Friday, May 27, 2011

Ikan Lengat

Assalamualaikum,pernah makan ikan lengat?Kalau kat utara ni kami panggil ikan lengat kat tempat lain tu dipanggil ikan kukus atau rebus,sekarang ni musim ikan temenung aka ikan kembung tersangatlah murahnya,kat market baru kalau yang hijau-hijau tu still berlendir lagi last week baru rm4/kg,yang kecik sikit rm3/kg,tapi haritu duk sembang dengan kak ton dia kata kat Shah Alam rm9/kg,maksudnya still mahal ye.Husband chik mi peminat ikan lengat ni tapi ramai yang kata tak elok beli yang kat market tu sebabnya dia ada campur dengan bahan kimia lagi pulak selalunya yang jual tu tak buang insang dan isi perut tu yang macam tak best aje nak makankan.Haritu chik mi google dapat jugak ler cara-caranya nak buatnya pun mudah aje,memang rasanya tak ler 100% macam yang belikan tapi bila kita buat sendiri ni terjamin dari segi kebersihannyakan..
 Chik mi buat 2kg ikan,so pack untuk sekali masak senang nak defrost,kalau ada cara lain kongsikan ye
jom kita tengok macamana nak membuatnya..
Ikan lengat aka Ikan rebus
Sumber:Chik mimi
Ikan Kembung aka  Temenung 
Garam~agaran 1sb untuk ikan 10 ekor tapi chik tak sukat terus aje lumur garam ke ikan
Sedikit cuka ~dimasukkan kedalam air rebusan
 Cara-cara
Lumurkan ikan dengan garam kemudian masukkan ke dalam freezer,biarkan semalaman,keesokkan harinya defrost ikan ,kemuadian disusun ke dalam periuk pengukus,masuukkan sedikit cuka ke dalam air kemudian bolehlah dikukus selama 1/2 jam,.

Wednesday, May 25, 2011

Surprise lagiii....

Assalamualaikum, dari semalam chik mi tak boleh nak access ke blog ni.Nak tinggalkan jejak kat bahagian komen tak lepas ,hari ni pun macam tu jugak ,asyik duk memusing je benda alah tu sampai naik juling bijik mata,ok balik ke cerita asal semalam masa lunch my frind cakap budak admit suruh ambil parcel selepas pukul 2.Chik mi terkejut jugak sebab memang tak ade beli apa-apa online di hujung bulan ni,yang ada ni pun tinggal sipi-sipi aje.hehheeh fenomena biasa bagi yang bekerja .kenapa selepas pukul 2 ,sebab staff admint ni datang awal pukul 6.00-6.30 pagi gitu then depa kena siapkan contract untuk distribute ke semua branch,then pergi pos office untuk delivery balik dari po dah pkul 12.00 makan siap-siap pastu time lunch depa pakat tidoq,tak pe kesian kat depakan so,bila cakap after 2.00 tu kami pun paham la.Wah terlebih la sudah nak update parcel yang chik mi terima dari Shah Alam ,dari sahabat alam maya,walaupun kami hanya kenal dialam maya dan sesekali telefon bertanyakan khabar tapi macam kami dah kenal lama gitu.Terima kasih cik kak,kita suka sangat...
 
 Alhamdulillah .....Ada gelas yang comel-comel,pan untuk buat tamago yaki aka egg roll dan fridge magnet , cik kak i likeeeeee!!!

Lepas ni nak search kat you tube pulak cam ne nak buat tamago yaki tu:)

