Thursday, March 31, 2011

Choclate Bottom Banana Square

Assalamualaikum,CBBS ni baru sempat landing kat Penang mungkin sebab angin ribut kut hehehe,ramai dah buat CBBS ni kan,yang last sekali tengok kat rumah shidah chik mi teruja nak buat,ermm kena selama ni kemalasan menguasi diriku ye..sedangkan masa tengok si Anie buat dah terasa nak buat lepas tu merebak ke merata2 dah CBBS ni ,apa khabar ye Anie ,lepas earthquake hari tu mak ngan anak tak sihat ,semoga semuanya dah ok ye Anie>Gambar tak lawo pagi-pagi kelam kabut tangkap sambil nak keluar ke office
Chocolate Bottom Banana Square.
Makes 24 squares
                                                                          Ingredients
                                                                          1/2 cup butter
1 cup sugar ( I only added 3/4 cup)~chik mi guna brown sugar
1 egg
1 teaspoon vanilla
1 1/2 cups mashed banana (about 3 medium bananas)
1 1/2 cups flour
1 teaspoon baking powder
1 teaspoon baking soda
1/2 teaspoon salt
1/4 cup baking cocoa
1 cup chocolate chips
(I sprinkled some left over walnut pieces)~chik mi taburkan almond flakes

Instructions: 
1. In mixing bowl, cream butter and sugar. Add egg, vanilla, and bananas, beating thoroughly.
2. In a separate bowl, combine flour, soda, baking powder, and salt. Add to creamed mixture and mix well.
3. Divide batter in half. Add the cocoa to one portion of the batter. Spread that portion in the bottom of a greased 9 x 13-inch baking dish. Spoon remaining batter on top, swirling gently with butter knife if desired, and sprinkle with chocolate chips.
4. Bake at 350 degrees for 30 minutes or until batter tests done with a toothpick or fork. Cool and cut into 24 squares

Wednesday, March 30, 2011

Talam Kaswi Keladi

Assalamualaikum,ai timbul sekejap pastu tenggelam balik hehehh nak buat macamanakan dah macam-macam benda nak kena settle dah tu pulak penyakit M pun banyak jugak,tertawan dengan kaswi keladi kak ayu yang menawan tu chik mi pun buat jugak,tapikannnnn tak dak stok kapur chik mi tukar ke air abu,bila chik mi rasa aik kenaparasa macam bingka beras,sebenarnya makan ni masa kuih masih suam gitu,chik mi bawak ke ofic bila cik ros makan dia cakap macam kuih lapis ler heheeh tapi adunan ni memang sedap lembut gitu ,nnti chik mi buat lagi sebab nak tahu jugak kalau guna air kapur tu kut-kut rasa lain sikit.Apa-apa pun kuih ni memang sedap,cukup lemak dan manisnya.
                                                                  Talam Kaswi Keladi
                                                                 Source:Kak Ayu
                                                                 Source:Iza Akma
Terima Kasih keduanya Chik mi panjangkan kat sini ye,
  Bahan-Bahan:
180 gm tepung beras
120 gm tepung ubi
70 gm tepung jagung
260 gm gula pasir-(Ayu gunakan 215g)
1200 gm santan [400 gm santan kotak + 800 gm air]
300 gm keladi tanpa kulit [rebus hingga empuk dan toskan airnya]
1 sudu teh esen keladi
1 sudu teh air kapur-(Ayu gunakan 2 sudu teh)
1/2 sudu teh garam
pewarna ungu secukupnya
  
Caranya:-
Kisar keladi yang siap direbus dengan air (ambil air daripada sukatan di atas)
Satukan keladi dengan semua bahan lain, kecuali pewara ungu. Tapis jika perlu.
Masakkan adunan hingga pekat sedikit. Asingkan sebanyak 500 gm dan warnakan ungu.
Sapu minyak pada loyang dan tuangkan adunan putih dan ungu berselang seli.
Kukus adunan selama 40 minit dan sejukkan kuih sebelum dipotong.
Dimakan tanpa kelapa pun dah cukup sedap sebab dah ada santan.
Sources:-From http://seleraputeri.blogspot.com 
 

