Friday, November 25, 2011

Roti ~Macam-Macam Adaaaa~

Assalamualaikum
Hahhh kan dah kata ,orang dak ke Jepun kita baru nak naik kereta Lembu di Melaka,heheh ramai yang dah buat Hokkaido Milky Bun Chik mi baru nak panaskan enjin ketapi,punyala lamaaaa tak meroti sampaikan Cik BM pun merajuk ,bila dah ada Cik Baker Chik mi buat kerahan tenaga suruh Cik Baker menguli,heheheh baru ler berbaloikan.Buat roti ni pun atas permintaan Cik hubby sebab dah lama tak buat roti homemade.Sukaaaanya bila Cik Baker ni menguli sebab boleh jimat elektrik sebab kalau guna Cik BM punyala lama nak menunggu,sebab Cik BM ku mempunyai preheat button mau dekat 35 minit tunggu dia preheat,dah tu baru uli kemudian nak rise pulak .Bila guna khimat stand mixer Cik Baker ni dalam 15-20 min dah siap menguli ,jimat jimat:)

Nak melembutkan jejari ku yang dah lama tak praktis meroti,filling red bean tu lebihan dari pau hari tu


Masih menggunakan resepi Basic doh dari resepi Kak Nor,Thanks kak saya Cnp kat sini ye ,buat rujukan dimasa depan.
Sumber:Kak Nor
Sumber II:Chik Mi
BASIC DOUGH my style

380gm tepung high protein (tpg roti)
3 sudu besar susu tepung
80gm gula castor
3 sudu kecil yis segera
1 bj telur A ~ dikocok sket dgn garfu
100ml air
100gm water roux
1/2 sudu kecil garam
30gm butter
30gm shortening
Untuk resepi water roux boleh tengok kat sini.Thanks ye Ros akak link ke blog Ros ye untuk resepi water rouxnya .
  1. Masukkan bahan air, telur dan water roux ke dalam bread maker (BM) dan lepas tu masukkan bahan2 kering spt tepung dan susu tepung.
  2. Letakkan gula dan yis di satu penjuru manakala garam di penjuru yg lain.
  3. Tekan suis on pd BM dan setkan pd mode dough.
  4. Tekan start dan biarkan ia menguli utk seketika.
  5. Bila dah membentuk sebiji doh boleh la dimasukkan butter dan shortening.
  6. Biarkan sehingga proses menguli selesai.
  7. Biarkan ia naik hingga 2x ganda atau BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.
  8. Boleh la dibentukkan doh td mengikut citarasa anda.
Chik mi sapu dengan egg wash sebelum roti dibakar
egg wash 
1 biji telur
1 sb besar susu / air biasa
#kalau nak doh yg lebih lembut dan gebu boleh la diulang proses menguli tu sekali lagi.
#Peringatan untuk Chik mi
Sapu roti dengan egg wash sebelum di bakar 
Guna middle rack
Selepas roti dibakar terus sapu dengan butter .
 Bila tengok bun nya hati punya gumbira sampai lupa bila bun dah bertindih maka tak licin lagi la permukaannya tu.


24 comments:

  1. wah..geramnya nengok roti..macam2 ado...kekkeke...bestnya klau ada bm..hukhukhuk

    ReplyDelete
  2. Nk roti jugak..dah lm xmeroti,terus terliur tgok roti yg cntik2 tuh.;))

    ReplyDelete
  3. chik mimi..cup dulang paling last tuh..red bean bun..suka2..
    ish2..boleh buka bakery dah ni..

    ReplyDelete
  4. Cantiknya, akak tak pandai buat benda2 macam boleh elajar kat cni ya

    ReplyDelete
  5. perghh gebus gebas roti akak ni...boleh tutup kedai kedai bakery kat Sg.Ara tu kak...hehe

    ReplyDelete
  6. mcm2 ader ni.. cantik2 hasilnya.. susah nk pilih la cikmi.. nak rasa semua boleh ke.. tpi paling akk suke cinamon roll tu..

    ReplyDelete
  7. Hantar la kat sini seketul dua.Kopi kak ros buat sendiri.

    ReplyDelete
  8. Aslmkum Mimi.

    geramnya nengok roti Mimi...cantik2 dan mcm2 bentuk ada. inti red bean yg paling suka....

    ReplyDelete
  9. manyaknya loti kat sini..suka tengok..lebih suka lagi kalau dapat rasa..sedapnya makan masa panas2...

    ReplyDelete
  10. kalau buat sendiri tentu lebih sedap ye Chik Mimi....lebih2 lagi kalau makan masa panas2...

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Chik Mimi...Sedap Roti Ni Kan...Kak Lin Tak Rajin Meroti...Hehehe...

    Naik Kereta Lembu Masih Boleh Sampai Lagi...

    ReplyDelete
  12. cantik cantik...
    sungguh menawan kalbu

    ReplyDelete
  13. cantiknya berkilat2 permukaan roti tu.ni yang buat rasa nak meroti lagi ni.akak tak pernah jemu meroti mi.hehe

    psstt..mimi akak dah bnkin.ada terima sms dari akak tak?mi tak reply pun.?

    ReplyDelete
  14. Nak order 10 ketoi.... nak buat bekfes pagi ni....hehe

    ReplyDelete
  15. Assalam mimi, wah roti, semua cantik n gebu, suka akk tgk kaler sekata je mcm yg beli

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikumwby CM yg diingati

    Salam Maal Hijrah buat CM sekeluarga..semoga Allah swt menerima ibadat2 kita dan mengampuni dosa2 yg lalu....dan semoga tahun baru ini menjadikan kita lebih solehah disisiNYA......

    ReplyDelete
  17. Cantiknya roti2x hasil dapur cik Mimi, apalagi foto terakhir, sunggguh bikin orang ngiler aje :)

    ReplyDelete
  18. Assalam chik mi!!!!
    tengok roti mu itu..sungguh menggoda2, melambai2 memanggil2 ku ..rasa nak ngap aje ler..akak pun dah lama tak meroti ni..

    ReplyDelete
  19. Salam Kak Mimi..wahhh kalau macam ni, boleh nangis tokey bakery ni...saya paling suka roti inti kacang merah tu....

    Tak terlambat lagikan naka ucap Salam Maal Hijrah buat akak sekeluarga..semoga kedatangan tahun baru ni bertambah-tambah rezeki....

    ReplyDelete
  20. cantik menawan sungguh roti2 tu sumer....geram akak tengok !

    ReplyDelete
  21. banyaknya roti... nak jugaaa... cantik gebu roti tu... menggoda sungguh..

    ReplyDelete
  22. kalau ada BM kan best....alasan ler tuu...hehehe... rajin sungguh la kak mimi... boleh singgah rumah ni kalau saya gi kelas... la ni kelas saya kat plaza d'piazza, bukan psdc lagi... dah ada opis SPACE UTM kat situ... hehe

    ReplyDelete
  23. Mimi cayang,

    roti2 mu itew sungguh2 menguder kalbu...cantik2 jadinya...ini yg rasa nk meroti...jeles akak!Pandai mi buat roti dh tak payah beli roti lagi.

    ReplyDelete

Reply