Tuesday, May 24, 2011

Pak Tongko

Assalamualaikum,sekejap aje dah menjelma hari untuk bekerja,macam sekejap je cuti dan hari untuk bermalas-malasan,Negara kita dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh di hulu langat yang mengorbankan banyak nyawa yang,Alfatihah buat kesemua arwah adik-adik ,sedih dan pilu melihat berita tersebut.Hari sabtu tu chik mi kejutkan Bibik Melayu tu bangun dah lama sungguh dia tido,takut merajuk terus tak mau bangun je (kan Yatt kan) hehehe,hari tu nampak Izah buat cakoi,baru teringat dah lama kiv nak buat Pak tongko.Menu kalau ke pasar malam mesti beli pak tongko ni dekat 1 gerai ni,walaupun ada 2-3 gerai yang menjualnya tapi kami lebih suka dengan gerai ni mungkin kuahnya yang sedap kut:>
Tapi bagi chik mi texturenya tak sama macam yang selalu kami beli,walau pun resepi ni memang lembut walaupun dah sejuk,yang beli tu bila dah sejuk agak liat.Haritu nampak Madihah a.k.a ratna buat kayu keramat so nnti chik mi try yg tu pulak..
Kuahnya chik mi tak ikut resepi asal ,try nak buat macam yang selalu beli.Still menggunakan Handphone sebab camera still kat service center .

Resepi Pak Tongko:by Sofinar @ Myresepi

Bahan-bahan ( 4-5 oarang makan )

  • pak tongko
  • 300g tepung gandum
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 biji telur
  • 2 sudu teh yis
  • 50-75 ml air
  • secubit garam
  • kuah
  • 3 genggam kacang tanah- goreng tanpa minyak, buang kulit dan blander
  • 4 tangkai cili kering - digoreng dan blender bersama kacang
  • garam, gula dan asam jawa
  • 3/4 cawan air panas - ikut suka, jika tak mau pekat boleh tambah air begitulah sebaliknya

Cara-cara

  1. pak tongko - campur semua bahan kecuali air dan gaul dengan tangan sekejap.
  2. masukkan air dan uli hingga licin, perap 30 hingga 45 minit
  3. Paktongko1
    canai pak tongko lebih kurang 1cm tebak dan potong dengan pisau mengikut bentuk kesukaan anda
  4. panaskan minyak, dan goreng seperti menggoreng kuih donat.
  5. kuah- campur semua bahan dan kacau hingga sebati
  6. Jika tak suka kuah ini bolehla di makan begitu saja ataupun cicah kari atau lain2 pencicah

Saturday, May 21, 2011

Susu Badam:)Lihat Betul-betul ye

Assalamualaikum,hari ni chik mi buat lagi susu badam untuk anak-anak,mula-mula tu agak susah nak suruh minum,kali ni chik mi tapis dengan penapis kopi yang kain tu serdak-serdaknya tu tak ada so nak minum laju sikit.Susu badam baik untuk kanak-kanak dan jugak untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.
Selain badam kurma jugak bagus untuk kesihatan so chik mi gabungkan kurma dengan badam.Kalau Kat restoran Kapitan kat Penang famous dengan tandoori dan nasi beriani ,Susu badamnya dibuat dari susu lembu,badam ,kismis dan jugak dimasukkan dengan safron(koma-koma),kalau nak bagi minum kat anak-anak chik mi dengar aje susu lembu gerenti ibu yang kena habiskan ,so alternativenya kita buat sendiri homemade susu badam,lagipun yang homemade ni terjamin sikit kebersihannya serta sambil buat tu boleh kita berselawat ke atas junjungan kita serta berdoakan:)
Jom kita tengok resepinya;
Susu Badam 
Sumber ://qasehmu-abadi.blogspot.com
200 grm Badam Mentah
11 biji Kurma
4 mug air masak

Cara-caranya 
Rendam Badam selam 4-5 jam,kemudian dibuang kulit ,basuh kurma sehingga bersih rendam sekejap jika perlu,kemudian dibuang biji.Kemudian blend sehingga halus kemudian tapis mengguna penapis kain ,chik mi blend 2 kali selepas diperah susunya blend sekali lagi .Hampas badam boleh dikadikan lulur ,nanti chik mi nak try buat pankek atau cucur :)