Saturday, March 26, 2011

Pulut Udang

Assalamualaikum,seharian hari ni kat Penang hujan turun tak berhenti,sejuknya,nasib baik petang semalam dah ambil daun pisang so,projek pagi tadi  taraaaaa pulut udang a.k.a pulut panggang.Dah lama tak buat pulut udang ni sebab hubby tak makan filling yg inti kelapa bila dah buat sambal udang gerangau hari tu teringat nak buat pulut ni,Alhamdulillah memang laku jualan hari ni habissss,cik picky eater pun makan banyak jugak,hujan-hujan ni memulut angin tak?..kalau sakit sendiri mau tanggung la kan

Dulu-dulu rasa susahnya nak buat pulut udang ni,nak kena hidupkan bara api bagai,sekarang ni senang aje guna grill pan tenggekkan atas dapo gas,kalau malas jugak tu tak tahu ler nak cakap apakan.Chik mi memang jarang sangat beli kecuali kalau memang kenal dengan tuan yang membuatnya,sebabnya kalau beli selalunya terkena inti yg tak sedap dah tinggal hampas aje tu yang frust dah ler mahal pulak tu..
First time masak pulut guna resepi As,senang memang kena dengan namanya Pulut (kuning) express sungguh,Thanks As,lama As menyepi apa khabar agaknya;
Pulut Express

Bahan-bahan ( 5-6 org makan )

  • 2 cawan beras pulut
  • 1 cawan santan pekat + 1 cawan air panas
  • 1 sdt garam
  • 1 helai daun pandan
  • 1 sdb minyak masak
  • Sedikit serbuk kunyit

Cara-cara

  1. Cuci beras pulut hingga bersih..masukkan semua bahan2 kedalam rice cooker
  2. Setelah mendidih..gaul pulut supaya x berkerak..kemudian biarkan hingga masak..
  3. Sesuai dimakan bersama rendang, kari ayam & daging, kurma & sambal ikan bilis..
  4. Kaedah yg sama ini juga boleh digunakan( jgn masukkan serbuk kunyit) memasak pulut utk kuih serimuka , pulut serunding..pulut ini juga enak dimakan besama serawa durian..
  5. Selamat mencuba! ^_* 

Sambal udang gerangau boleh tengok kat Sini
Source:http://qasehmu-abadi.blogspot.com

Friday, March 25, 2011

Daging Goreng Ala Kelantan

Assalamualaikum,menu malam tadi ,daging goreng ni memang favourite seisi keluarga,makan dengan nasi panas dan sambal belacan memang akan bertambah-tambah ler nasi.Selalunya menu simple akan menjadi pilihan chik mi yang sampai ke rumah dikala matahari terbenam..

 
Resepi chik mi CnP dari rumah Kak Ayu ~Thanks kak,halalkan ye chik mi panjangkan di sini:)
Daging Goreng Ala Kelantan
Source :http://curlybabesatisfaction.blogspot.com
Ingredients:-
500g daging dipotong
10 ulas bawang merah -dimayang
4 ulas bawang putih dimayang
2 inci halia dihiris nipis
2 sd besar kunyit serbuk
2 biji bawang besar dihiris bulat
sedikit cili besar dihiris-(Ayu gunakan cili padi diketuk)
sedikit minyak untuk menoreng'sedikit garam & gula
1 sudu besar halia kisar -(Ayu tambah)

Method:-
Rebus daging, kunyit serbuk & halia kisar sampai empuk. Selepas itu masukkan minyak dan bawang serta halia. Goreng sampai garing dan akhir sekali masukkan bawang besar, cili dan garam serta gula secukup rasa.
Sources:- http://resepi.mesra.net

