Thursday, June 23, 2011

Apam Labu

Assalamualaikum,malam tadi cik mahamood ade singgah sat kat rumah tu yang merajinkan diri buat apam labu tu heheheh ,sebenaqnya chik mi dah kukus apam ni 2-3 hari dah duk parking cantik je dalam pei sejuk ,bila balik buat kerja lain terlupa nak bancuh bila baca balik resepi kena perap 1 jam owh tidak cik labu harus masuk semula ke tempat beradu :>memang tak sia-sia ketuk tingkap my laling sifoo malam-malam sebab memang best apam ni lembut toing toing siap berongga lagi tu.SEDAP chik mi guna resepi apam kentang cuma tukar ke labu aje
Rupa apam ni pucat sebab hubby beli golden pumkin tapi takda pun rupa goldenkan,dah tu pulak isinya agak lembik.Chik mi tak guna pewarna sebab nak kaler yang ori,kat ofc ni selalu kalau tengok kuih melayu ade je komen ''wahhh malay really likes to eat colouring meh,chik please dont use no good maaaaa'',ok jugak ada inspector gadjet ni dak ler kita terlajakkan,dia orang ni memang jaga food intake sebab ade 2 orang colleagu kena kanser & they also know my sister jugak pernah kena penyakit yang amat digeruni tu .
Tengok tu siap berongga lagi memang sedap nnti nak tukar guna pisang pulak ,pastu kita guna keladi pulak aci dak ?Knor aci ada kat india kan favourite word kak nor.
ok thanks kepada Seri dan kak nor chik mi kongsi kat sini ye senang anak cucu nak merujuk nanti :>
APAM KENTANG~Chik mi guna Labu
Sumber : Seri
Sumber : SecubitGaramNor67

Bahan-bahan:
* 3/4 cwn gula pasir
* 200 ml air
* 1 helai daun pandan
* 2 cwn tepung beras
* 1 cwn kentang rebus~Labu
* 3/4 cwn tpng gandum
* sedikit garam
* 1 sk yeast
* 1 sk b.powder
* pewarna hijau/pandan paste
* 250 ml santan

Cara-cara:
1. Kentang rebus di blend bersama dngn santan(biarkan sebentar)
2. Masak gula bersama air dan daun pandan.
3. Dlm mangkuk lain, satukan tepung beras, tepung gandum,yeast, b.powder dan garam.
4. Satukan semuanya dlm blender dan kisar sebati.
5. Perap selama 1 jam.Sapu minyak pada bekas kecil2.
6. Kukus dalam bekas kecil2 selama 15 minit.
7. Kalau guna loyang besar, kukus selama 40 minit.
8. Apam ini boleh di makan bersama dgn kelapa parut.
#chik mi masukkan daun pandan kedaun air kukusan baunya harum semerbak

Sunday, June 19, 2011

Cekodok Durian




Assalamualaikum,hari ni baru berkesempatan nak update N3 baru,hari jumaat tu chik mi ke pasar malam jumpa dengan apek yang selalu chik mi beli durian dekat dia,tinggal dah tak banyak buah,so dia pilih-pilih yang memang chik mi punya favourite nak isi yang liat-liat tak kisah isi kuning atau putih .Semuanya comei-comei je buah kecik-kecik tp isinya memang best dalam tu terselit la jugak sebijik yang besar tapi yang besar tu tak best langsung tawar tu yang chik mi buat cekodok tu ,rezeki jangan dibuangkan bila dah buat cekodok sedap la pulak duk mengunyah,sebab buat pun comei-comei aja.
Jangan tak tau cekodok bukan sembarang cekodok letak DDL lagi,heheheh nak habiskan stok DDL dalam peti sejuk tu yang chik mi campurkan sekali.
chik mi letak resepi kak besah ye sebab chik mi buat pun lebih kurang gitu jugak,cuma tak dak sukatannya.
Cekodok Durian
Sumber:Kak Besah~my resepi.com
  • 4 cawan tepung beserbuk penaik (kalau xde, ayakkan je tepung gandum + 1sudu teh soda bikarbonat + 1/2 sudu teh baking powder)
  • 2 cawan air susu.(air + apa2 susu smua bleh)
  • 1 cawan gula pasir
  • 6,7 ulas durian & 1/2 sudu teh garam

Cara-cara

  1. dalam mangkuk, larutkan gula dgn air.pastu campurkan durian & garam.gaul sebati. masukkan tepung sambil digaul hingga menjadi adunan pekat.
  2. goreng lah hingga masak.api jgn kuat sangat supaya serata masaknya.  

