Salam,account yahoo chik mi kena hacked ke hape ke chik mi tak tahu, tak boleh nak bukak walaupun ID dengan password sama ,so chik mi nak minta tolong pada yang hantar email ke chik mi tolong tukar email baru chik mi mimiazie72@gmail.com.Nak mintak tolong pada SITI(Dari taman TUN AMINAH JB) ,tolong confim balik ke email baru chik mi.
Saturday, July 31, 2010
Wednesday, July 28, 2010
Ikan Goreng Bersambal Istimewa
Salam,menu malam tadi ,samapi rumah dah dekat pukul 6.30 ptg,dalam kepala tak dak menu yg nak masak utk berbuka,sebelum tu dah call big boss suruh belikan telur masin,ingat nak rebus je nak kawankan dengan serunding ikan,buka tdung tengok ikan goreng pagi tadi elok je duk berbaris ,anak2 tak makan ler tu,terus on pc zaman jepun tu,nak tunggu loading punyala lama.Dalam kepala otak ni nak buat sambal ikan yg knor buat aritu ,tapi mmg tak ingat namanya cuma ingat Knor ambil dari umah Along itu je.tunggu nak loading punya ler lama ,akhirnya pukul 7.00 baru start masak,so lauk berbuka malam tadi jadilah sambal ni,sedapppp akan ada ulangan lagi ye.Thanks to Along n Knor,chik mi cnp dari rumah Knor ye.
malam tadi nampak lieza pun masak lauk ni,menu yg samakan liezakan.minta izin nak share kat sini ye kekandaku berdua.
IKAN GORENG BERSAMBAL ISTIMEWA by AlongRoz
3 ekor ikan
garam
serbuk kunyit
utk sambal:
4 bj cili hijau
1 bj cili merah
beberapa bj cili padi
1 btg serai
1/2 kuntum bunga kantan ~ k.nor ganti dgn daun limau purut~chik mi pun letak daun limau purut
5 bj bawah merah
4 ulas bawang putih
daun ketumbar ~ dihiris halusgaram
tambahan oleh k.nor:
2 sudu besar sos ikan
sedikit gula
1 sudu besar perahan limau nipis ~Chik mi guna lemon
1. Lumurkan ikan dgn garam dan serbuk kunyit.
2. Goreng hingga garing dan ketepikan.
3. Blend kesemua bahan2 utk sambal kecuali daun ketumbar dan garam.
4. Panaskan minyak dan masukkan bahan2 yg diblend.
5. Goreng hingga garing dan pecah minyak.
6. Masukkan daun limau purut dan daun ketumbar.
7. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
8. Padamkan api dan masukkan jus limau nipis.
9. Kacau rata dan tuangkan sambal atas ikan yg dah siap digoreng.
3 ekor ikan
garam
serbuk kunyit
utk sambal:
4 bj cili hijau
1 bj cili merah
beberapa bj cili padi
1 btg serai
1/2 kuntum bunga kantan ~ k.nor ganti dgn daun limau purut~chik mi pun letak daun limau purut
5 bj bawah merah
4 ulas bawang putih
daun ketumbar ~ dihiris halusgaram
tambahan oleh k.nor:
2 sudu besar sos ikan
sedikit gula
1 sudu besar perahan limau nipis ~Chik mi guna lemon
1. Lumurkan ikan dgn garam dan serbuk kunyit.
2. Goreng hingga garing dan ketepikan.
3. Blend kesemua bahan2 utk sambal kecuali daun ketumbar dan garam.
4. Panaskan minyak dan masukkan bahan2 yg diblend.
5. Goreng hingga garing dan pecah minyak.
6. Masukkan daun limau purut dan daun ketumbar.
7. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
8. Padamkan api dan masukkan jus limau nipis.
9. Kacau rata dan tuangkan sambal atas ikan yg dah siap digoreng.
Monday, July 26, 2010
Lontong
Salam ,dah lama tak N3 masakan kat sini,biasalah tuan rumah ni kan senggal sikit(ni pinjam ayat ijah ler ni),rindu ngan ijah semoga semuanya selesai n kembali berblogging ye ijah.Dah lamaaaaaa tak makan lontong,ntah nak buat pun malas,kalau kat sini susah sikit nak dapat lontong,kalau KL senangkan nak makan beli je sebungkus,chik jarang makan lontong sebabnya chik mi tak makan sayur pucuk(selepas terima email yg tempat buatnya tu kotor)tiap kali nak makan mesti teringat gambar tu,geli geleman dibuatnya.bila bagi pilihan kat big boss nak makan nasi impit ngan kuah kacang ke ngan kuah lodeh?dia cakap eh kuah lodeh bukan masuk sayur tu ke?chik mi jawap tak yah ler letak.Resepi lontong ni dah lama dalam simpanan chik mi,dari ofcmate Kak Bye(chik mi paggei mak bye) yang dapat dari Kak Mas keturunan bawean,chik mi suka kalau lontongnya ade berempah sikit tak ler macam masak lemak biase tu.kalau sil chik mi buat lagiii ade macam2,ade serunding kelapa ler stail Spore,mmg pun sil asal dari sana ,so chik dah terbiasa dengan juadah2 org2 seberang tambak ni.
Sayurnya dah pinish tinggal sepihan baru ingat nak ambil gambar.psttt nasi impitnya pun homemade tau ikut resepi Yatie (chik mi tak makan nasik impit yg ready made tu)sebenarnya org akan cakap chik mi cerewet,heheheh sebabnya bila akak chik mi didiagnose penyakit yg ditakuti oleh semua wanita,so bermacam2 benda yg chik mi ommitkan,so kalau nak makan mmg kena buat sendiri.Panjangnya bebelan chik mi arini.Resepi nnti chik mi uploade ye tak bawak kitab pulak:>
Friday, July 23, 2010
Apa tuuuuuuu????????
Salam,kejap je hari jumaat,ok setelah selesai penghantaran first batch punya pan still ade lagi yang berminat,chik nak buat second trip to 'Little India',tapi nak tunggu banyak order baru boleh ke sana.Siapa yang berminat boleh confirmkannya ye.email ke mimiazie72@gmail.com @ msg kat Fb pun boleh.
Ada yang bertanyakan pasal pressure cooker,since ade gambar dalam folder tu ,so chik mi upload sekali kat sini.reganya chik mi kena survey dulu ye.
Labels:
Toys
Thursday, July 22, 2010
Majlis Pertunangan Izzati
Salam ,majlis pertunangan SIL chik mi kat Teluk Intan baru-baru ni.Gambar ni pun chik mi cilok dari Fb dia,bizi sungguh ye,ntah ler apa yg chik mi bizikan,mmg tak de sekeping pun gambar family chik mi dengan bakal pengantin.Chik mi sampai kat Teluk intan pukul 1 pg,intan terus nak buat mini blossom tapi MIL cakap tak yah ler sbbnya esok pagi ade kawan-kawannya datang merewang ,so menantu terchenta ni pun ikut je lah.betul tak nnti tak ikut cakap menderhaka pulak.Untuk bik ijat semoga pertunangan ini diberkati dan dirahmatiNya.Aminnnn ,jaga diri elok2 sebabnya masa pertunangan ni lah bermacam-macam dugaan yang mendatang.
Labels:
Perkahwinan
Wednesday, July 21, 2010
Surprise!!!!!!
