Menu hari ahad,since along ade kat umah & angah pun still tak sihat so buat nasi ayam je utk lunch,pebret anak beranak sbbnya kalau nasi putih masak sukatan biase tapi kalau nasi ayam kena lebihkan sukatan sbbnya anak2 suka makan berulang(bahaya bagi ibu hihiihi).kat umah ni kalau stail nasi ayam hainan tu confirm tak laku sbbnya anak2 suke ayam yg 'ireng' aka itam2 gitu.
Sila2 jamu mate ye confirm udah pinish.
Jom kita tgk rcpnya
~Nasi Ayam My Style~
Untuk Sup
Tulang ayam @ rangka
rempah sup-chik mi beli yg ready made dr Bamboo in Parit buntar since dah ade semua chik tak letak bawang lagi dlmnya.
Bawang Besar
Garam
Serbuk perasa- chik letak secukup rasa
*Semuanya direbus untuk mendapatkan stok utk nasi dan juga sup
Untuk Nasi
Beras dibasuh n rendam sebentar kemudian toskan
Butter / margerine & minyak masak
Bawang putih *cincang halus
Halia *cincang Halus
Garam
Serbuk kunyit ~ untuk bg nasi tak pucat
Tumis butter campurkan sedikit minyak masak ,masukkan bwg putih & halia serta serbuk kunyit tumis sehingga naik bau,kemudian masukkan beras.Kacau sehingga butter tadi melekat di beras.Alihkan ke dalam periuk nasi,masukkan stok ayam tadi bersama dengan garam.Kuantiti air kena lebihkan sedikit.Nasi ni akan jadi berderai(sebijik-sebijik).
Untuk Ayam
Ayam
Halia *
Bawang putih*
Lada hitam*
Sos tiram
Madu
Garam
Secukup rasa
*Ditumbuk halus
Semua bahan ditumbuk diperap bersama dengan ayam kemudian digoreng.
Untuk Sos Cili
Cili hidup
Bawang putih
Halia ~ sedikit saje
Gula ~ sedikit
cuka ~ sedikit
semua bahan diatas di blend sehingga halus.
Sedia dihidangkan
bestnya nasi ayam.. presentation pun tiptop, laparr..
ReplyDeleteSalam Chik Mi..
ReplyDeleteSamalah cam kat rumah ni, kalau msk nasi ayam mesti kena lebihkan sukatan dari biasa...Tapi bkn ank² yang angkut berulang² tapi mak dan bapanya..keh keh keh...
sedapnya nasi ayam...
ReplyDeletefav nabila.. :)
sama lah ngan kat rumah zarin, ayam goreng hitam jugak yg laku...hihihi
ReplyDeleteayam hainan tu zarin je mkn sorang2
sedapnya ns ayam chik!!!!
ReplyDeletesalam chik mi..
ReplyDeleteNasi ayam satu yer.. kasi yang speacil yer.. hehehe.. Tul ler chik mi, kat rumah saya pun kalu buat nasi ayam hainan tak berapa nak laku.. silap haribulan, ummi diorg gak yang terpaksa habiskan..
Salam chik mi...
ReplyDeleteamboi..nampak mabeles la chik mi hidangan nasik ayam tuh...boley bukak kedai ni! hehe
kite pon suke yg ireng ireng gak chik! heheheh
ReplyDelete