Assalamualaikum.
Popia basah dengan homemade kulit popia memang heaven,kekuatan popia adalah pada inti dan sosnya.Chik mi memang penggemar popia ,tapi kalau kat luar tu macam tak teringin je nak beli.Tambahn kalau kat Penang ni nak cari kulit popia yang Halalan Toiyiban ni memang payah.Terimakasih pada geng masak-masak kat Fb Sal Shaari atas tips menggunakan berus untuk membuat kulitnya.Chik mi guna silicone brush senang sikit ,kalau guna berus plastik tukan nnti plastiknya mencair bila terkena kuali panas.

Guna Silicone Brush untuk menyapu adunannya atas kuali ,berbanding cara lama kita perlu meneyeh doh atas permukaan kuali,(abaikan tangan n jari yang berparut tu ye).Masa menyapu adunan,kuali tidak boleh terlalu panas ,nanti dohnya tak lekat kat kuali.
Mudahkan!
Abaikan yang berserabut tu ye :)
Hanya mengguna 4 bahan semudah ABC kita boleh menikmati popia basah.Maaf ye tiada sukatan hanya main agak2 je semua .
Kulit Popia
Sumber:Chik Mi
Tepung gandum (chik mi guna red rose)
secubit garam
sedikit minyak masak (anggaran 1-2 sb)
Air untuk membancuh adunan
caranya
Tepung ,garam dan minyak digaul sebati,tuang air sedikit demi sedikit ,kacau menggunakan whisk sehingga tepung tidak bergentel ,perapkan sebentar.
#Adunan ni seakan-akan bancuhan bancuhan cekodok,jangan terlalu cair @ pekat
Sos Popia
buah kurma atau kismis
gula
3 sudu besar cili kisar
Sos cili thai
cuka /Air asam jawa
garam secukup rasa
2 ulas bawang putih
3 sudu besar minyak untuk menumis
Cara caranya:
Tumiskan
cili yang di kisar dengan bawang hingga naik baunya dan
garing.Masukkan cuka /air asam dan kurma atau kismis yang telah di kisar
halus,masukkan pula sos cili dan gula di kacau sehingga pekat.sejukkan.
Sumber:Kak Sofea
taugeh
- garam & lada sulah
Cara-cara
- Tumis bwg putih + tauhu dan udang kering.
- kemudian masukkan sengkuang & lobak merah yg telah di sagat tadi.
- Akhir sekali masukkan taugeh.letakkan garam dan lada sulah secukup rasa.
- Biarkan inti sejuk sebentar.
- Bentangkan kulit popia sapu sedikit sos,letakkan inti dan gulung kemas.