Salam ,I'm backkkkk,terima kasih atas kunjungan ke teratak chik mi yang tak seberapa ni,walaupun tuan rumah ni tengah mentel dan kemalasan,heheeheh kita tak hilang kemana cuma letih +sedikit bizi je.Apa kena ngan tajuk kat atas nun?Heheheh sebenarnya last week 17julai birthday chik mi (terima kasih pada semua yang ucapkan kat FB dan sms ke chik mi,sungguh terharu ai u.Chik mi seperti biasa bukak je blog nak baca msg sbbnya minggu sibuk dengan parcel yg nak diantarkan tu tetiba terbaca msg dr kak watie suruh call urgent katanya,so chik mi pun call ler rupa-rupanya ade orang order kek ngan kak watie suruh antar ke chik mi tapi kak watie sibuk sbb ade tempahan,chik mi pun sibuk jugak masa tu weekends nak balik kampung pulak so kami set nak jumpa ptg isnin nak berdating(1st time jumpa walaupun kami ni tinggal tak ler jauh bebenor) ,chik mi jenuh duk pujuk kak watie tanya siapa si pengirimnya ,kak watie cakap ala tunggu je nnti ambik kek tu tau ler sape penggirimnya,glamernya ai ade peminat u.Terima kasih banayk -banyak Kak Ham yang mengirim kek untuk chik mi,walaupun hanya kenal dan selalu bergurau dialam maya tapi terase seperti dah lama kenal mesra,sungguh terharu rasanya.Kek ni sedapppppp sgt,chik mi bawak ke ofc sikit bg kengkawan lain merase semua puji sedap dan yg penting tak manis sgt.Thanks again kak watie.
Ni pulak hadiah dari kak watie ,terimakasih kak,sayang nak pakai brooch yg cantik ni.
Labels:
cerita ceriti
Tuesday, July 13, 2010
Puding Roti Marble
Salam,puding ni buar ari ahad yang lepas,ramai yang dah buat puding yg sedap nikan,harini bari nak singgah kat umah chik mi.Resepinya dr Hana .Sapa yang belum cuba sila cuba ye sebabnya senang dan sedap puding ni,(tolong promote ade komisen tak Ina) hehehehe ,tak larat nak membebel nak siapkan parcel utk belayar ke tuannya.so sesape yang order aritu tunggguuuuuuuu ye.
Walaupun rupamu tak secomel tuan punya resepi tapi rasamu sedapppp sgt
Mintak Izin ye ina cnp kat sini ,thanks
Bahan-bahan - 4 keping roti
- 2 biji telur
- 1/2 cawan susu pekat
- 170ml susu cair
- 8gram serbuk agar2 @ sepeket
- 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
- 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
- 31/2 cawan air = hana guna cwn biasa 230ml.
- pewarna merah,kuning dan hijau. (terpulang masing2)
Cara-cara
- Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
- Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
- Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
- Bahagi kepada 3. masukkan warna pilihan dan kacau sebati. (hana gune merah,hijau dan kuning)
- Ambil sesenduk warna hijau dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna merah, tuang di atas warna hijau tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tk payah ratakan atau kacau. kemudian ambil pula warna kuning tuang di atas kaler hijau pula. ulang smula kaler merah dan buat hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
- Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk.
Labels:
Dessert
Thursday, July 8, 2010
Gulai Sardin Berkentang
Salam ,menu dinner dua malam yg lepas kut ,sooooo udah pinish ye,hehehehe,bila musim berangin ni ikan kat market tu duk pakai eyeshadow ,konpem ler tak beli,pusing satu market pun sama je so last resort kena guna ikan kurung ler jawapnya.Ikan sardin ni arwah ayah chik mi panggei ikan sardin,gulai sardin kalau tingat mesti menitis airmata sebabnya lauk terakhir yg arwah minta sebelum pergi meninggalkan kami ,nasik lemak dengan gulai sardin ,tp sebenarnya arwah tak makan sardin tp haritu arwah cakap ke mak sedapkan kalau makan nasik lemak dengan gulai sardin,kenangan arwah bersama kami sentiasa segar dlm ingatan sebabnya arwah mmg rapat dengan chik mi(yelakan anak perempuannya yg kecik sekali dr 10 org anak).Alamak teremo la pulak.Chik mi ikut arwah kutkalau dengan sardin ni kurang sikit .selalunya ambik kuahnya aje.Selalu buat masak asam je ntah malam tu tetiba pulak nak buat gulai.