Friday, May 20, 2011

Blueberry Cheese Tart

Assalamualaikum, dah lama tak buat cheese tart terasa teringin jugak ,haritu masa demam cheese tart melanda kita tak terkena jangkitan virusnya,bila dah reda baru chik mi nak panaskan enjin,buat tart shellnya dah lama dalam sebulan gitu alhamdulillah masih esok sebab simpan dalam tupperware kedap udara.bila dilanda penyakit M tu semuanya jadi sakit sekali,hehehehe,yang buat kali ni alhamdulillah menjadi lorekkanya hasil perkongsian ilmu dari Kak Ita dan Hasue.Sebelum ni buat  main hentam aje masa tu belum ade lagi lorekan bunga padi atas tu heheehe ,kalau nak tengok kat sini.untuk tart shell chik mi masih gunakan silicone mould.Resepi tart shell chik mi still guna resepi Alex Goh cuma creamcheese filling chik mi guna resepi kak ita cuma chik mi tambahkan 1/2 st lemon paste
Masih banyak yang perlu diperbaiki ,creamcheese filling nya warna sedikit kekuningan sebab chik mi tambah sedikit lemon paste,untuk rasa sedikit masam.
Nampak tak tart shellnya tu garing sikit chik mi bakar balik dalam 5 minit
Sumber: http://qasehmu-abadi.blogspot.com
Sumber : Alex Goh
SWEET PASTRY
*Berat pastri yang terhasil lebih kurang 780 g.
Bahan A
200 g mentega
100 g gula aising-chik mi bubuh 68g je
1/4 sudu teh esen vanilla
Bahan B
1 biji telur
Bahan C
420 g tepung
1 sudu besar tepung susu
Cara-cara
1. Putar (A) hingga lembut dan tambahkan (B). Putar lagi hingga gebu.
2. Masukkan (C) dan gaul sehingga sempurna.
* Tat akan bewarna keemasan dan rangup jika dibakar di rak bawah ketuhar (lebih kurang 1/2 inci dari bahagian bawah ketuhar.

Cream Cheese Filling
Sumber :http://rossitamz-kitchen.blogspot.com
Bahan-bahan :
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara-cara :
  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
  4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
 Mini silicone mould yang chik mi guna terima kasih buat mama vouge aka Rozie yang belikan untuk chik mi masa dia berhijrah sementara ke UK ,sekarang ni dah pun kembali ke Malaysia.



Thursday, May 19, 2011

Alhamdulillah menang GA

Assalamualikum,lamanyaaaaaaa kita tenggelam tak timbul-timbul,bila dah lama tak update mula sifat Malas menguasai diriku ini,bermula dengan sibuk lepas tu hantar kamera ke pusat service kata 2-3 hari je yang kita ni duk ler tunggu macam buah tak jatuh-jatuh,bila call pusat service eh tak de orang call you ke?Chik mi jawap kalau ada orang call tak kan ai nak call you ,mula-mula janji rm100je (service rm80+ tukar selection button rm20++ ) bila chik mi call dia cakap eh you nak buat ke charge dia rm300++ what??? bila tanya hubby tak yah ler ada rezeki kita beli baru,macam tak berbaloi je sampai rm300++.upsss terlebih la sudah sebenarnya nak update hadiah yang diterima dari umiyumi,1st time menang alhadulillah syukur ke hadrat Ilahi,sebenarnya chik mi ni jarangggg sangat nak join GA ni sebab tak creative macam orang lain:)yang umi buat ni sebab senang aje kena tinggalkan email je tu yang tergerak hati nak join tu.Thanks umi nanti dah balik kampung ni boleh ler kita bergader-gader kat sg ara ye.
 Dah 3 minggu terima parcel dari Perth baru nak upload kat sini:)
 Umi pesan suruh p shopping kat Giant bawak bag ni,iskhhh sayang ler pulak hehehe
tea towel
Thanks again umi !!!

Thursday, May 5, 2011

Giveaway From Moscow By Miszlullaby

Assalamualaikum,terima kasih kepada yang sudi berkunjung ke teratak ni walaupun tuan rumah bz like a be .Hari ni nak kena buat homework dari my laling sifu ,Nasib baik senang je homeworknya:)chik mi ni tak kretip macam orang lain tu yang kadang-kadang segan nak buat:).
Tarikh tutup penyertaan lambat lagi ni, 30.8.2011 Jom la join bagi memeriahkan GA Miszlullaby
Orang-orang yang  chik mi nak pas homework ni jeng jeng jeng adalah