Sunday, February 26, 2012

Bubur Cha Cha

 Assalamualaikum,bubur cha cha kegemaran husband chik mi tapi anak-anak tak menggemarinya,bila jumpa keledek colour purple ,chik mi ambil sikit sebab nak buat bubur ni,Bila dah rebus kalernya tak menyerlah jadi kusam gitu,nasib baik ade si oren yang berganding bahu so tak ler boring sangat tengok.
Masa first time kena buat bubur ni jenuh menggoggle sana sikit,adjust sini sana so kita pun buat lah ikut cara yang senangkan.
 
 .Mula-mula chik mi kukus keledek ,kemudian rebus tepung chacha sehingga separuh masak ,buang air kemudian rebus,kembali cha cha bersama dengan gula putih dan gula merah sehingga gula hancur bersama sehelai daun pandan.masukkan sedikit sagu yang telah direndam terlebih dahulu,akhirnya masukkan santan biarkan mendidih sebentar. 

Thursday, February 23, 2012

Colek Ikan Tongkol

Assalamualaikum ,menu ni pun dah lamaaaa sangat tersimpan kat draf tu ntah kena sangat M nak mengupdatenya.Dedulu chik mi tak pandai makan ikan kayu @tongkol @ aya ni,sebab arwah ayah chik mi tak makan so kita orang memang jarang makan ikan ni,bila ayah dah tiada,ada jugak sekali dua kakak chik mi masak cabai,tup-tup kawen pencinta ikan ni huwaaa cheq kena belajaq masak so kena la makankan,so sekarang ni kalau nampak si tongkol isi putih memang kena ambil.Selalunya chik mi masak cabai ikan ni ,dah lama tak buat colek ni.
Resepi ni chik mi ikut kat sini,thanks Za chik mi kongsi kat sini ye
Source:Myresepi

Bahan-bahan ( 1 hidangan tengahari)

  • 4 keping ikan tenggiri
  • 1/2 cawan air masak
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu teh garam
  • 5 biji cili api
  • 2-3 biji limau nipis
  • 1 inci belacan (bakar sikit)
  • 1 biji tomato (potong dadu)
  • 1 biji bawang besar (potong dadu)
  • Sedikit daun ketumbar (hiris)
  • UPDATE: lupa nak beritahu..kepada yang tak suka daun ketumbar, boleh tukar kepada daun limau purut...memang ummphh!!!

Cara-cara

  1. Letakkan secubit garam pada ikan dan bakar dlm oven hingga masak.(Kalau bakar dgn kayu arang lebih sedap)
  2. Campurkan air masak,cili,garam,gula,belacan dan perahan air limau dan blend. Tumbuk dengan lesung pun boleh. Letak dlm bekas dan gaulkan dengan bawang,tomato dan daun ketumbar.
  3. Tuangkan kedalam pinggan berisi ikan yg telah dibakar.Sedia untuk dimakan dengan nasi panas.
Colek @ air asam chik mi ikut resepi kat sini.
Chik mi panggang ikan atas nonstik pans aje tak guna oven .


Wednesday, February 22, 2012

Sambal Kicap Cili Padi

Assalamualaikum,sekejap aje dah tengah minggu hari rabu,selalunya orang cakap WW kan tak pe lah kita buat seperti biasa .Dah jadi menantu wong jowo mesti kena pandai makan dan buat sambal kicap kan.kat rumah MIL memang sentiasa ada sambal kicap ni tak payah kalut-kalut kalau nak makan baru nak buat:).Kalau orang johor goreng pisang mesti ada sambal ni kan ,chik mi suka makan dengan ikan goreng panas-panas fuh berpeluh uuuu
Uiks bijik cabainya berserdak tu ,chik mi guna cili api yang merah campur dengan hijau tapi bukan  cili api kampung ,tu beli kat pakcik MYDIN punya ler pedas,nasib baik tak letak banyak lagi.
Resepi nanti ye chik mi dah nak keluar ni:)
Update :
Sambal Kicap  Cili Padi
Souce :Chik mimi
Source :Ibu Mertuaku
Bawang putih 1-2 ulas ,dihiris halus digoreng sebentar
Cili Padi 
Gula 
Asam jawa -Dibancuh dengan sedikit air biar pekat
Kicap 
Cara-cara
Cili padi ditumbuk bersama dengan gula sehingga hancur,masukkan kicap serta air asam pekat .masukkan bawang putih tadi di pecah-pecahkan sedikit biar wangi ,sekiranya terlalu pedas masukkan lagi sedikit gula.sedia untuk dihidang


