Monday, June 14, 2010

Mee Rebus

Salam, semalam ramai kengkawan yang menunya meekan arini kita singgah Penang pulak makan mee rebus,dah lama rasanya chik mi tak buat mee rebus,semalam tengok anak2 makan alhamdulillah syukur gembiranya,habis penat lelah kita duk berpanasan kat dapo tu.Chik mi tak buat sambal sotong kering seperti kebiasaaanya,sebab  stok sotong kering dah habis .parunya pun chik mi rebus kemudian goreng garing je.Kalau nak tengok 'pelakun tambahan' yang lain sila ke sini.




 Kuahnya chik mi dah buat malam sebelumnya,tapi pagi tu hubby bagitahu yang kawannya nak singgah so chik mi rebuskan lagi keledek yg syumil tu campurkan sekali dengan kentang so kuah kali ni agak pekat,semalam tak masak nasik so kami malan mee ni berulangkali sampai kuahnya licin liao,hehehehe udah pinish ye kengkawan.
Mee Rebus~ Resepi Keluarga Pak Awang
Bahan-bahannya
Mee kuning dicelur dengan air panas
Bahan unyuk kuahnya
Keledek ~direbus kemuan diblendkan
Air rebusan udang~boleh juga gunakan daging
Udang kering
Kacang Dhal sedikit saja~direbus bersama dengan keledek
Cili blend ikut kepedasan masing2
Telur sebiji ~ dikocok
Tepung Jagung ~dibancuh dgn air,ikut kepekatan sendiri
garam
sedikit gula
Pati ikan bilis~chik mi guna secukup rasa

Bahan Taburan(pelakun tambahan)
Sambal Sotong Kering
Taugeh di celur sekejap
Kentang direbus
Telur direbus
Tahu goreng
Limau nipis @ kasturi
Cili hijau
Daun Bawang
Cucur udang~tak buat

Cara-cara.
Keledek direbus bersama udang kering dan kacang dhal,blendkan masukkan cili blend air rebusan,masak sehingga mendidih, masukkan sebijik telur yg telah dipukul sedikit serta tepung jagung perasakan dengan garam n gula serta serbuk perasa,biarkan mendidih sekali lagi.
masukkan mee kedlm mangkuk ,masukkan kuah kemudian garnishing.

3 comments:

  1. salam chik...sedapnya mee rebus!!antara kesukaan kita tau. pernah buat sekali dulu2 guna resipi chef wan. ntah mana dah pi resipi tu.since then..main beli aje.hihi

    ReplyDelete
  2. salam chik mi.bestnye mee rebus..mintak semangkuk...kuah lebih ye!hehehe...
    Chik mi, permukaan kek yg mengelembung tu rasanya sebab suhu tinggi.. Cuba rendahkan sikit suhu nxtime sbb lain oven, lain ragamnya.. Tentang kertas yg melekat pd permukaan kek tu, mungkin sebab ada bahagian kek yang kurang masak,jadi ia akan melekat pada kertas(sbb naz pn pernah mengalaminya dulu).Naz selalu buat cam ni;selepas 10 minit prtama masa pembakaran,pusingkan loyang supaya pembakaran boleh sekata terhadap kek.Sroll ni mmg x boleh trlebih @trkurang masa pembakaran..Chik mi try lagi,nti lelama chik mi akan faham ragam oven chik mi.. Insyallah..

    ReplyDelete
  3. Salam Mimi, terliur tengok mee rebus tu, lain sikit caranya, ada pakai dal pulak...

    http://treatntrick.blogspot.com

    ReplyDelete

Reply