Wednesday, November 9, 2011

Homemade Jus Buah Pala (Nutmeg Juice) ~Edited

Assalamualaikum,tak terlambat rasanya untuk Chik mi mengucapkan selamat hari raya AidilAdha buat semua,terima kasih atas sokongan dan perihatin,dah lama menyepi nak mula balik tu yang ermmm M nya ,sekarang ni alhamdulillah dah ok.Bila dah lama terhenti ni nak start berbicara tu agak payah sikit heheheh macam budak baru merangkak gitu.Jus buah pala ni selalu Chik mi buat ,kalau kat Penang ni memang senang nak dapat buah pala yang fresh tu,opss lupa jus yang ready made pun ada jual ,tapi dah senang nak dapat stok pala fresh ni so memang chik mi selalu buat,Chik mi asalnya dapat tahu pasal jus ni masa kakak chik mi kena batuk,so chik mi cakap dengan ofcmate chik mi,dia kata gula batu dengan buah pala tu direnih selama 8 jam dengam slow cooker cuma dia tak bagi portion yang betul ,so kakak chik mi buat jugak tapi sebab tak tahu portion turn out dia kurang memberangsangkan sebab MASAM.Baru -baru ni chik mi ada bertanya khabar dengan seorang kakak ,sebab dah lama tak nampak dia muncul kat blog @ kat fb,dia pun ceritala katanya dia tak sihat dah sebulan lebih kena batuk ,dah bermacam usaha yang dibuat tapi semuanya belum ada kejayaaan dalam ertikata lain Allah belum mengizinkannya.,so chik mi tanya dia ,nak tak cuba jus buah pala ni ?dia cakap boleh juga,so chik mi pun poskan ke dia buah pala ni,sebelum ni chik mi hanya tahu kat market Chowrasta je yang ada jual buah ni,so chik pi ke sana,so bila chik mi cakap nak buat ubat batuk ,chienese man tu pun cakap ok u ambil ini buah 1 kg ,balik campur dengan gula batu 1.5 kg gula batu campur dengan 1 cawan air pastu renih dengan slow cooker  selama 8 jam ,so chik mi pun minta kakak tu buatkan seperti yang disuruh,selain dari bagus untuk batuk jus ni juga baik untuk membuang angin dalam badan,Tapi di chowrasta market agak mahal sekg rm8-rm12,chik mi dapat dr Bayan Baru market rm3/kg aje,selapas tu chik mi tanya dengan kakak tu macamna dengan batuk dia tu dah kurang ke?Jawapannya Alhamdulillah dengan izin Allah batuknya bukan saja dah berkurangan tapi dah hilang langsung,alhadulillah ,
 Homemade Jus Buah Pala
Source:qasehmu-abadi.blogspot.com
1 kg buah pala fresh
1.5 kg gula batu-(chik mi hanya guna 1 kg)
1 cawan air
Cara-cara nya
masukkan semuanya kedalam slow cooker renih selama 8 jam,yapi chik mi tak guna slow cooker sebab dah rosak so chik mi guna multi cooker selama 2 jam .
Selain dari bagus untuk batuk dan buang angin jus ini jugak baik untuk pesakit asthma,ni yang diberitahu oleh nyonya kedai tu.Bagus juga untuk sejukkan badan
chik mi suka minum suam-suam.

Selepas direbus selama 2 jam buah tu mengecut,Chik mi suka makan ni masam-masam manis rasanya .Semakin lama kita merenih semakin hitam jusnya itu.
Cara nak minum ,jus ni ,bancuh dengan air suam ,selawat then kita minummmm
edited : rebus hanya isi buah pala ye bukan bijinya.Bijinya dijemur disimpan boleh digunakan dalam masakan.

22 comments:

  1. salam chikmi - rasa jus ni masam ka manih? anak yg bongsu selalu batuk. baik sat lepaih tu nanti batuk balik. tak larat nak pi ambik ubat klinik

    ReplyDelete
  2. bagus petua ni Chik mi tapi kat kl susah nak dapat buah pala segar.Insyallah bila ke rumah Atiqa hujung bulan ni nak borong buah pala banyak-banyak:)T.kasih kerana berkongsi petua yang berguna ini.

