Assalamualaikum ,sekejap aje hari isnin menjelma,weekends baru ni sessi membuli 'Cik Baker' untuk bekerja,dah lama simpan resepi pau kak noormasri ni,masa mula-mula kak noor tayang pau ni hati dah tertarik ,bila baca resepi kena uli 2 kali doh A & doh B ,alamak malasnya sebab Bibik Melayu chik mi kena preheat dulu punya la lama nak tunggu,so bila CB sampai mula otak menerawang nak bikin itu ,ini ,mula-mula kita buat pau dulu nak panaskan enjin hehehhehe.
Bila cakap nak buat pau,masing-masing request nak filling yang depa suka ,so chik mi buat 3 filling,kacang merah ,choc dan kaya ,alhamdulillah 21 biji semuanya habis request nak lagi ,nanti kita try guna tepung Hong Kong pulak sebab akan menghasilkan pau yang putih serlah gitu:).
Tak comei sungguh kerja tangan chik mi ye la dah lama tak buat so tak terpikir pulak bila dah kembang nanti warnanya tu akan jadi sememeh.pau kaya tak sempat nak enterframe.
Thanks kak noor ,chik mi kongsi kat sini ye
Pau Bagus
Sumber:http://dapur-digital.blogspot.com
Dicuba:Chik Mi
PAU BAGUS
Sponge (A)
250g tepung pau
20g gula caster
11g yis kering
125g air
Bahan (B)
250g tepung pau
100g gula caster
15g Double Action baking powder
5 g garam
30g shortening
125g air
Inti - ikut citarasa -> secukupnya
Cara membuat:
Bahan A, campurkan semua bahan kering diikuti air kemudian uli sehingga sebati dan perap 1 jam.
Bahan B, dlm bekas lain campurkan bahan kering diikuti shortening dan akhir sekali air. Uli sehingga sebati dan rehatkan sekejap.
Selepas 1 jam doh A diperap, campurkan dgn bahan B dan uli sehingga licin lebih kurang 7 minit.
Perap 30 minit. Kemudian tumbukkan doh utk keluarkan angin dan timbangkan setiap bahagian seberat 50g. Masukkan inti dan biarkan naik selama 20 minit.
Kukus selama 7 -10 minit. Pastikan tudung pengukus dibalut kain supaya air wap tidak menitik ke atas pau. Enak dimakan panas2.
Tips:
Untuk mengukus pau, pastikan air di dalam pengukus sudah berwap ketika memasukkan loyang berisi pau. Harus diingat bahawa pau mesti diletak dalam jarak lima hingga enam sentimeter setelah diisi dengan inti. Pau hendaklah dikukus sebaik sahaja ia kembang. Jika pau berinti yang sudah kembang dibiar terlalu lama pada suhu bilik, ia akan mengecut selepas dikukus.
Sponge (A)
250g tepung pau
20g gula caster
11g yis kering
125g air
Bahan (B)
250g tepung pau
100g gula caster
15g Double Action baking powder
5 g garam
30g shortening
125g air
Inti - ikut citarasa -> secukupnya
Cara membuat:
Bahan A, campurkan semua bahan kering diikuti air kemudian uli sehingga sebati dan perap 1 jam.
Bahan B, dlm bekas lain campurkan bahan kering diikuti shortening dan akhir sekali air. Uli sehingga sebati dan rehatkan sekejap.
Selepas 1 jam doh A diperap, campurkan dgn bahan B dan uli sehingga licin lebih kurang 7 minit.
Perap 30 minit. Kemudian tumbukkan doh utk keluarkan angin dan timbangkan setiap bahagian seberat 50g. Masukkan inti dan biarkan naik selama 20 minit.
Kukus selama 7 -10 minit. Pastikan tudung pengukus dibalut kain supaya air wap tidak menitik ke atas pau. Enak dimakan panas2.
Tips:
Untuk mengukus pau, pastikan air di dalam pengukus sudah berwap ketika memasukkan loyang berisi pau. Harus diingat bahawa pau mesti diletak dalam jarak lima hingga enam sentimeter setelah diisi dengan inti. Pau hendaklah dikukus sebaik sahaja ia kembang. Jika pau berinti yang sudah kembang dibiar terlalu lama pada suhu bilik, ia akan mengecut selepas dikukus.
kite suka gak mkn pau...kalo blk kg, selalu singgah RNR beli pau..huhuhu.. tp lom penah wat sendiri lg...
ReplyDeleteAssalamualaikum Mimi,
ReplyDeleteBestnya Mimi buat pau,kat bawah tu pulak ada homemade sardine, elok juga kalau dibuat mencicah kan Mimi...hehehe...akak ni pelik sikit pau yg ada inti pun akak suka cicah, best tau..
