Thursday, January 6, 2011

Chicken Soup & Garlic Bread

Assalamualaikum,lamanya tak bersiaran,kalau hari tu bizi dengan year end ,sekarang ni bizi dengan apa ntah ,hehhehe sebenarnya bukan bizi apa pun tapi problem tak boleh nak nak upload gambar,tension mak cik nak tunggu,ni menu yang tertunggak ye,buat untuk bekal anak2 ke sekolah,last-last ibu yang bawak ke office,macam-macam cekadak la pulak budak-budak ni. Garlic bread ni favourite Sabrina,kalau ibu buat roti dia dia cakap yezzaa ibu buat roti krup krap.memang seronok tengok dah picke eater tu makan..
 
                                               
   Sup yang senget,sibuk nak klik-klik jugak walau pun dah nak keluar ke office
                   psst nnti chik mi upload resepinya ye:
updated chicken soup:Source Kongsi Resepi(Fb)
Resepi Asal Mushroom Soup~Tapi chik mi tukar ke chicken soup
 1.5 liter air
450 mlm susu segar/rendh lemak
cendawan butang tin/segar (ikut nk bnyk mne)
dada ayam
kiub ayam
garam/gula
lada sulah
kentang 4bji
1 sudu tepung jagung
cara2nya :
1. rebus kentg then blend. cendawan pula blend kasar n hiris nipis.
2. masakkn air n dada ayam hingga mendidih..masukkan kiub ayam... 
3. then,susu...kacau mesra.. masukkan kentg,cndawan,lada sulah,garam n gula... kacau mesra...lastly masukkan bancuhan tepung jagung n kacau sebati sampi sup tu mask n likat sdikit...
Chicken Soup:Mystyle
Air
Isi ayam - direbus  kemudian disiat-siat (macam nak buat serunding)
susu segar
Lada sulah
garam secukup rasa
kentang - direbus kemudian diblend
Tepung jagung
Italian mixed herbs
Cara-caranya
Air rebusan ayam tadi dicampur dengan susu segar,masukkan isi ayam yang telah disiat tadi ,masukkan kentang yang telah diblend tadi masak sehingga mendidih,masukkan sedikit tepung jagung yang tela dibancuh bersama air,masak sehingga likat seperti yang dikehendaki.hidangkan bersama taburan sedikit italian herbs.


Garlic butter
5-6 ulas bawang putih~diparut
Butter*
Italian mixed herbs*
Roti perancis(baguette)*
*Dicampur 
caranya
Roti  perancis dipotong serong ,kemudian disapu dengan garlic butter, kemudian dibakar.chik mi bakar atas tawa pan je senang nak control garing mana yang kita nak

10 comments:

  1. ting tong!...kak saya datang ni nk mkn sup ni lapar la pulak pas sembang tadi....hehe

    ReplyDelete
  2. Cik Mimi sayang... sedapnyer garlic bread tu... cicah pulak dgn sup... fav anak ita Dalili... ni klu dia nampak ni sure suruh mak dia buat esok...

    ReplyDelete
  3. Chik Mi,

    I slalu terserampak dgn word cekadak ni...binatang apa tu?? hahahaz apa maksud cekadak yea...*garu kepala japs*

    Sedap nampak sup dgn garlic bread tu, mcm restaurant quality ;)

    ReplyDelete
  4. hehehe..banyak cekadak a.k.a banyak songeh..a.k.a banyak perangai yang bermacam2 la kan kak..suka lak dengar cekadak ni..hehe..ingat cicak kot..ikikiki... sup sihat neh..sesuai alas perut time brekfess

    ReplyDelete
  5. krupp.. krapp..krupp.. krapp sampai ke sini bunyi chik mimi dok kunyah garlic bread.. keskeskes

    ReplyDelete
  6. akak... sini musim ujan n mendung jek cuaca... dapat mkn sup n roti tu sedap nyer....

    ReplyDelete
  7. Salam Chik Mimi..Kak Lin Dtg Berkunjung....

    ReplyDelete
  8. salam mimi..yg ni 1 loaf loti x cukup :))

    ReplyDelete
  9. chik mimi sayang...aduss perut da berkeroncong bagai nih..mintak semangkuk...hehehe

    ReplyDelete
  10. Salam chik Mi..
    Rajin chik mi gi cari roti perancis tu utk buat garlic bread kan.
    Kalau Naz selalu guna roti sandwich biasa tu jer utk buat garlic bread..laku jugak di rumah ni. tapi kalau pakai roti cam akak tu mesti lagi sedap ala2 kat pizza hut..

    ReplyDelete

Reply