Friday, June 17, 2011

Serawa aka Pengat Pisang Abu

Assalamualaikum,kini jumaat kembali lagi ,tuan empunya diri masih tenggelam timbul , serawa=pengat=kolak,serawa pisang abu ni juadah hari sabtu dan ahad,2 hari berturut makan serawa sebab apa?sebab request dari husband dengan angah.first time buat serawa 
guna pisang abu,selalunya chik mi buat guna pisang raja,pisang raja sekarang ni dah jadi macam namanya raja kalau kat penang ni punya ler mahal,nak pulak kalau cantik je mau rm8-9 sekg,sebab apa sebab chinese kalau cantik guna untuk sembang so depa tak kira mahal ke tak memang depa akan beli,so yang jadi mangsa kita la.Berbalik pada serawa pisang abu ,chik mi bawak dari kampung,bibik intan yang bagi 2 sisir dah ,bila ke umah wak mal dapat pulak pisang awak 2 sisir ,banyaknya dah bg sikit kat ct,sikit ,dah goreng pun dah last2 tengok dah masak sangat chik mi pun buat lah pengat,hari mula buat 5 biji aje ingatkan tak laku,ghupanya tak cukup,kecuali along je yang tak makan,esoknya ada berbaki pisang tu yg ade requst buat lagi .
masa mula-mula ade komen dari penggemar pisang nangka ,kalau kolak pisang nangka best ni,jawapan dari si ayu cuba dulu yang ni,haahaaha kan dah kata siap ala request ulangan lagi.
Tips:untuk dapatkan sagu yang clear,rendam sagu lama sikit 15-20 min,toskan lalukan bawah air paip untuk membuang sagunya.

Sunday, June 12, 2011

Kacang Potong (Peanut Candies)

Assalamualaikum,esok sekolah dah mula buka,chik mi pun baru nak sapu sawang kat sini,dah lama tak bersiaran,tapi ade jugak jengah kawan tapi bila cuti sekolah ni teramat M ,masak macam biasa tapi malas nak pegang kamera,dah ambil gambar malas nak N3.Berbalik pada kacang potong ni memang favorite chik mi sejak dulu,selalunya nak makan beli aje tapi agak payah nak dapat buatan orang kita,chik mi ambil dari koleksi buku resepi chik dah lama ku tenung-tenung resepinya,bukan apa takut nak mencuba resepi dari buku-buku atau majalah takut tak menjadi,dulu-dulu beli majalah sebab suka tengok resepi masa beli tak tengok bahan tup-tup chef hotel punya resepi guna tepung gandung sampai sekilo ,gula sekg ya ampun memang tak buat ler walau pun tengok gamgar cantiknya biskut tu,tapi rasanya sekarang dah tak lagi kut sebab semuanya sumber-sumber yang boleh dipercayai.Buat cemilan anak-anak,masa tengah masak syrupnya tu chik mi asyik duk layan si Sabrina sembang sambil buang kulit kacang,sampai terlupa so syrupnya terlebih masak sedikit pahit.
dah lama tak pegang kamera dah jadi makan tangan mak tok ketaq,tak pe walau pun tak cantik ni hasil kerja tangan kita bukan mengambil hak orang:)

Kacang Potong /Peanut Candies
Rujukan: 50 All Time Favorite Bakes
Ingredients
260g peanut~dipanggang dan dibuang kulit
60g sesame~ chik mi guna 40g campuran bijan hitam dan putih
120g coarse sugar
60g water1tbsp maltose syrup~chik mi guna 1 1/2tbsp golden syrup
1/4 tsp vinegar
Method
1.bake peanut @ 160c until fragrant.Rinse sesame seed and fry until golden brown and fragrant.
2.Cook coarse sugar in water with low heat until coarse sugar dissolve,add in maltose(golden syrup),vinegar and cook until till thick.Pour in baked peanutsand quick-stir evenly.
3.Pour the syrup mixture into a grease baking tray,then sprinkle with sesame seeds.Press and flatten the mixture with a wet roller.leave to cool and cut into pieces.Ready to serve.
Tips:Pour a drop of syrup mixture into water for testing;when it condeses into asoft droplet,the thickness of syrup mixture is just nice.
nota:chik mi lapik baking tray dengan aluminium foil,potong semasa masih panas dengan pisau yang dilumur dengan minyak masak.Chik mi gaul sekali kacang dengan bijan