Chik mi buat macam gulai ikan biasa cuma tak gunakan sos sardin tu dan tambah kentang je.
PERHATIAN UNTUK YANG NAKKAN KUALI N APOM PANS TU ,CHIK MI TAK SEMPAT NAK SURVEY LAGI YE ,INSYAALLAH WEEKENDS NI KALAU SEMPAT CHIK MI PERGI YE,LITTLE INDIA TU SUSAH PARKING N JALANNYA SEMPIT ,SO KENA PERGI DENGAN BIG BOSS LER.Sapa yang nak tolong konpem kat chik mi melalui email ye senang chik mi nak kira kuantitinya.Email chik mi:- mimiazie@yahoo.com
Wednesday, July 7, 2010
Yang Ditunggu Dah Tiba
Salam,mintak maaf banyak2 kalau tak nampak gambarnya terlupa pulak ke background yang itam tu ,periuknya pun itam so kalau nak tengok tu tenung2 lah ye.Sebenarnya kuali(apom pan) n pan kat bawah tu kirim dengan MIL kat Teluk Intan.Selalunya kalau tiba perayaan vasakti (kalau tak salah dlm bulan 5@6) ade lelong jual periuk belanga dari India.Last year MIL belikan untuk chik mi ramai yang bekenan sebabnya mmg elok tak melekat langsung.Apom pan yang chik mi guna untuk buat apom lenggang tempohari.so aritu cakap ngan MIL nak order untuk kakak2 ngan kawan ,so MIL belikan lebih ler ingatkan nak jugak lelong dalam blog tapi tak sempat sebabnya yang beli apom pan tu bila tgk pan yg satu lagi tu pun nak jugak ,so tak dapat den nak melelongnya.Kat 'little india' kat sini bukannya takde tapi mahal sikit tp memang kualiti pun elok sikit,tapi yg ni chik guna pun kita dah puas hatiiiii sangat dah.
Pan ni chik mi guna unuk buat roti jala n ketayap mmg best tak lekat langsung.Kakasma akak jangan nangis ye kalau nak email ke sy nnti sy tulun belikan.ingat nnti nak try buat telur bungkus pulak guna pan ni agak2 nak terburai isi perut tak.Ofcmate chik mi yang guna pan ni pun cakap memang berbaloi beli pan ni.
Labels:
Toys
Tuesday, July 6, 2010
Siakap Masam Manis
Salam,siakap masam manis ni menu ari sabtu ,so konpem dah pinish ye,aritu masa buat Siakap 3 Rasa, Chemp mention dia suka letak epal sekali,since dah ade green epal chik mi parut letak sekali,so Ahli Majlis Tertinggi dah approve so next time boleh buat lagi nak tuko ngan nenas pulak.
Nak ajak makan pun dah habis so kita intai resepinya ye .Resepi sama dengan siakap 3 Rasa cuma tambahkan epal hijau yg diparut je.Chik mi CnP kat sini balik ye.
Bahan-bahan
Ikan Siakap
Tepung ubi
Lada sulah
Secubit garam
Daun Limau Purut
Bawang Merah*
Bawang Putih*
Halia*
*Dihiris halus
Ikan Siakap
Tepung ubi
Lada sulah
Secubit garam
Daun Limau Purut
Bawang Merah*
Bawang Putih*
Halia*
*Dihiris halus
Epal Hijau Chik mi parut
Sos cili thai ~ brand Mae pranom
Sos cili
Sos tomato
Sos cili thai ~ brand Mae pranom
Sos cili
Sos tomato
Sos tiram
Cara-caranya
Ikan dilumur tepung ubi,lada sulah & secubit garam,perapkan sebentar kemudian digoreng secara terendam bersama minyak yg banyak,ketepikan.Tumiskan bawang & halia sehingga wangi,masukkan ketiga- jenis sos sos bersama dengan sedikit air masak sehingga pekat, masukkan epal parut kemudian tutup api masukkan daun limau purut biarkan sebentar.kemudian curahkan keatas ikan ,taraaaaa dah siap senangkan .
