Assalamualaikum,lamanya tak buat homemade sardin ni,sebab pressure cooker kesayangan dah menamatkan perkhidmatan setelah 11 tahun berkhidmat dengan jayanya.Alkisahnya si pc ni chik mi 'terbeli' sebab kena tipu u dengan geng 'gores dan menang',masa tu chik mi baru berpindah ke rumah ni so masa tu rumah nak tengah renovate so pintu pagar terbuka senang ler si geng-geng ni masuk,kalau tidak memang tak buka ler pintu pagar tu,bila tengok kat rumah ni ramai orang perempuan,masa tu mak dengan kakak chik mi ada sekali so dengan senyum simpulnya depa bercerita,mula2-mula malas nak ambil pot,tapi tau ler depa-depa ni kan p training macamana nak tackle customer ,akhirnya kutewas jugak,dengan harga rm500 masa kupinangkan jugak si pc tu,huwa mau nanges woo sebab 11 tahun yang lalu rm500 amat besar nilainya,bukan saja si pc yang ku pinang multicooker dan jugak water filter semuanya berharga rm500 setiap satu,siap angkut naik van lagi p withdraw duit.cik hubby pun asyik menjeling aje,ntah macam kena pukau gitu,memanglah nampak barangnya tapi dengan harga yang sungguh MAHAL.tapi nak pujukan hati tak pe lama tu boleh guna.Panjang pulak si mukaddimahnya ,ok berbalik pada cik sardin ni ye,chik mi bukanlah penggemar sardin,selalunya kalau masak pun untuk cik hubby dengan anak-anak saja,tapi kalau yg homemade ni alhamdulillah boleh aje nak makan mungkin sebab tak berbau hanyir agaknya.
Chik mi tak guna pressure cooker tapi menggunakan multi cooker,ada juga resepi yang menggunakan slow cooker.Kalau menggunakan multi atau slow cooker kebarangkalian untuk hangus kurang atau tidak ada langsung sebab kita boleh control kepekatannya.
Yang ni chik mi Sardin Berperisa Tomyam,sebab Chik mi tumiskan sikit tomyam paste campur dengan sardin tadi bersama hirisan serai dan daun limau purut,
Yang kat sini versi spicy guna cili blend ,yang ni chik mi guna resepi asal guna tomato paste.
Homemade Sardine
Resepi Asal :CMG
Resepi Asal :CMG
Olahan: Qasehmu-abadi.blogspot.com
BAHAN-BAHANNYA :-)
700 g ikan tuna~Chik mi guna ikan selayang/sardin/curut
1/2 cawan tomato puree
1/2 cawan minyak masak
25 g bawang putih*
80 g bawang merah*
20 g halia*(dikisar halus)
Garam dan gula secukup rasa
2 1/2 cawan air
CARA MEMBUATNYA :-)
700 g ikan tuna~Chik mi guna ikan selayang/sardin/curut
1/2 cawan tomato puree
1/2 cawan minyak masak
25 g bawang putih*
80 g bawang merah*
20 g halia*(dikisar halus)
Garam dan gula secukup rasa
2 1/2 cawan air
CARA MEMBUATNYA :-)
- Ikan tuna dibersihkan, potong sederhana besar, buang kepalanya. Perap dengan sedikit garam dan jus limau nipis selama 10 minit. Cuci bersih dan toskan.
- Dalam periuk tekanan, panaskan minyak masak, masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga harum, masukkan tomato puree dan masak hingga terbit minyak. Tuang air dan masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
- Bila mendidih, masukkan ikan tadi, kacau rata dan tutup periuk tekanan. Pasangkan injapnya dan bila periuk mengeluarkan wap dan bunyi "berdesir", kecilkan api dan biar masak perlahan selama 1 jam (ikut cara guna pada periuk tekanan masing2)...
- Cukup waktu, bawa periuk tadi dalam sinki dan alirkan air paip atasnya sehingga wap dalam periuk habis, buka tudungnya dan periksa keadaan ikan, selalunya pada masa ini ikan masih kekal dalam bentuk asal, tapi tulang2nya menjadi lembut seperti sardine dalam tin.
- Boleh lah dimasak mengikut kreativiti masing2. Nak buat sandwich pun boleh, nak cicah dengan roti pun boleh..atau goreng macam kita masak sardine biasa.
Sardin yang sihat tanpa bahan pengawet,tapi kena lama sikit masak kalau guna multi cooker nnti chik mi experiment lagi ye
salam mimi..rajinnya buat sardin sndiri, kali ni cnfrm kilang sardin tutup....hihihihi
ReplyDeleteterliurlah pulak tengok HS dia ni....lebih lawa dari yang biasa...