Thursday, March 24, 2011

Sambal Udang Gerangau

Assalamualaikum,Pagi yang dingin,malam tadi penang dibasahi dengan hujan sampai ke pagi terasa dinginnya,sambal udang gerangau yang sangat tersangatlah sedapnya,mula-mula plan nak buat sambal udang kering tapi terpaksa tukar ke plan B sebab udang kering dah habis.Sambal udang kering memang popular dish among chienese,ada yang peranakan version juga .Sambal ni boleh juga dipelbagaikan kegunaannya,hubby pun cakap sedap nantikan menu berasaskan sambal udang ni ye
Udang gerangau ni yang diimport dari Tanjung Dawai,kebersihannya InsyaAllah sebab perkampungan melayu
Sambal Udang Gerangau
Sumber:qasehmu-abadi.blogspot.com
Bahan-bahan
Udang gerangau~direndam sebentar kemudian disangai sehingga kering
4sb cili blend
4biji cili merah*
3 batang serai*
3biji bawang besar*
2st serbuk kunyit*
Sedikit belacan *
1st gula merah
3sb gula
Garam secukup rasa
minyak untuk menumis
*blend halus dengan menggunakan sedikit air
Cara-cara
Udang gerangau disangai sehingga garing ketepikan,tumis bahan blend sehingga naik bau dan garing,masukkan udang terus mengacau sehingga kering,gunakan api perlahan  perasakan garam dan gula nanti terhangit pulak,masak sehingga kering seperti serunding,sejukkan kemudian masukkan ke dalam botol kedap udara.
note:udang gerangau mengandung banyak pasir halus,so ke basuh betul supaya tiada pasir,rendam seketika,ambil bahagian atas sahaja,masukkan dalam penapis lalukan bawah air mengalir.

Wednesday, March 23, 2011

Yang Dinantikan Dah Menjelma

Assalamualaikum,apa laaa chik mi ni dah cakap i'm back pastu diam jekan,sebenarnya nak pos semalam tup-tup ade pulak hal yang tak dapat dielakkan,ingat nak pos malam tadi hujan pulak mencurah bumi Allah dengan lebat sekali so cancel hari ni baru nak upload.Opsss bukan nak menunjuk ye cuma letak kat sini sebagai kenangan,sebenarnya chik mi order bag ni dari last year lagi,masa tengah duk BW tu ternampak kat satu rumah tu bagi link clark ni chik mi pun p ler duk menjamu mata,sebenarnya chik mi duk cari sling bag @ cross body bag ni lama dah ,cuma tak nak jadi jodoh nak jadi dengan cik clark ni jugakkan,pernah masa tu mencari bag ni sampai satu QueensBay duk tawaf,masuk dr satu kedai ke satu kedai(sebenarnya tak suka ke QB tu sebab tempatnya besaq sangat)penat berjalan dari 1 wings ke satu wings akhirnya keluar balik camtu je,sampai hubby tanya punya banyak kedai kat QB tu semua u tak bekenan ermmmm dia geleng kepala je memang dah tahu feel bini dia ni susah sungguh kalau nak cari barang yang betul-betul bekenan dihati.Opssss chik mi ni bukan lah peminat handbang atau kasut ye,tak kisah yang mahal @ murah asal bekenan dimata je ambil.Ada sorang kawan chik mi kalau beli handbag mesti nak macthing dengan kasut,sanggup simpan dulu sampai jumpa kasut yg match baru pakai handbag tu,oh tidak ...saya tak sanggup mencari sini sana semata2 nak match keduanya ye,sy suka yang simple dan practikal...
Berbalik kepada sling bag ni ( dah tua boleh pakai sling bag lagi ke?)sebenarnya chik mi kalau keluar memang takut nak bawak macam2 sebabnya ofc chik mi dekat dengan Padang Kota dah 'mat gian' pun ramai yang berkeliaran kat sini..kalau balik petang2 tu kami selalu jalan ramai-ramai so rase safe sikit,ade satu hari tu pak cik guard yang jaga kat building tempat chik mi kerja ni kena ragut,kesian pakcik tu bukan ade apapun dalam bag dia yg diletak dalam raga basikalnya tu hanyalah sebuah handphone dan duit yang berapa ringgit je.Bag ni chik mi beli last Dec hari tu masa tu ada sale,mula-mula tunjjuk kat Cik Ros & Cik Linda dema pun bekenan tup2 dua-dua tak jadi nak order.Thanks to Cik Ros sebab tolong chik mi buat online purchase tapi tak boleh sebab nak address kat UK aje,so tuka pulak plan B guna address adik Cik Linda yg bermastautin kat London tak boleh jugak sebab nak guna cc yang issue dari UK je,iskhhh macam dah putus harap dah last2 mintak adik Cik Linda yg tolong uruskan so chik mi bank in kat acc dia kat Mesia je,alhamdulillah Allah permudahkan,dah beli kena tunggu adik Cik Linda balik pulak jangkanya masa hari raya nanti ,tup2 sorang lagi adik Cik Linda yg pilot terbang ke sana jumpa abangnya terus abangnya paskan bag ni.Terkejut bila hari isni tu Cik Linda panggil 'makcik nah barang u '(panggilan glamour antara kami)oh bila nampak chop tu terus menjerit hahhhh dah sampai ,Thanks so much.....tak sangka sungguh...
Petang semalam chik mi ke pos office pulak dating dengan Post Master sebabnya dia tunggu sampai chik mi sampai baru dia balik ,chik mi sampai dalam pukul 6.40 kut,siap kena usik lagi birthday present ke?Bila dia tgk Ic dia ckp eh lambat lagi la ,sengih je la .Thanks Hj Anuar parcel misteri dari seorang kakak yang berada jauh di mata tapi dekatttttt di hati,'Tapi demi janjiku padamu' (nyanyi ikut tone Amy Search) kak chik mi tak boleh upload kat sini.Thanks kak semoga persahabatan kita kekal selamanya dan dirahmahiNya Amin....

