Sunday, January 30, 2011

Okonomiyaki

Assalamualaikum,breakfast kami di pagi minggu ni,bahan-bahan lebih dari buat takoyaki haritu ada lagi ,chik mi pun buat lah pizza a.k.a pancake jepun ni.Resepi dari Ros
 Okonomiyaki
Source:http://www.jintanmanis.com

Bahan-bahanya
Untuk bancuhan tepung okonomiyaki ( menghasilkan 4 ke 5 okonomiyaki saiz sederhana)
120gram tepung gandum+1/2 sudu kecil garam
1 biji telur
150ml air
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil serbuk dashi ( ni kalau takde pun takpe)

Bahan Campuran
150gram kobis yang dicincang halus
3 sudu besar sakura ebi ( udang geragau)
sedikit hirisan daun bawang
1batang chikua ( ala-ala fish cake), dihiris halus
1/2 cawan tenkasu ( adunan tempura digoreng kosong)
( boleh juga tambah hirisan sotong atau udang basah)
sedikit minyak masak dan beberapa titik minyak bijan

Untuk topping
Aosa ( serbuk daun hijau)
Bonito Flakes
Sos Okonomiyaki
Mayonis
Cara-caranya
1. Campurkan tepung gandum, garam, serbuk dashi dan baking powder, kemudian bancuh bersama air dan telur, kacau sebati.
2. Kemudian masukkan kobis, hirisan daun bawang, tenkasu, udang geragau dan chikua, kacau dan pastikan semua nya digaul mesra.
3. Ambil fry pan dan letakkan sedikit minyak masak dan masukkan beberapa titik minyak bijan, ( kuantiti minyak ni sikit je guna, macam kita nak goreng telur dadar tu), setelah minyak dan fry pan panas cedokkan 1 1\2 senduk adunan dan letakkan di tengah-tengah fry pan, jika fry pan besar boleh buat dua okonomiyaki sekali gus.
4. Biarkan seketika, bila pemukaan bawah agak perang, terbalikkan perlahan-lahan dan biarkan masak sekata, Ulang langkah tadi sehingga adunan habis.
5. Toppingkan okonomiyaki dengan sos okonomiyaki, sapukan rata dan tabur dengan aosa, paipkan moyonis dan tabur dengan bonito flakes, sedia untuk dihidangkan panas-panas, selamat mencuba.

12 comments:

  1. nyum..nyum..cm sedap jek..
    nnti nk try wat la..huhu...;)

    ReplyDelete
  2. Salam Chik Mimi,
    Hujan2 ni lapor jek..tngk okonomiyaki ni buat Yatie terliur jek...laporlah pulak...nak rasa sikit..hehehehhe..

    ReplyDelete
  3. kalau buat nih satu koli leh abiskan sorang..takyah makan nasik pong xpe... hahahaha...

    ReplyDelete
  4. salam kak..
    nampak sedapp sungguh..!

    ReplyDelete
  5. alahaiii...xreti lg nk mkn menda2 gini...seb bek cuma terliur jek.. :)

    ReplyDelete
  6. ting tong! as salam tuan dapur saya dtng ni! nk tumpang breakfast kat sini boleh?hehe terliur nengok lempeng jepun ni....nk buat tak reti tapi mkn retilah...hehehe

    ReplyDelete
  7. Chik Mi,

    I slalu nampak okonomiyaki ni dkt Spore tak pernah try plak. Nak jugak takoyaki yg dkt bawah tu sbb itew my feveret...hehehehz :D

    ReplyDelete
  8. Salam, ooi..cik mimi Kak pun nak belajarlah makanan Jepang ni.

    ReplyDelete
  9. Chik Mi,
    Kita beli tepung okonomiyaki ni dah lama tapi tak buat buat lagi...

    ReplyDelete
  10. kak.. sedapnyer... x pernah buat.. tepung okonomiyaki? x tau .. mana nak beli kak?...

    ReplyDelete
  11. Salam Kak Mimi..
    Macam sedap ni....Nampak gayanya kalo tingin kena cari tepung okonomiyaki juga ni

    ReplyDelete
  12. dinda, nak rasa sikittttt!!..

    ReplyDelete

Reply