Tuesday, April 12, 2011

Cottage Pie



Dah lunch ka?kalau belum sila lah ye cari apa-apa kat dapur tu,nak ajak makan cottege pie yang marvelous ni pun dah habis,projeh hari ahad,permintaan dari hubby nak makan pie,tapi tak cakap nak pie apa,si isteri mithali pun apa lagi terus ler teringat cottage pie my sifu laling yang tengah fofular ni,serious cakap memang sedappppp pie ni,anak-anak berebut nak makan kena pulak masa tengah panas-panas kentangnya tu garing sikit perghhhhh tambah pulak kena cheese yang masin-masin subhanallah sedapnya.Jazakallah Khayran ye kak nor kongsi resepi ni ,memang dah ada repeat order ni.tersilap beli cheese beli parmesan dah tengok resepi baru perasan kena guna cheddar,Lain kali kita cuba dengan cheddar pulak ye:)....Dah la cari crush chilli pulak mana tah p letak ,last-last tabur blackpepper aje..

COTTAGE PIE My Style
Sumber: http://secubitgaramnor67.blogspot.com
sumber rujukan : CFE

Bahagian Atas:
500gm ubi kentang ~ lebih kurang 5 bj yg besar
air secukupnya
2 sudu besar butter
sedikit lada sulah ~ boleh juga kalau nak guna serbuk lada hitam
garam
Bahagian Bawah:
400 gm daging cincang
1 bj bawang besar (bawang holland)
1 btg carrot
1 btg celery ~ optional
3 sudu besar tomato puree ~ atau boleh guna 5 sudu besar sos tomato
1/2 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk cili kasar ~ boleh gantikan dgn serbuk lada hitam
1 sudu teh rosemary kering
1/2 cawan air rebusan kentang
                                                                  1/2 sudu kecil gula
1 sudu besar tepung gandum ~ utk memekatkan
3 sudu besar minyak sayur/bunga

Bahan Tabur:
2 sudu besar butter sejuk yg dipotong kecil2
parutan keju cheddar~ chik mi guna parmesan cheese

Cara2:
Bahagian Atas:
Masak air hingga mendidih dan masukkan ubi kentang yg dah dipotong dadu.
Masak lagi hingga mendidih dan ubi kentang masak/lembut.
Angkat dan toskan ubi kentang.
Ambil 1/2 cawan air rebusan dan ketepikan.
Lenyekkan bersama butter, sedikit lada sulah dan garam.
Ketepikan.

Bahagian Bawah:
Bawang, carrot dan celery dipotong dadu.
Panaskan minyak sayur dan masukkan bahan2 yg dipotong dadu td.
Masak dan kacau2 selama lebih kurang 15 minit pastu masukkan daging cincang.
Kacau2 supaya daging tidak berketul2.
Masak sehingga daging berubah warna dan miringkan kuali atau periuk.
Buang lebihan minyak yg ada (biasanya daging cincang mmg terkandung lemak dlmnya).
Masukkan tomato puree/sos tomato, serbuk cili, serbuk cili kasar/serbuk lada hitam.
Goreng hingga naik bau dan masukkan 1/2 cawan air rebusan kentang.
Masak hingga hampir kering dan masukkan garam dan gula (jika suka).
Masukkan pula tepung gandum dan kacau hingga sebati. Pastu masukkan dried rosemary.
Masak lg lebih kurang 2 minit dan bolehlah dipadamkan api.
~ ~ ~ ~ ~ ~
Tuangkan bahagian bawah (daging) ke dlm mangkuk tahan panas atau boleh juga digunakan ramekin. Ratakan.
Letakkan bahagian atas (kentang) ke atas bahagian daging td. Ratakan supaya menutupi keseluruhan bekas.
Dengan menggunakan sudu atau garfu, lorek2kan bahagian atas supaya nampak fluffy (tak flat jer kentang tu) nanti bila kita bakar nanti, akan terasa crunchy sket.
Tabur parutan keju dan potongan butter.
Boleh juga kalau nak tabur sedikit serbuk cili kat atas ni spt yg CFE buat.
Bakar dlm oven yg dah panaskan dgn suhu 190C selama 1/2 jam atau sehingga golden brown kat permukaan atas tu.
Boleh la dihidangkan panas2..
Slmt mencuba... :)

13 comments:

  1. laaa... baru jer duk plan nak buat CP ni.. dia dulu buat ya.. nak ngendeng pun dah abis.. nanti la buat sendiri puas hati sket dpt makan banyak hehe

    tak per mimi kalau letak pharmesan pun, ok jer.. alhamdulillah.. sedap kan.. mekasih try :)

    ReplyDelete
  2. ira dah lama bercadang nak buat pie ni sampai kentang pun dah mula menumbuh dlm bekas..hehehe

    ReplyDelete
  3. chik mi
    ada lagi ka cottage pie tu? sedapnyaaa..mintak sesuap boleh? hahaha

    ReplyDelete
  4. Assalam kak,owh p memborong kentang ritu nak wat pie ni la,hehe..Btw nmpak sedap kak..cedar pong da,tapi tu la,hubby xbepe layan sgt..

    ReplyDelete
  5. kak cek lum makan lagi ni...lapo...menyanyi rock perut ni...nak mintak sikit...alaaa...dah habis ke...hu hu...

    ReplyDelete
  6. Assalam mi,
    cottage pie memanglah sedap kita dah lama tak buat...boleh cuba yang nor punya ni pulak next time..
    cantik mi bubuh dalam ramekins tu senang budak2 nak makan kan..
    mi thanks for the wishes tu ya..
    psst..hints:-..akak seangkatan dengan puan punya recipe ni ler..hahah..jangan bilang orang jangan bilang orang ..wakakaka

    ReplyDelete
  7. habih dah ka.... kena buat sendiri la

    ReplyDelete
  8. ayu >> hikhikkk nak nor kasi bocor rahsia ke? hehehehe

    ReplyDelete
  9. salam kak,
    nampak CP akk tu mmg teringinnnn sgt nak rasa...ngeeeeee

    ReplyDelete
  10. mie kat sini gelap gelita nak hujan tengok cottege pai mimi ni,aduh...lapar jadinya.

    ReplyDelete
  11. mcm mana rasanya tu kak....dgr sedap tu tak sabar jer nk rasa nantilah bila ada kerajinan boleh cuba...ni antar kuih talam pisang kat aku dulu yer...hehe

    ReplyDelete
  12. akakkkkkk......yg 2 bekas tu simpan ler utk lieza yer.....nak jugaaaa...

    ReplyDelete
  13. Assalammualaikum Mimi

    tumpang jamu mata dgn CP mimi...Mimi komen sedap...buat teringin nak cuba..

    ReplyDelete

Reply