Cara-caranya
Ikan dilumur tepung ubi,lada sulah & secubit garam,perapkan sebentar kemudian digoreng secara terendam bersama minyak yg banyak,ketepikan.Tumiskan bawang & halia sehingga wangi,masukkan ketiga- jenis sos sos bersama dengan sedikit air masak sehingga pekat, masukkan epal parut kemudian tutup api masukkan daun limau purut biarkan sebentar.kemudian curahkan keatas ikan ,taraaaaa dah siap senangkan .
Monday, July 5, 2010
Jagung Bakar Bersos Pedas
Salam ,bersua kembali dihari isnin,weekend baru ni weekends yang amat memenatkan,2 hsri berturut-turut penuh dengan xtvt sekolah anak-anak.so bila dah balik penatnya tak usah cakap ler,plan nak buat jagung ni dah lama,since dah malas nak masak beria dan stok jagung pun ade kita pun apalagi buat kerahan tenaga ler,Sorang suruh hidupkan api,sorang suruh bersihkan jagung so senang kerja chik mi tinggal buat sosnya je.Memula makan jagung ni kami pun pelik jugak bila tengok adik tu lepas bakar sapu dengan sos,bila dah makan baru tahu sedap rupanya tak macam setengah tempat tu kadang-kadang terasa berhampas je,(ni yang buat chik mi hangin je).Mula tu malu jugak nak tanya adik tu sos apa yang dia guna,tapi no harm kan trying,saje je tanya dik guna sos cili ke dik,sambil buat muka seposen.Angah dah siap menyiku chik mi,hehehehe nasib baik kita org ni regular customer kat situ so adik tu pun jawap ler a ah kak kiteorang campur mcm2 sos ,pastu tu tanya lagi madu dik ,a ah kak madu sikit.wokeh dik terima kasih ...
Mari-mari jagung bakar special 2 singgit,2 singgit hehehehe dah jadi cam Mail ler pulak.
Bahan-bahannya
Jagung
Butter*
Sos cili*
Sos cili thai*
Madu*
*campurkan ke semua bahan yg bertanda * diatas ,ketepikan
Cara-caranya.
Jagung disapu sedikit butter kemudian dibakar ,selepas jagungnya dah masak sapukan dengan semua sos yang dicampur tadi.sedia untuk dihidangkan.
Labels:
Kudapan
Friday, July 2, 2010
Pasta Goreng
Salah satu menu dari makcik kantin,kadang-kadang tu pening gak kepala nak pikirkan menu bekalan dari anak2 ni.....kadang2 ambil je apa yang ade dalam peti sejuk tu.Minta maaf banyak2 ye pada yang sudi singgah ke sini tapi bukan sy tak buat kunjungan balas tapi pc kat ofc ni terlalu lembap ,kadang2 jenuh menunggu nak keluar sbox tu ,kalau kat rumah pulak masa amat terbatas tambah pulak dengan pc yg nazak tu ,sori ye ,kadang2 sy singgah tp tak tinggalkan jejak.
Bila pepagi ni nak ambik gambar pun mood lariii la .
Labels:
Pasta
Thursday, July 1, 2010
Makcik Kantin Kembali Beraksi
Salam,apa kena dengan makcik kantin pulak ni??? Hehehehe ni sebenarnya bekal anak-anak ke sekolah.semalam kakasma jemput makan kat rumah dia teringat gambar yg terperap dlm folder tu.Sekarang ni along dah tak tinggal kat hostel(atas sebab2 tertentu chik mi terpaksa keluarkan along dr hostel).Seawal 5.10 pagi chik mi dah bangun prepare bekalan untuk anak2.Kesian dengan along yg 5.45 dah keluar rumah ,sampai rumah pukul 4.15 ptg,ni belum lagi kalau ade kelas tambahan.Takpe along ibu korbankan tido ibu untuk anak2 sebab ibu sayang dengan anak2 ibu ...
Labels:
Kuih muih
Subscribe to:
Posts (Atom)