Monday, March 21, 2011

Yuhuuuuuu I'm back

Assalam,lamanya menghilanggggg,thanks kepada yg sudi bertanya khabar,alhamdulillah chik mi sihat je,cuma hari tu sibuk jugak sebab SIL khawin,lepas tu macam2 hal yang nak dibereskan,chik mi ade jugak BW cuma jadi silent reader sebab nak  cepat,Alhamdulillah kenduri kat dua-dua belah pun dah selesai,rumah MIL 12mac,kat Kelantan 19mac,tapi chik mi tak dapat hadir ke Kelantan sebab cuti kena gilir-gilir,so chik mi ambil awal minggu,Cik Ros ambil akhir minggu,masa cuti tu memang penat dengan tak cukup tido pastu bawak budak-budak naik Cameron Highland jap otw balik ke Penang.

Wednesday, March 2, 2011

Aiskrim Kacang Merah

Assalamualaikum,sekarang ni Penang teramat panas dan kering ,kasihan dengan anak-anak yang bersekolah,pastu time awal tahun ni pulak selalunya sukan tahunan akan diadakan,kesian anak-anak setiap petang sibuk dengan latihan rumah sukan ,kelas ko kurikulum lagi termasuk yang nak menghadapi peperiksaan kena attend kelas tambahan lagi,panjangnya mukaddimah,chik mi buat aiskrim ni sebab budak kecik ~sabrina ~duk request nak aiskrim kacang merah,hari sabtu chik mi terlupa nak beli kacang siap merajuk lagi kenapa ibu tak beli ,ibu cakap nak buat aiskrim,so hari ahad kena ler pergi market nak beli kacang merah dengan santan kang merajuk lagi pulak.
gambar kureng memuaskankan kes dah balik kerja dah gelap,anak-anak tak habis-habis memuji sedapnya aiskrim ibu,tapi memang sedap pun sama seperti aiskrim potong ,along cakap" bu this one better dari yg selling kat luar tu bu",sesiapa peminat aiskrim potong boleh cuba resepi ni ,memang berbaloi.Modalpun murah aje chik mi beli kacang merah rm1 pun dah dapat banyak bekas,jimat you.Resepi asal boleh tgk kat sini.
 Ais krim Kacang Merah/Ais Krim Potong
Source :qasehmu-abadi.blogspot.com
  • BAHAN A
  • 250g Gula kastor
  • 3.5 sb susu tepung
  • 350ml air
  • BAHAN B - Bahan2 tepung tak boleh banyak2, takut ais nanti rasa tepung :(
  • 2sb paras tepung ubi 
  • 3 sb paras tepung jagung
  • 50 ml air
  • ** Campurkan tepung dengan air, kacau
  • ## BAHAN C - PERISA KACANG MERAH
  • 80g susu pekat
  • 300ml santan pekat+ 200 ml air
  • 200g kacang merah - rebus, lecek.  @ Blender dgn santan
  • 0.5 sk pewarna Rose pink 
  • secubit garam