Bagus betul ibu mithali ni sampai 3 jenis inti dia buat.... Kita suka inti kari ayam. Dah tentu tentu beli kat kedai...
ReplyDeleteCik Miiii....
ReplyDeletehow r u dear??
eheh...saper kata tak comei itew pau?? kita tgk sgt elok, halus mulus..lichin tu kulit pau bagus :)
wahhh pau bagus yg sedap...saya pun ada simpan juga resepi pau ni kak tapi dah lupa buat ke belum..hehe
ReplyDeletekak, kat sana ada jual ke tepung hong kong tu? dah lama cari dulu tapi tak jumpala.
dah mengepaw pulak.. akk suke inti kelapa.. tpi malas tul nk buat..
ReplyDeleteChikMiiiiiii.....
ReplyDeleteAwatlah ghajin sangat..! Susah bebeno Along nengok respi nyaaaa, idak ler teman ghajin... meh ler pos ke Miri sedozen (Chikmi kan ghajin, lagi pun ChikMi cayang Along kaaaaan....kikiki).
Pau bagus...memang bagus...dah lama tak buat pau..tgk org buat teringin nak buat...sumenya nak dibuat..he he
ReplyDeleteKak Ros tak perasan la adik sorang ni dah muncul.Muncul pula dgn kegebuannya.Ok la tu....
ReplyDeletebest baca cerita pau, tapi entah kenapa gambar tak keluar......takpa nanti makcik bertandang lagi...
ReplyDeletesalam dear chik mi..dah ok kerr tuh?? banyak2 kan bersabar yek chik mimi...kalau si dia tuh x nak berkawan ngan chik mimi pun tak pe..ramai lagi yg nak jadi kawan chik mi..
ReplyDeletetengok resepi pun dah macam bagus..nanti mokwo nak cube gak..coz dengar khabar..resepi sponge doh nih akan lebih melembutkan pau!...licin molek ek pau chik mimi!lovely pic!
Assalam mimi, kenapa ya tadi akk tak nmpk mimi update blog, ni saje2 scroll kebawah tgk2 ada n3 baru.
ReplyDeleteNampak gebuss sangat pau bagus tu,best la byk inti dan macm2, akk nak inti kacang. Suka3x mimi dah panas injin balk dh ni, teruskan mimi
wah licin nya kulit muka pau tu mimi, halus mulus gitu...terliur plak akak....
ReplyDeleteAssalamualaikum Chik Mimi,
ReplyDeletelama tak singgah sini, apa khabar? moga sihat dan ceria2 selalu...gebunya pau bagus tu, lama dah tak buat pau, kalau dekat ni, maunya yatie mintak seketoi, tak banyak pun cuma seketoi je..bolehkan...kan....hehehehe...
akak geramnya tengok pau...rasa nak makan pau la pulak..huhuhu.
ReplyDeletesuka makan pau yang gebu... tapi tak tau buat, beli aje bawa pulang kukus... he hehehhe
ReplyDeleteyum yum sedapnya pau.. nanti insyaAllah nak cuba la kak..:) lawa je kulitnya
ReplyDeletemimi utk dptkan tanda atas yg cantik, guna lidi satay bersih, dip dlm pewarna dan cucuk sket atas pau yg baru jer siap dibentukkan. jgn titik lepas pau dah kembang nanti tak kaler jd sememeh sket..
ReplyDeleteakak suka inti kacang merah...tapi beli je
ReplyDeletetq bagi tip@ petua..ada jugak angan2 nak buat pau ni..bahan2 semua dah ada cuma masa je blm sempat lagi...
ReplyDeletecantik pau tu...dah terbayang asap kepul pau yg panas2..
Mimi cayang,
ReplyDeleteish kak nur nie betul lah...madang terlambat aja kalau sampai sini...hehe...akak mu mmg lemau semacam...hehe..tak pe erk mi janji akak sampai walau naik kete lembu!!
Nah nko akak bual dh tak ada lampu ijau terus aja...sesak nafas nie...hehe.
Cantik kuih pau tu...dulu masa belum ada fotopage atau blog akak pernah juga buat pau...tapi pau nya punya lah tembam semamcam...tuan nya pun kalah....hehe...lainkali kak nur nk try buat lah..nk pau yg cantik dn licin mcm mi buat...boleh erk??
Salam Kak Mimi...Buat minum petang sedap ni..lagi2 kalau musin hujan macam ni...kena pula ada kopi O panas....feelinggggg jeeee
ReplyDeleteSalam Kak Mimi...Buat minum petang sedap ni..lagi2 kalau musin hujan macam ni...kena pula ada kopi O panas....feelinggggg jeeee
ReplyDelete