Sejak jumpa resepi ni kat Myr mmg berbaloi sedap lembut je walaupun sejuk.Resepi dari Quinnie ni satu kelainan sebabnya ade campuran tepung ubi.Thanks Q ,chik konsi kat sini ye
Cucur Badak~by Quinnie
Bahan-bahan ( anggaran 16 biji )
- 500 gm ubi keledek ( kalau color merah lagi sedap)
- 3/4 cawan tepung gandum
- 1/4 cawan tepung kanji
- bahan2 untuk inti
- 1/3 biji kelapa parut
- 1 btg serai
- 2 sudu besar udang kering
- 3 tangkai cili kering
- sebiji bawang besar dan 2 ulas bawang putih
- sedikit air asam jawa dan 1 sudu gula
- garam secukupnya
Cara-cara
- rebus ubi sampai empuk, angkat dan tos kan, terus lecek2 kan ubi tu masa tengah panas
- lepas dah sejuk boleh letak tepung dan gaul2 rata.
- ambik sedikit doh dan buat bulat2, kemudian leperkan pada tapak tangan dan isi inti. lepas tu bulat2 kan kasi cantik.letak kueh yg dah siap atas dulang yg telah ditaburkan dengan tepung utk elak kan dia melekat bila diangkat nanti.
- selepas siap, goreng kueh dengan api sederhana. selalu balik2 kan kueh agar kueh masak sekata. bila kekuningan boleh lah diangkat.
- cara buat inti
- cili kering, bawang besar dan putih, udang kering, serai hendaklah dikisar halus.
- campurkan kelapa dengan bahan kisar, sedikit perahan air asam jawa, gula dan garam secukupnya. gaul sebati dan goreng dalam kuali tanpa minyak hingga inti masak.
- nota: jgn risau kalau doh tu rasa melekat2, takyah tambah tepung.memang doh tu akan melekat sikit masa kita nak bulat2kan kueh.
nak sikit cucur badak..ada lagi ke..???
ReplyDeleteCantiknya cucur badak akak nih...nak seketui laa kak..mesti sedap kalo yg lembut2 nih..sue suka!
ReplyDelete