Wednesday, June 3, 2009

Paprik Ayam


Pagi tadi sempat masak paprik ayam ni buat lunch budak2 kat umah,sampai ari ni still tak boleh masuk ke dapur Myr nun,nasib baik selongkar kat umah Hana ade so Hana Chik mi CnP kat sini aje lah yer.Toce,toce yer .

Paprik Ayam
  • ½ ekor ayam - dipotong kecil2
  • 4 ulas bwg merah - ditumbuk
  • 2 ulas bwg putih - ditumbuk
  • 1 labu bwg besar - dimayang
  • 2 btg serai - dititik
  • beberapa helai daun limau purut
  • 2 biji buah tomato - dipotong 4
  • 5 biji cili padi - ditumbuk
  • bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
  • sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
  • bahan2 perasa
Cara-cara
  1. Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).
  2. Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
  3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
  4. Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.
Resepi asal dari Makyong tq acik sukeeee macam makan kat gerai aje ghasenya.hihihi lepas ni alamat kuranglah pelanggan kat gerai tomyam tu yer sori,hihihhi

3 comments:

Reply