Friday, April 13, 2012

Seafood Carbonara

Assalamualaikum,angin rajin bertiup heheheeh insyaAllah semoga sentiasa rajin mengupdate.Sekali lagi menu dah lama habis ,lama tak buat spaghetti carbonara ni,stok creamy sos ada cuma kadang-kadang lupa nak beli kepah dan kawaqn yang sewaktu dengannya:)
Dedulu bila tengok kawan-kawan blogger duk tayang seafood spaghetti ni tak boleh nak bayangkan macamana lah ghasenya,bila dah kena hah ambik sedap rupanya..dan jugak boleh buat mata kati (eh ada lagi ke yg guna kati) bergerak ke kanan:)Chik mi guna kepah ,isi ketam tenggelam dan juga button mushroom 
Resepi dari Myresepi

1/2 bungkus spaghetti (tak kisah apa jenis pun)
1 tin sos carbonara Prego
Sedikit isi ayam atau daging(ja guna yang kisar punya)
bawang putih (cincang)
bawang merah (cincang)
mushroom butang (dihiris)
1/2 cawan susu segar
Sedikit daun parsley
Garam secukup rasa
lada sulah.
Cara-cara

macam biasa laa spaghetti di rebus. (letak sedikit margerin@minyak untuk elak dia melekat). Toskan dan asingkan.
tumiskan bawang putih dan merah tadi. dah naik masak masukkan daging kisar tadi. sampai ia masak k.
masukkan sos carbonara kacau bersama-sama dengan daging tadi.
masukkan mushroom tadi dah gaul hingga sebati.
nampak dah pekat sikit masukkan susu segar tadi sediki demi sedikit sampai ia berkrim.
letakkan garam sedikit dan lada sulah untuk perasanya,
untuk hiasan letak daun parsley di atas sos tuu tadi bila dihidangkan.
Kuahnya terrrrcair la pulak huhuhu tak karannn

9 comments:

  1. Sah-sah sedap.kak ros kalau buat cabonara kena pastikan kuahnya lebih ,sebab budak2 ni suka banyak sos.

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Mimi..langkah kanan betul smpai sini..ada makanan feveret hihii.. yana suka sgt spageti..xkisah lah msk pe pun..janji spageti..semua sedap :-)

    ReplyDelete
  3. Salam rindu chik mimi :)

    hehehe tak pe gmbr tak basi :)
    mmg fav ni kalau mkn kat luar..sesekali msk sendiri lagi puas ati :P

    ReplyDelete
  4. tak pernah buat carbonara seafood, nak buat camana selalu ada stok udang aje.. :)

    ReplyDelete
  5. salam chikmi, bdk2 kalau pasta mesti laju. tak kira la apa jenis sos dia. lama dah tak buat carbonara. semlm buat pasta dgn sos spagetti kimball mushroom, mala letak sosej. licin budak2 makan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  6. sedap kak...suka makan nak2 masa panas2 lagi tu...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Chik Mimi,
    lama kita tak masak spaghetti, tapi yang pastinya kalau nak makan mesti bubuh nkuah banyak2 sampai tertutup rupa paras spaghetti tu he he heh

    ReplyDelete
  8. Salam Kak Mimi..Sedap berkrim plak tengok speggeti ni...Sedap gak buat hidangan dinner ni

    ReplyDelete

Reply