Saturday, February 28, 2009

BuNgA



Salam ,sebenarnya chik mi dok try guna picasaweb tapi tak pandai2 lagi ler.dok kena main 2 lagi dengan dia lagi .Layan ajer lah gambar munge2 kat umah chik mi.Nak say thanks to Kak ita

kerna sudi berkongsi dengan chik mi.

layan ajer lah .

Wednesday, February 25, 2009

Award





Chik mi terima awards lagi dari Fiza Nordin terima kasih Dik semoga persahabatan kita dirahmatiNya insyaAllah amin ....
Chik mi gak nak panjangkan award ni kepada :
  1. Zie
  2. Ijah
  3. Maria
  4. Kton
  5. Halen
  6. Kak ummi
  7. Fieza
  8. Anawahid
  9. Kak Ita
  10. As

Sotong Goreng Tepung



Resepi orang yg diserang vit M.hahaha main campak2 ajer bahan yg ade kat dapur tu.Resepi ni puan asalnya che iza yang ampunya.Chik mi cnp kat sini lah yer.Thanks yer iza kongsi resepi yg best ni.

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 300 gm sotong
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sk baking powder
  • 1 biji telur
  • sedikit garam
  • lada sulah
  • daun kari- chik mi tambah*
  • serbuk kari - chik mi tambah*

Cara-cara

  1. Potong sotong kecil2, bersihkan dan toskan airnya biar sampai kering.
  2. Gaul sotong dgn sedikit garam dan lada sulah.
  3. Pukul telur setakat nak satukan yg kuning dgn yg putih jer. Masukkan sotong ke dalam telur. Ketepikan
  4. Gaul tepung dgn bp. Masukkan sotong yg telah digaul dgn telur dalam tepung, salutkan habis sotong dgn tepung. Kalu nak pedas boleh letak sikit serbuk kari dalam tepung.
  5. Goreng deep fry sampai golden brown. Goreng sotong kejap jer dalam 4-5 min kalau tak nanti sotong keras and liat pulak.

Posted by Picasa

Tuesday, February 24, 2009

IkAn ToNgKoL GoReNg KiCap




Ni sebenarnya dinner malam tadi.Anak2 n cik hb sukeeee banget lauk ni.Resepi asal ade di sini tapi chik mi ade menderhaka skit.Ampun ya tuan punya resepi.
Chik mi cnp kat sini pulak yer.

Bahan-bahan ( - )
>>Bahan untuk rebus
Ikan tongkol
asam keping
lengkuas
garam
manisan/gula melaka
>> Bahan untuk goreng kicap
bawang besar-hiris
bawang putih- hiris
cili padi- hiris
kacang panjang -Chik mi tak bubuh
kicap
sos tiram
* cili blend-chik mi tambah
Cara-cara
Bersih ikan dan rebus dengan bahan-bahan rebus. Letak siket air tapi tak payah tenggelam ikan. Tutupkan periuk.. biarkan di atas api 4-5 minit. Ikan yang dikukus semalaman lagi sedap bila digoreng.
Goreng ikan tongkol yang direbus sehingga garing. Ketepikan
Tumiskan bawang dan cili sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sos tiram. Kacau dalam 1-2 minit. Kemudian masukkan kacang panjang. Goreng dalam 2-3 minit.
Kalau nak berkuah masukkan sedikit air rebusan. Lepas tu bolehlah dimasukkan ikan. Kacau biar sebati.
Sedap dimakan ketika masih panas-panas

Monday, February 23, 2009

KaCaNg KuDa PeDaS


Kacang kuda ni chik mi ari sabtu gak,dek dah ngences tengok kat umah G ngan umah Hana.Dah lama rasanya tak makan kacang kuda pedas ni.Resepinya boleh gak amik kat sini.Chik mi main campak2 ajer.
Ni Chik mi punya version

Kacang kuda Pedas
kacang kuda -direndam semalaman
Cili blend - 6 sudu besar
bawang putih 5-6 ulas- Ditumbuk
cuka 2 - 3 titis
garam
gula putih - Chik mi gula gula melaka
Minyak utk menumis
Daun kari- 2 tangkai
cara-caranya
Rebus kacang kuda sehingga empuk.(chik mi guna pressure cooker dalam 20 minit),toskan airnya sehingga kering ketepikan.Tumis bawang putih sehingga garing,pastu masukkan cili blend tumis sehingga garing (hilang bau cilinya),masukkan cuka ,garam dan gula masak sehingga pekat,masukkan kacang kuda yang telah direbus tadi.kacau sehingga sebati masukkan daun kari.Sedia untuk dihidangkan

KuIh KaSuI















Projek ari sabtu lepas Chik mi buat kuih kasui,sbb cik Hb punya faberet kuih ni .Dah lama chik jumpa kuih ni baru ni berkesempatan nak membuatnya.Terima kasih kepada tuan punya resepi ni .Chik mi c n p kat sini yer.