Monday, February 20, 2012

Nasi Daging Vs Air Asam Kerisek

 Asssalamualaikum,tenggelam timbul tuan  blog ni update blog ye,huhuhu nak buat camana ,kat ofc pc ni kadang-kadang mereng ,balik rumah terpaksa bagi laluan buat puteri-puteri guna untuk buat homework,opsss menu dah dah habis ye usahlah lah nak merayu lagi ,muahhhaha.
Kak Ayu,sekarang ni isirumah kita dah boleh terima nasi berperisa gini ,hik hik hik mungkin tuan punya badan yang semakin melebar ni dah pandai kut,uikssss sapalah tu yang  masuk lif tekan sendiri ye:)
Kawan chik mi cakap kat rempah nasi daging Pendang sedap,maka chik mi tak lena tidoq nak dapatkan rempah ni,kebetulan ofcmate chik mi ada beli lebih so chik mi dengan cik ros pun apa lagi blink- blink ler mata kat dia ,nak minta beli,pastu teringat dekat adik sorang ni duk kat Pendang message kat dia nak suruh beli ,memang jadi rezekiku ,dua-dua sekali sampai rempahnya ,suka-suka jangan cerita kat orang tau chik mi tambah 3kali makan nasi ni opsssss terlebih la sudah.Nasi daging ni kawan dia hanyalah air asam kerisek ,tapikan chik mi tambah lagi makan dengan acar buah tu yang terlajak perahu tu,no good no good.


Awat la hari ni melalut tak tentu pasai ni ,tu la dah lama tak membebel kat sini kut,sekarang ni ni chik mi masak nasi berperisa ni stail orang Arab masak Nasi Arab,orang Pakistan masak nasi Beriani,chik mi rebuskan beras bersama air yang banyak,setitis minyak dan secubit garam ,bila nasi dah 3/4 masak @ sehingga nampak berasnya timbul macam menari-nari ,chik mi buangkan airnya kemudian toskan air,pastu lapiskan dalam rice cooker.Jom tengok resepinya.
Maaf ye tak de sukatan yang tepat ,lagi pun dengan cara merebus beras ni kita tak perlu menyukat air ,so kebarangkalian nasi terlembik @ terkeras amat tipis.
Nasi Daging My Style(tak ada sukatan maaf ye sebab chik mi main campak-campak aje)
Source:Chik Mi
Daging ~ dihiris nipis 
Beras Basmathi ~ Chik mi guna beras siam Di basuh dan direndam sebentar ,toskan
Rempah Nasi Daging ~ Ada yang guna rempah kurma ,chik mi tak pernah cuba
Bawang merah ~ dimayang
Bawang Putih ~ dimayang
Halia~ di mayang
Daun Pandan
Tomato Soup
Tairu @ Yogurt
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis ~ boleh dicampur dengan minyak sapi
Daun Pudina/Daun sup / Daun ketumbar
Cara-caranya
Sediakan periuk rebus air bersama secubit garam dan setitis minyak,agak nak mendidih masukkan beras yang telah ditoskan tadi,masak sehingga berasnya 1/2 masak,chik mi selalu tengok bila beras tu dah timbul macam menari-nasi gitu terus chik mi toskan ke dalam penapis,ketepikan nasi yang telah 1/2 masak tersebut.
Sediakan periuk lain tumiskan minyak bersama bawang merah dan putih ,bersama daun pandan sehingga naik bau,kemudian masukkan rempah nasi daging yg telah dijadikan pes,tumis sehingga garing,masukkan tomato soup,bersama dendan yogurt,masak sehingga mendidih,masukkan sedikit air sebab terlalu pekat.Masukkan daging masak sehingga daging empuk,(chik mi guna pressure cooker)
Sediakan rice cooker,kemudian masukkan separuh nasi tadi ,kemudian masukkan separuh daging bersama dengan kuahnya,ulang proses sehingga nasi n daging serta kuahnya habis(terpulang nak lapis berapa layer)last sekali masukkan daun ,on kan periuk nasi,masak seperti biasa,bila rice cooker dah off jangan terus buka tudung periuk,biarkan selama 10 minit,kemudian baru di gembur perlahan-lahan dari bawah ke atas sehingga sekata.

Air Asam My style 
Source : Chik Mimi
                                                                 Cili merah
Cili padi 
belacan 
Air asam jawa
Tomato dihiris @ didadu
Bawang besar dihiris @ didadu
                                                               Sedikit kerisek
buat seperti sambal belacan biasa kemudian,masukkan tomato serta bawang,masukkan kerisek digaul rata,perasakan garam dan gula .


