Salam ,sekejap aje dah sampai pertengahan minggu,syawal tak lama lagi akan meninggalkan kita.menu semalam yang dah confirm dah habis,angah bagi nama gulai ayam express sebabnya chik mi masak menggunakan 'pressure cooker'.dalam 10 minit je lepas tu tutup api,tapi tak boleh buka lagi penutupnya biarkan dalam 10 minit untuk suhunya turun.Chik mi sekarang ni tengah duk try masak dalam pressure cooker sebabnya walaupun dah 10 thn ada pressure cooker asyik guna utk merebus aje,haritu chik mi buat gulai daging,chik mi tumis dulu rempah 4 sekawan(KKM,bg lawang,bg cengkih,b pelaga ) kemudian bawang,then masukkan semua sekali rempah yg diawas dengan ayam,kerisek n santan yg masih frozen serta kentang,alhamdulillah selepas 25 minit kari daging menjadi ngan jayanya serta cantik.lepas ni ingat nak merendang pulak guna pressure cooker.Kalau family chik mi gulai daging @ ayam selalunya kami awaskan(gaulkan dgg @ ayam dengan santan ,kerisek dan bwg )
Gulai aka Kari Ayam
Ayam- seekor dipotong kecil
4 Sb rempah kari ~ dijadikan pes
8 ulas bawang merah ~ separuh di mayang & separuh ditumbuk kasar
4 ulas bawang putih - separuh dimayang & separuh ditumbuk kasar
100 ml santan pekat
2 Sb kerisek
Halia 1 inci
Garam secukup rasa
Rempah tumis (KKM,bg lawang,bg cengkih,b pelaga ) 6 biji ubi kentang -dibelah 4
Daun kari
Minyak untuk menumis
Cara - caranya.
Mula-mula gaulkan ayam bersama dengan rempah,santan,kerisek serta bawang yang ditumbuk kasar ketepikan,Tumiskan rempah tumis bersama bawang sehingga wangi,masukkan ayam yang telah diawas tadi bersama dengan kentang, halia yg dihiris halus serta daun kari jika terlalu pekat masukkan air,masak sehingga kentang empuk.Perasakan garam