    ReplyDelete
  3. salam kakmimi..saya pernah minum air pala buat sendiri ni...tapi dah lama dulu la..:)

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum kak..Tun tak pernah rasa jus buah pala..huhuhu

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum, nak tanya guna isi buah pala sahaja atau isi buah pala dan bijinya atau guna biji sahaja. terima kasih.

    maya

    ReplyDelete
  6. Assalam mimi, selamat hari raya adil fitri buat mimi n famili.

    Dulu masa pg penang ada akk tgk buah pala segar ni, tapi tak tahu nak buat apa hehe, nak beli sebiji dia tak kasi, kena beli sekilo.

    Bagus petua ni mimi, pada yg batuk2 tu boleh lah di cuba

    ReplyDelete
  7. Assalam kak,bguih nih resepi petua2 nih,sy ni nma ja duk pg,tapi xpernah beli pon buah pala fresh ni,selalu bli jeruk ja..Nanti kalo batuk leh la try wat ayaq buah pala ni..Tq atas info ni kak..

    ReplyDelete
  8. tak pernah akk tgok buah pala yg fresh.. slalu jumpa yg dah jdi jeruk.. byk khasiatnya eh..

    ReplyDelete
  9. Assalam Kak, info yg bagus ni....drp mkn ubat batuk yg tak bagus tu baik mkn buah pala ni kan...:)

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum mi cyg,

    hehe...alhamdulilah mi dh kembali bersiaran...wah informasi yg berguna yg dpt dikongsi bersama....hehe.

    Dulu anak kak nur masih baby kak nur selalu sapukan perut dier ngan minyak pala...wah nanti kan dier mcm syok gitu terus tertidur...hehe.

    ReplyDelete
  11. salam kak.. bagus info tu kak.. takpernah tgk buah ni yang sebenar.. selalu makan jeruk je.. yum yum teringat jeruk buah pala.. hihhihihi

    ReplyDelete
  12. chik mimi..boleh acik ambik resepi nak buat ubat batuk ni..suami acik selalu kena batuk yang lama.
    kalau acik memang tak boleh nak minum ni..sebab acik tak makan buah pala..

    ReplyDelete
  13. waaa buah pala sedapnya umi suka jeruk buah pala yg masam2 masin tu isk.. kecik2 dulu mmg hantu jeruk tiap2 kali p pasar mlm tak miss jeruk anggur dan kelubi :)

    ReplyDelete
  14. wahh good info
    first time tengok buah pala yg fresh..sebelumnya tengok yg dah di jeruk....hihi jakun

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. salam cikmi..
    t.kasih berkongsi info yg berguna ni... tp kat kl ni rasanya lom terjumpa lagi buah pala segar.. yg jeruk pun jarang2 nampak.. hehe..
    unikkan rupa biji buah pala tu... dahlah warnanya merah... ada pulak berukir2 gitu.. teringin pulak nak tengok cemana rupa dia yg sebenar... ada rezeki ke penang.. bolehlah cari buah pala ni..

    ReplyDelete
  17. hujung bulan ni cheq balik cuti seminggu boleh pi cari buah pala.

    ReplyDelete
  18. Amboiiiii....
    Lama dia dok menyorok, tup tup keluaq dgn resepi ayaq buah pala pulak. Biji buah pala tu lawa la pulak....

    ReplyDelete
  19. Salam Kak Mimi..eh cantiknya biji buah ni..ada jalur2 merah lagi...Mesti sedap jus ni...

    ReplyDelete
  20. Tak pernah tau pun ada jus buah pala. Elok ni utk Along sbb badan banyak angin & selalu sakit kepala. Nanti nak suruh abang Along kat Penang carikan. Maceh kongsi idea ChikMi cayang!

    ReplyDelete
  21. salam mimi...boleh cuba buat ni...tq for the info...tau dah di market Bayan Baru lagi murah ...boleh pi cari nanti...arwah bapa kak eni dulu pun suka guna buah pala...biji dia dia jemur bagi kering ...kisar...buat minyak angin....:)

    ReplyDelete
  22. Selamat hari raya juga buat chik. lewat benar baru datang saya ni. hehe... ni baru first time tengok buah pala fresh ni chik. tak sangka gitu kejadiannye. merah berlingkar tu unik betul. cam spiderman plak. heheh :)

    ReplyDelete

Reply