Monday, January 3, 2011

Talam Ubi Kayu

Assalamualaikum,ni ler projek ubi yang chik mi parut & blend (kena blend sebab separuh jalan parut makan jari huhuhuhu pedihnya) lepas tu chik mi frozenkan sebabnya tengah duk timbang ubi tumtup digital scale pulak bateri kong,terus masukkan dalam frezer,huh mencabar betul nak buat talam ubi ni.Apa-apa pun memang best dengan resepi sebabnya bahagian bawah tu lembut je,cuma tang kepala tu chik terover cook tapi stail maintain sedappppp,memang bagi 5* hehehehe,Chik mi ambil resepi kat Fb kak zuraini alias ,thanks kak zu kongsi resipi yang mabeles ni.Chik mi ikut tips dari Cmg tutup loyang dengan tutup periuk semasa mengukus,alhamdulillah tak menitis air wap atas permukaan kepala tu,cuma selepas tu retak sikit mungkin disebabkan over cooked kot:((
 
Talam Ubi Kayu
Source :Kak Zuraini (Fb)
bahan2
700 gm ubi kayu parut
400 ml santan~(chik mi guna 100gm santan pekat +300gm air)
200 gm gula merah~ (chik mi guna180 gm)
100 gm gula pasir(chik mi guna 90gm)

care2
panaskan santan,gula merah dan gula dan daun pandan hingge gula hancur.
gaul bersame ubi dan kukus hingge masak.kukus selame 20 minit

bahagian atas
1000 ml santan
70 gm tepung jagung
70 gm tepung beras
1 tsp garam
bancuh kesemue bahan dan kacau atas api hingge naik wap.
tuang keatas lapisan bawah.
kukus selame 25 hingge 30 mimit.
gune loyang 10x10.

***seperti biase buat stengah adunan pun bole..gune loyang bulat yng dialas plastik..
Nota:- Untuk lapisan bawah chik mi kacau atas api sekejap
Chik mi guna spring foam 
Chik mi tutuployang dengan tudung periuk semasa mengukus.


9 comments:

  1. Salam Chik Mimi,
    Akak mmng peminat setia kuih talam ubi ni...terliur je tngk....nak sepotong...uisshhhh rasa skrng gak nak cari ubi ni...cantik kuihmu itew....

    ReplyDelete
  2. oo guna resipi lain ya.. camna yg bawah tu keras tak? k.nor biasanya balut tudung pengukus dgn towel utk elak air dr menitik. guna tudung periuk air tak menitik gak ek

    ReplyDelete
  3. Salam Chikmimi... salam rindu di tahun baru...mmm rajinnyer kak wat talam ubi... erma suker juga..mkn talam tu.. join..

    ReplyDelete
  4. uish kak..sedapnyer talam ubi...tp bila la plak nk membuatnya? ubi baru jer tanam...hehehe...mai sini seketui

    ReplyDelete
  5. salam chik mi,
    recipe ni sedap ya mi, boleh lah cuba yang ini pulak lain kali..
    my mum suka talam ubi ni..

    ReplyDelete
  6. Salam Chik Mi,

    Jelesnya I tgk org2 buat talam. Biler lah I boleh menalam? Bukannya apa, I takde geng lah yg nak menikmati talam yg lazak, lemak, berkrim ni :D hehehez

    ReplyDelete
  7. Salam Kak Chik Mimi...jet lambat lak terbang hari ni...ada lagi dak kuih ni kak....terliur dah ni....hehe

    ReplyDelete
  8. suke nye talam ubi.. mmg feberet apepon mskan dr ubi nih..

    ReplyDelete
  9. salam cik mi..lama akak tak makan talam ubi kayu ni sebab takut nak parut ubi .pernah terkena jari cam mimi tu..adoi ngerinya:(

    ReplyDelete

Reply