ReplyDeletesalam chikmi, boleh bukak kilang sardin dah ni ..
ReplyDeleteSalam akak...nanti buat sardin guna multi coker yer... saya tingin nk wat sardin sendiri...
ReplyDeleteAssalam mi!!!!!
ReplyDeletesuka akak tengok mi dah mula mengupdate..give me five!!!..
homemade sardine belum pernah cuba lagi ni mi..nampak sardine mi macam nak cuba ajelah..
nak jd tokey sardin pulak ke..sardin tomyam satu! hehe
ReplyDeleteAsal yg bernam sardin...memang fav kak cek...homemade sardine...wow!...pas ni tak yah la beli sardin dalam tin tu lagi kan..kan...:D
ReplyDeleteKita suka sardines, mesti simpan stock untuk kecemasan aka kemalasan. Lama tak buat sendiri.
ReplyDeleteSalam Kak Mimi..Sardine pun salah satu favorate alternative saya di kala kemalasan..sebab cepat dan mudah..emm belum pernah buat homemade, biasa beli jeeeee
ReplyDeleteassalam mimi, nmpk sedap sardin buatan sendiri, dijamin halal n selamat, cantik sangat kejadiannya
ReplyDeleterajinnya kak buat sardin sendiri...sardin kalau nak beli sekarang ni pun rega setin skit nye mahal harga dia...huhuhu...saya tak dek periuk ni..kalau dak bleh cuba..:)
ReplyDeleteAslmkum Cik mimi
ReplyDeletemenarik resepi sardin...ada perisa tomyam pula.masak dlm presure cooker..patutlah tulang lembut.kat sini senang nak dpt ikan sardin tp pressure cooker tinggal di msia...
re; skrg kat Alex...3 jam dr Cairo, kebetulan husben ada urusan di sini.
anak2 akk hantu sardin.. klau yg beli tu mmg ada pengawet.. nk kene cuba jugak ni.. ikan selayang.. tak kenal pulak.. hihihi.. google ikan selayang dulu eh..
ReplyDeleteamboi kak....rajin tul la buat sardin sendiri...hmmmm pasti lebih sedap ni kan:)
ReplyDeletemenarik! boleh try jugak ni. tak pernah buat sardin sendiri. kat sini pun sardin x mcm msia. dan byk yg tak boleh mkn. biasa beli tuna dlm tin je. hehe..
ReplyDeleteassalam chik mimi, rajinnya wat sardin sendri...kalau cheq mai tunjuk kat sshine jer haha..
ReplyDeleteResepi dah ada ni, bleh sessi memecah dara PC cheq tuh..
Bila nak dating ni?Kalau week end cheq free la..kalau wk day keje ssh sket la..
Salam chik mi..rajinnye buat sardin tpkn yg home made jugak tetap sedapkn..Xde bhm pengawet bagaikn..xpenah buat nnt klau rajin nk cubela kak..
ReplyDeleteakakkkkk....baru timbul nih..hehehe..rajin tul akak buat sardin nih..nak order jer lah..bulehhh? hehehe
ReplyDeleteAssalamualaikum Mi cyg,
ReplyDeleteMaaf lah kak Nur dtg terlambat...akak kalau BW ada lembab sikit...tunggu bila ada masa lapang baru ngadap PC lama sikit dn boleh ronda2...hehe...
Ni kak Nur dtg mesti sardin dh ilek!! Betul tk...kak Nur suker sekali sardin...msk sambal ke atau goreng akak sorang pun boleh habiskan...nanti mi buatkan akak lah satu tin yg besar sekali...hehe.
Salam ChikMi, Along ada cuba buat dulu guna pressure cooker, reput tulang2, best. Kalau guna multi/slow cooker, tulang dia reput tak?
ReplyDeletesalam mimi..
ReplyDeleteblh wat panduan info buah pala tu..tq..
cik sardin buatan sendiri mesti sedap dan x hanyir kan..kdg ada yg suka dgn kehanyiran nya tu...budak2 lah tu..hehehe
Salam ChikMi,
ReplyDeleteBerkilat kilat sardin chik ni terliur saya mai malam2. hehe... bestlah kalau dapat buat sendiri. yang dlm tin tu banyak pulak pengawetnya kan.
Tergelak baca kisah pressure cooker chik tu. depa memang pandai bab2 memujuk utk jual barang ni kan. takpelah chik, ada hikmahnye tu :)
Salam Kak Mi...
ReplyDeleteSedapnye sardine..kalau guna periok biasa boleh ke ?