Kuih kasui

Bahan

80 g tepung beras
80 g tepung ubi/sagu
100g gula pasir
100 g gula merah /gula melaka
550 g air
1/2 camt air limau nipis/air kapur sireh.

Cara

  1. Masak air dan gula bila larut tapiskan, biar sejuk sedikit.
  2. Panaskan kukusan letak loyang 9X9 in sapu minyak sikit kat loyang.
  3. Campur semua bahab dgn air gula tadi kacau dalam periuk hingga naik wap (hingga adunan tu bergentil sedikit ).
  4. Tuang dalam loyang yang dah panas, kukus la sampai masak.

Note : Kak selalu tambah choc paste or nescafe sedikit bau dia lebih sedap.

Friday, February 20, 2009

CeNdErAhAtI



Decopage ni chik mi order dengan dak Ayu kengkawan di alam siber gak.Chik mi teruja tengok benda2 yg selalu Ayu buat,so apa lagi dengan pantasnya chik mi order bekas tisu tu...yang bestnyer order 1, 3 yang sampai.Thanks Ayu nanti akak order lagi ek.Ramai gak kengkawan yang lain order ngan Dak Ayu ni.

NaSi GoReNg BeLaCan SpEcIaL


Malam ni chik mi masak nasi goreng aje sbbnyer dalam esbok dah kosong ,ye la sbb esok nak kena gi buat marketting la pulak...Nasi goreng ni resepi siapa lagi kalau bukan sifu idaman malaya KNor .Tapi chik mi gunakan apa ajer yg ade kat umah ni aje,sedap tau nasi ni chik mi taruk banyak cili api so apa lagi berasap la tinger.So sesapa yg nak buat rujukan bolehla pergi kat sini yer.

Thursday, February 19, 2009

KeNa TaG



The rules:
Go to your photo folder in your computer.
Go to the 6th folder of photos.go to the 6th picture in that folder.
Put the picture on your blog & description of it.
Invite 6 friends to join the challenge.
Link them in your blog and let them know they been challenge.

Huhuhu chik mi kena wat home work la pulak.so layan aje la yer nak jawab tag ni dari Maria , Fieza dan ijah .sebenaqnyer chik mi tak tau nak cari dalam folder tu sebab chik boh dalam Pbucket aje.ni ambik gambaq yg ke6 aje.Gambaq ni diamik masa hari raya tahun lepas.Angah tah de dalam gambaq sebab tukang amik gambaq.
So lepas ni jom kita tengok sapa pulak yg kena.Chik mi nak bagi pulak tag ni kepada jeng jeng jeng.....
1. Masz
2. Lg
3. Aziemas
4. Fizanordin
5. Noorana
6. Zie

Awards dari Maria



Thanks maria sebab bagi chik mi award ni,semoga persahabatan kita kekal selamanya ...InsyaAllah
Award ni chik mi nak bagi pulak ke Ziehelmi, Halen
dan jugak Diana.

Wednesday, February 18, 2009

Gulai Ayam Ganu Style



Dinner malam ni ,Gulai ayam ganu style ni gara-gara ngences dengan dak Ijah yg dok bertapa nun di Bangkok sana ,pastu kak sifu chik mi pulak buat gulai tulang.tak boleh jadi ni terus chik mi selinsing lengan baju(psttt bukan nak bergaduh tau) terus buat gulai ayam.Gulai ni chik mi menuntut ngan sifu chik mi Kak Nor yang berada nun di Terengganu sana.Sedap la gulai ni Cik Hb dah approve laen kali boleh buat lagi cuma kena tambah cili bagi pedas sikit.hahaha Cik Hb tak abis abis ngan pedasnya.Thanks Kak Nor sayanggggg akak(pstttt Dak ijah jgn jeles)

Tuesday, February 17, 2009

Ikan Celup Tepung

Salam rasenya dah lama gak kemalasan melanda diri chik mi ni so kita layan ajer lauk dinner yg tak seberapa ni.Resepi ni chik mi ikut resepi Kak Liza.
Chik mi nak mintak izin ngan Kak Liza nak C n P resepinyer.Thanks jugak sebab sudi kongsi resepi...



IKAN CELUP TEPUNG
Bahan batter gorengan
2 cawan tepung beras
3 s/b tepung gorengan kentucky
1 biji telur [saiz kecil]
air secukup nya [dalam 1/2 cawan]
ikan ..[bersihkan saperti biasa] [selayang..kembung..selar]
minyak yg banyak

Saturday, February 14, 2009

Salam

Ermmmm dah beberapa hari chik mi tak hapdet umah ni,bzzzz oooo so ari ni since along n angah kena pi skool sbb ganti CNY ari.,so chik mi pun kena siapkan bekalan depa.Pikir punya pikir nak buat bekal apa dah kering idea so buat aje nasi goreng simple.Pastu kena pikir lagi lunch nak masak apa????????.tengok stok dalam esbok dah thaw ayam so plan nak wat ayam masak merah....tapi sekarang ni bebudak kureng nak makan nasi mungkin sbb musim panas so tukar plan buat ler soto.jom kita layan soto...



soto ni chik mi ambil kat Myr lerr .Tuan punya resepi Diana.sedap wooo soto ni.first time makan soto bubuh santan.Double thumb ups sebb kena ngan anak tekak chik mi sekeluarga.Resepinya ada sini.Bergedil pulak chik mi ambik resepi Yani tokeh Myr.Resepinya ade kat sini

Dinner pulak kita jadi omputih pulak jom kita makan piza


Piza ni dh lama dok dalam waiting list.tp di sbb kan dah semua barang dah ade so akhirnya menjadik la jugak.Chik mi ikut resepi Mat Gebu tp ade edjas skit la ikut apa yg ade kat kat dapur aje.Resepinyer chik mi C n P yer.

