Menu lunch semalam,duk pikir nak masak apa dengan beras basmathi yang tinggal tak seberapa tu,Kat umah chik mi hubby tak suka nasi yang berperisa lebih kepada nasi putih tapi anak2 suka,kadang2 pening kepala nak memikirkan nak puaskan kehendak semua,Resepi nasi ni dah lama duk kat list tup2 nampak landing kat Japan umah
Emi ,wah terus idea tu datang balik,tgk bahan2 mudah tak de berempah sangat so chik mi pun try, thanks kat emi jugak memang berbaloi sedap terima kasih banyak2 kat
ros@jintanmanis yang mencipta resepi .Ros nasik ni akan ade ulangan kat umah akak sebabnya tak muak ,sedap ros,thanks again.Chik mi tak taruk gajus dengan kismis sebabnya nnti jadi munge2 kat tepi pinggan tu je,anak2 tak suke:((

Ros chik mi konsi kat sini ye senang nnti nak buat rujukan.Terima kasih ros
Nasi Minyak Jus Oren ~Ros@jintanmanis
Bahan-bahan ( untuk menumis)
2 sudu besar minyak masak klu guna minyak sapi lagi wangi~chik mi guna minyak sapi
2 sudu besar mentega atau marjerin
Bahan A
1/4 biji bawang besar
2ulas bawang putih, dicincang halus
2 cm halia, dicincang
4 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 cawan air ( kalau tukar dengan susu sejat ideal lagi sedap)~
Chik mi guna susu + air1 cawan jus oren ( boleh diganti dengan bancuhan kordial sunkist)~
chik mi guna jus sunquick dibancuh dengan secawan air3 cawan beras biasa atau beras jasmine atau beras basmathi, basuh dan tos kan.
1 ikat daun pandan
*
Chik mi tambah sedikit pewarna kuning utk menaikkan seriCara-caranya.
1. Panaskan minyak dan mentega kemudian tumis bahan A hingga wangi, kemudian masukkan beras dang gaul sebati, kacau selalu dan biarkan sebentar.
2. Selepas itu curahkan beras tadi didalam periuk dan dan masukkan daun pandan dan kismis serta daun pandan, masak seperti biasa dan akhir sekali masukkan kacang gajus dan gaul rata.
3. Hias nasi minyak tadi dengan bawang goreng, dan sedia untuk dihidangkan bersama, lauk sampingan yang lain. Selamat Mencuba.
Tips##
Ros bukan nak memandai ye cuma chik nak buat notes utk diri sendiri dan utk rujukan anak2 nnti.
#Chik mi tumis bahan tumis dan bawang kat luar atas stove,pastu bila dah wangi chik mi masukkan air+susu+jus oren ,bila mendidih,kemudian masukkan beras biar sampai beras agak kering baru chik mi transfer kedlm periuk nasi.
#Chik mi suka cara gini sebabnya nasinya cantik berderai dan tak berkerak.
# Biarkan rice cooker keep warm dlm 15-20 min jgn bukak penutupnya,lepas tu baru digembur2 nasi.