Monday, February 13, 2012

Cheese Pudding

 Assalamualaikum,bersiaran lagi di hari isnin,Chik mi buat puding cheese yang satu waktu dulu menjadi pojaan hati blogger masakan.Resepi dari AlongRos memang sangat best,
 Cheese Pudding
By : AlongRos
Dicuba Oleh :Chik mi
Puding cheese yang hanya menggunakan biskut cheese tapi tetap sedap & rasa yg lemak berkrim.

By: AlongRoz@HomeKreation
Saiz 8" persegi
BAHAN2:
13g Serbuk Agar-Agar
1 liter Air
120g Gula
3 biji Telur
120-150g Biskut Cheese - blend halus
1 sb Tepung Kastad
400ml Susu Cair
200g Susu Pekat
50g Mentega
Chik mi dalam bekas kecil senang anak-anak balik sekolah nak makan:)

CARA2:
1. Masak serbuk agar2 dgn air sehingga hancur. Kacau selalu.
Masukkan gula & kacau sehingga sebati.

2. Pukul telur sehingga rata & campurkan biskut & tpg kastad.
Masukkan susu & kacau sebati.
Tuangkan ke dlm adunan agar2 tadi & tutup api apabila mendidih.
Masukkan mentega sehingga sebati.

3. Tuang ke dlm tin/acuan & biarkan sejuk di suhu bilik.
Sejukkan sebelum di hidangkan.
Satu untuk kau satu untuk ku

Friday, February 10, 2012

Sambal Tempoyak Bilis

Assalamualaikum,hari khamis yang sangat panas di Penang ni, jom kita layan sambal tempoyak bilis ni,kalau makan ni confirm nasi tak cukup sepinggan,Tempoyak pemberian ibu mertua,sebenarnya chik mi tak pandai sangat makan tempoyak ,tapi MIL dah siap masukkan dalam bekas tak elok pulak tak ambil kan,sekarang ni sambal tempoyak bilis ni menjadi pojaan hatiku hahahaha,
 
Resepi chik mi rujuk kat sini ,cuma chik mi  buat simple je tak letak daun kunyit .Kena dengan masam,pedas lemak-lemak durian tu tak boleh tahan ni kecur ayaq liuq.

 
Chik mi buat versi simple aje
Sambal Tempoyak Bilis
Bahan-bahan
Ikan bilis di goreng
Bawang besar *
Cili api *
Tempoyak
Minyak  untuk menumis
Secubit garam
Cara-caranya
Ikan bilis digoreng garing ketepikan,bawang besar dengan cili api di blend kasar kemudian panaskan minyak tumis bahan yang diblend tadi sebentar ,masukkan tempoyak kacau sebati kemudian masukkan sedikit garam ,akhirnya masukkan ikan bilis yang telah di goreng tadi kacau sebati
.sedia untuk dihidangkan


Friday, February 3, 2012

Sambal Hitam Pahang

Assalamualaikum,sekejap saja hari jumaat menjelma ,insyaAllah hari ahad nanti kita akan menyambut Maulidur Rasul ,sambal hitam pahang ni menu yang dah lamaaaaa sangat cuma hari tu tak de mahamood nak pos hari ni baru ade sikit mahamood mai nak singgah ,harap-harap dapat diteruskan.Maaf ye Madihah dan Izah bagi korang pening semalam,arini pun sama jugak tapi dah check banyak kali harap2 tak ada lagi pertindihan gambar .
 Chik mi memang tak pernah makan atau merasa sambal ni so chik mi tak tahu rupa dan rasa original sambal ni.Asam belimbing ni pun chik mi tak rebus ,chik mi shortcut beli yang siap dah bergaram dan jemur,selalunya kalau kat utagha ni asam ni dicampur dalam acar buah.Chik mi terjumpa ada pakcik yang menjual asam ni masa pergi ke pasar balik pulau .

