Monday, January 18, 2010

Puding Dadih Buah-buahan Segera

Salam ,sori mori stoberi dua tiga ari ni chik mi sibuk sampaikan bersawang teruk umah ni,terima kasih yg tinggalkan jejak chik dah bace. ,pastu along pulak balik ari jumaat tu ,so duk layan kerenah along je.Hari sabtu keluar cari barang2 sekolah Along,pastu angah pulak kena sore throat agak teruk,so chik masakkan bubur nasi segera brand maggi utk angah.Panas terik so kesiankan angah teringat ade stok serbuk dadih segera ngan susu cair so search dapat ler rcp yg simple but yummy ni.Alhamdulillah tgk angah nak jamah,selalunya anak2 chik ngan puding ni kureng skit tu yg ibu malas nak buat, since panas ni kena puding yg sejuk ni nyaman je tekak.

Yg ni nak pecahkan dara silicon mould yg beli last month .ni utk Sabrina tapi ibu yg mamam.Kepala tweety ni kecik je,tp sbb suke amik jugak.

Resepi Puding Dadih Buah-buahan Segara ~ by Kak Fida.
Chik suke ngan puding ni sbb tak terase sgt susu cairnya.

Bahan-bahan ( 10 orang )

  • 1 peket serbuk dadih buah-buahan (perasa ikut pilihan)
  • 1500 ml air
  • 200 ml susu sejat
  • 50 g gula halus
  • loyang atau acuan puding kecil2 secukupnya

Cara-cara

  1. Dalam sebuah periuk,masak air,susu dan gula hingga mendidih.Kecilkan api dan masukkan serbuk dadih dan kacau rata.Masukkan pula gula buah2an(sedia ada dlm peket berisi serbuk dadih=2 gm) dan terus kacau.Matikan api.Disebelah adalah gambar serbuk dadih buah2an..
  2. Tuang adunan puding ke dalam acuan2 kecil hingga habis dan sejukkan.
  3. Adunan puding boleh dibubuh ke dalam loyang jika suka.
  4. Setelah puding sejuk pada suhu bilik,simpan di dalam peti sejuk dan siap untuk disajikan.Jika suka,hias puding dgn buah segar yg dipotong kecil atau buah koktel.
  5. **Gambar puding dlm step 2 dan 3 kelihatan pucat sebab puding baru di tuang dan belum keras lagi.

2 comments:

  1. ain pun klu anak2 semua ada kat rumah, suka buat instant dadih ni. sedap di mkn sujuk2.hihi

    ReplyDelete
  2. salam.
    chik mi, mana ye saya boleh beli ramekin cantik2 ni? ke cik mi ade jual?

    ReplyDelete

Reply