserbuk penaik (kalau xde, ayakkan je tepung gandum + 1sudu teh soda bikarbonat + 1/2 sudu teh baking powder)
- 2 cawan air susu.(air + apa2 susu smua bleh)
- 1 cawan gula pasir
- 6,7 ulas durian & 1/2 sudu teh garam
Cara-cara
- dalam mangkuk, larutkan gula dgn air.pastu campurkan durian & garam.gaul sebati. masukkan tepung sambil digaul hingga menjadi adunan pekat.
- goreng lah hingga masak.api jgn kuat sangat supaya serata masaknya.
Assalammualaikum Mimi..apa kabar? lama tak singgah blog Mimi.gerammya nya tengok cekodok durian tu..bulat2...sekalip ngap je...hi..hi.
ReplyDeleteAmboiiii..penang sedang dilanda musim durian ker?? comel2 laaa.. Nanti nak cari durian nak buat gak la..
ReplyDeleteChikmiiiii..... windu nya.... wow, cdok duyan lum pnh cuba. Dok tunggu duyan tak sampai2 musim lagi tahun ni kat Srawak.
ReplyDeletetudia trg0lek m0ntek2 cek0d0k meh 2 3 jibik nk kunyah d0k ngadap screen wlaupun jam dah kul 2:11 mnt pagi huhuhu..
ReplyDeleteCekodok durian sedapnya... Mkn guna lidi mcm tu senang anak2 nak mkn..
ReplyDeleteHmm! Yumm, looks very appetizing.
ReplyDeletetak tau lak durian boleh buat cekodok. mesti sedap kan
ReplyDeleteAssalamualaikum Mimi,
ReplyDeleteNampak buah durian kat Balik Pulau bergantungan tempohari, hari ni dah jadi cucuq ka...... nampak sedap dan cute sgt..
cikmi, nanti bila buah durian dah gugur kat dusun nun, bolehlah kakpah buat cekodok durian ni. dah terasa rasa dah kat tekak ni ha..
ReplyDeleteamboi2...cekodok durian..sedapppp...eina suka sangat..lama dah x buat..sana ada musim durian ke chik mi?
ReplyDeleteamboi buat cekodok durian.. kalau kat rmh ni durian tak sempat la nak jadi apa2 pun.. hilang macam tu saja!
ReplyDeletealahai mimi
ReplyDeletemontok2 tu!!!!
Haishhhh geram tengok cekodok durian akak coz Love tak makan pun durian this season...huwaaaa!!
ReplyDeleteLoved those balls..:D
wahh menarik resepi cekodok ni...sedapnya!!..:)
ReplyDeleteas-salam
ReplyDeletesedapnye cekodok durian..tak tahu durian blh buat cekodok..
kak mimi... baling cuk doyan 3-4 ketui kat sini.. nak buat sendri, malas nak pi panjat pokok doyanlah pulak ;p
ReplyDeletemimi, cekodok durian 2 cucuk, dap2 tu
ReplyDelete