Menderhaka betul orang suruh guna lesung untuk menumbuk ,chik mi blend dengan food processor hehhe jadi ler ghupa gitu,Thanks Madihah atas resepinya chik mi copy kat sini ye.
Sambal Hitam Pahang
Sumber : Madihah @ Ratna
Dicuba oleh :Chik mi
Sumber : My mother in law...(Ratna)
  Bahan2
½ cawan belimbing buluh rebus [rujuk resepi cara2 merebus]
½  cawan cili padi (ikut kepedasan masing2)
2 cawan ikan bilis yang telah dikopek 
6 ulas bawang merah [3 ulas ditumbuk, 3 ulas dihiris nipis]
5 sudu besar kicap manis atau secukup rasa
garam & gula secukup rasa
1 cawan minyak masak
Makan dengan nasi sedap, ketupat pulut pun sedap.. & rasanya cicah dengan 
ubi rebus pun masyukkk juga ni...
Cara2 Menyediakan
1. Sediakan terlebih dahulu belimbing buluh. Kuantiti belimbing buluh terpulang masing2.  Belimbing rebus ni boleh disimpan dalam peti sejuk sebagai stok. Jadi bolehlah rebus banyak2 & simpan stok.  MaDiHaA buat banyak juga rasanya lebih dari 1/2 kg belimbing buluh segar.  Belimbing hendaklah dicuci bersih.  Masukkan ke dalam periuk TANPA AIR dan renih dengan menggunakan api yang kecil.  Biar sehingga belimbing mengeluarkan jusnya sendiri & kecut.  Selang seminit atau dua minit mesti dikacau supaya periuk tidak hangit.  Biarkan sehingga belimbing mengecut & jusnya betul2 kering dengan api yang kecil sehingga warna belimbing bertukar menjadi gelap.  PESANAN: jika nak guna untuk buat sekali je sambal ni.. memadai hanya rebus anggaran 10 biji belimbing sehingga belimbing bertukar warna coklat saja.  Tujuan merebus belimbing sehingga betul2 kering & gelap adalah untuk tujuan simpanan.
2.  Tumbuk cili padi sehingga halus.  Tumbuk 3 ulas bawang merah sehingga lumat. (3 ulas lagi dihiris nipis)  Tumbuk juga ikan bilis tetapi jangan terlalu lumat.  Tumbuk belimbing buluh juga separa lumat.
3.  Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang yang dihiris sehingga wangi.  Masukkan bahan2 tumbuk sekaligus & tumislah sehingga bahan2 tersebut sehingga nampak agak kering & garing (agak lama juga).  Tambahkan kicap manis, garam & gula secukup rasa. Biarkan sambal kering sedikit (seperti serunding gitu).  Bila dah garing tutupkan api lalu tolakkan sambal ke tepi kuali beberapa minit supaya minyak tos sebelum dihidang.  Atau boleh juga angkat dan sejatkan sambal menggunakan penapis santan sebelum dihidangkan dengan nasi putih atau ketupat pulut.  
4. Sambal ini boleh disimpan lama & boleh buat banyak2 untuk simpan stok.   Boleh dihidang dengan apa saja juadah yang rasa sesuai dihati anda... Sedap yang teramattttt!!!

Thursday, February 2, 2012

Peria Goreng

Assalamualaikum,di hari kedua di bulan Februari ni baru ada cik mahamood nak mengupdet rumahku yang dah berspider web ni,terima kasih pada yang sudi bertanya khabar terasa diriku begitu berharga muahahha,sebenarnya macam-macam hal terjadi diakhir tahun hari tu,mana dengan kamera yang dah 6 tahun bersama dengan kami tetiba rosak memory cardnya,memang sadis sebab bila pergi tanya semua kedai jawab,akak sekarang ni dah tak keluar memory card sekarang guna sd card ,aduh macam nak luruh jantung rasanya ,tu yang mood terus merudum toing toing toing,nak beli baru tahu je la akhir tahun duit mengalir deras tak boleh nak ditadah-tadah lagi dah.Nasib baik SIL pinjamkan kameranya,tapi tanganku kaku ambik gambar asyik blur je,bukan mudah nak serasi dengan benda barukan,kalau mak chik mi selalu cakap kalau tak pandai menari jangan salahkan lantai tinggi rendah,maksudnya kalau tak pandai ambil gambar jangan salahkan kamera,muahhhahah,melalut tak habis
Sebelum ni selalu dengar je cerita cik peria goreng tepung ni tak pernah nak mencuba,tapi katanya kat KL rata-rata kedai nasi kandar ada menu ni,kat penang ni rasanya jarang nampak  hehehe mana nak nampak sebab diriku bukan penggemar tegar si nasi kandar
 
 Cik sabrina yang picky eater tu boleh meratah gitu aje,wah sedap jugak ye sebab lemak-lemak pahit gitu
 nak buatnya tak susah
jom kita lihat cara nak membuatnya
Peria goreng tepung
Sumber:Chik mi
Peria
Tepung Goreng Ayam ~ku guna brand puteri*
garam secubit  rasa ~optional*
serbuk lada putih*
serbuk cili @ rempah kari*
minyak untuk menggoreng
garam sedikit ~untuk hilangkan pahit peria
caranya
Peria di dikorek bijinya di hiris nipis direndam dalam air garam sebentar @ diramas bersama sedikit garam,kemudian toskan sehingga kering.campurkan semua bahan bertanda *sehingga sebati,ambil sekeping peria di golekkan di dalam tepung campuran kemudian digoreng sehingga garing,angkat toskan minyak boleh dihidangkan.