BAHAN DOH :-)
500 g tepung roti
250 ml air suam - chik mi guna air ais

10 g yis segera
1 camca besar gula halus
1 camca teh garam halus
4 camca besar mentega
1 camca teh bread softerner - tak taruk sbb tak de stok
1 camca teh bread improver - tak taruk gak

BAHAN ISIAN :-)

1 1/2 cawan sos tomato - chik mi guna spagetti sos
6 batang sosej ayamas, hiris bulat - chik mi guna crab stik
10 kuntum cendawan butang, dihiris
1/2 biji red capsicum
1/2 biji yellow capsicum
1/2 biji green capsicum
10 biji buah zaitun, belah 2 setiap biji
Keju Mozarella secukupnya
1 camca teh lada hitam yang baru dikisar

CARA MEMBUATNYA :-)
UNTUK DOH :- Bancuh yis dengan gula dan 1/2 bahagian air suam, kacau rata dan tunggu berbuih. Sementara itu, gaul garam, bread improver/softerner dengan tepung hingga rata, lambakkan atas meja bersih dan buat lubang dibahagian tengah tepung, tuang bancuhan yis dan baki air suam sedikit demi sedikit sambil menggaul tepung hingga menjadi doh. Uli hingga lembut. Masukkan mentega dan uli hingga doh licin dan kenyal (kena uli lama sikit). Bulat2kan doh dan alih ke dalam bekas, tutup dengan kitchen towel yang besih dan biarkan 1 jam hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk doh ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan on, tunggu hingga siap.
UNTUK PIZZA :- Panaskan oven pada suhu 200C, lenser dulang pizza dengan sedikit mentega, bagi 2 doh, ambil satu bahagian, bulat2kan dan canai, alih doh ke dalam dulang tadi dan tekan supaya rata dan bulat. Masukkan ke dalam oven dan bakar kosong selama 5 minit. Keluarkan dan sapu dengan sos tomato dan tabur bahan2 inti ikut suka dan akhir sekali tabur parutan keju mozarella dan lada hitam. Bakar kembali selama 20 - 25 minit hingga keju cair dan roti pizza kelihatan kekuningan. Boleh dihidangkan.....

Chik mi ikut cara Madam LV,campurkan semua bahan kering pastu uli dengan menggunakan air ais.Thanks madam kerna sudi kongsi tips.

Topping chik mi ikut aje selera anak2, tuna ,crabstik n pineapple tin cube
Tapi selepas uli piza ni chik mi terima tetamu yg tak di undang cik biawak



Dua dua dia pun terkejut chik mi terkejut beruk lagi.pastu dia keluar pi kat utan belakang umah chik mi .

Wednesday, February 11, 2009

Hari ni Chik Mi nak ucapkan bebanyak terima kasih pada Pn Mama yang sudi melayan Chik Mi untuk membina rumah ni...Sabar betul Pn Mama ngan Chik Mi ni.Chik Mi keja memang menggunakan komputer,tapi setakat juai n beli ajer yg Chik Mi tau tekan.,sampailah 4 tahun yang lepas Chik Mi ditukarkan ke department ni.so kenalah wat keja-keja back office.memula tu jenuh gak kengkawan kat sini nak ajar Chik Mi ni.Chik Mi ni jenis komputer fobia,pastu kat pc Chik mi dipasang tenet so mulalah Chik Mi belajar melayari tenet ni.Dari situ Chik Mi belajar kenal ngan MYR pastu kenal macam macam lagi.
So kita tukar cerita lain pulak lah boring aje cerita tu.malam tadi Chik Mi masak gulai ikan mayong.Kat tempat Chik Mi panggil ikan duri.Chik Mi beli 2 ekor pastu ade teloq pulak tu.so masak gulai ler jawapnya.

Monday, February 9, 2009

Sekapur sirih seulas pinang

Dengan lafas Bismillahhirahmanilrahhim,Chik Mi memula penulisan dalam blog ini.Bukan niat untuk bermegah-megah atau menunjuk nunjuk.pada tarikh dan saat ni maka terbukalah hati Chik Mi untuk berblogging.Terima kasih pada yang sudi singgah di blog Chik Mi.Sebenarnya Chik Mi bukan lah seorang yang pandai bermadah pujangga tapi sekadar suka suka untuk mengisi masa yang terluang.