Sunday, September 18, 2011

Cornflakes Madu Pedas Rangup

Thanks Dayang kongsikan resepi ni,raya baru ni Chik mi tak sempat nak buat cornflakes madu,so cornflakes tu duk parking cantik je kat rak,bila nampak Dayang buat N3 pasal cornflakes ni terus hati meronta2 nak buatnya heheeh,kalau time CNY kat office memang ada yang menjual ,sebalang kecil je rm20 kalau tak salah ler sebab tak pernah belikan:).Memang ralit makan ni walau pun pedas hehehe tak cukup semangkuk berebut dengan anak-anak.Next time boleh campur dengan ikan bilis pula memang heaven menggunyah CMRP ni lepas semangkuk tu mulalah kepedasan mencari air

Cornflake Madu Pedas Rangup
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
Sumber : Chik mi

bahan-bahan :

  • 1 bungkus cornflake
  • 1 bungkus roasted peanut (boleh juga menggunakan kacang tanah kopek yang dipanggang/goreng sendiri)
  • 6 biji bawang merah (ditumbuk)*
  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk)*
  • sedikit cili giling/cili kisar
  • madu secukupnya
  • sedikit garam
  • 100 g mentega +/-
  • # Chik mi guna pes bawang putih 1 1/2 sb
Cara-cara :
  1. Cairkan mentega di dalam kuali besar. Tumis bahan-bahan tumbuk hingga garing. Kemudian masukkan cili giling/cili kisar secukupnya. Tumis lagi hingga garing.
  2. Masukkan madu dan sedikit garam. Kacau sebati.
  3. Masukkan kacang tanah dan kacau lagi. Akhir sekali masukkan cornflake. Gaul-gaulkan hingga rata. 
  4. Jika kurang manis atau minyak, tambahkan mentega dan madu. Gorenglah hingga garing keemasan. Tutupkan api.
  5. Sementara itu, panaskan oven pada suhu 170C-180C. 
  6. Sediakan dulang pembakar, taburkan cornflake tadi di atasnya. Ratakan. Kemudian bakarlah selama 5-7 minit atau sehingga garing keemasan. Jangan sampai hangus. Keluarkan dari oven, dan sejukkan sebentar sebelum disimpan di dalam balang. 
  7. Kaedah bakar akan menjadikan cornflake ini semakin rangup dan bertahan lama. Selamat mencuba!

 


Sunday, September 11, 2011

Cheese Pineapple Tarts

Buat seorang teman di alam maya yang email kat chik mi bertanyakan tentang tart ni Chik mi minta maaf banyak2 baru berkesempatan nak N3.Walaupun kami hanya kenal melalui alam maya sering bertanya khabar melalui email, Tart memang sinonim dengan hari raya tak kira raya kita atau Chinese New Year,Chik mi memnag tarts lover tapi nak dapat yang bila makan terus jatuh cinta tu memang payah,dah lama chik mi cari resepi tart yang ada cheese dalam pastry,akhirnya terjumpa dalam salah satu buku resepi yang Chik mi beli .50 All Time Favourite Bakes resepi ke2 yang chik mi cuba.Alhamdulillah memang resepi ni memang kena pada tekak mengada2 chik mi,combination lemak-lemak cheese,dengan jem yang masam manis (dari Bake Wift Yen thanks to norma yang poskan ke chik mi last year,baru ni sempat nak guna),wallaaaaa memang sedap (pada kami lah ye kang ade yang cuba tak kena pada tekak orang lain chik mi minta maaf ye  sebab sedap bagi chik mi adalah benda yang subjektive) kang ade pulak yang cuba cakap hampeh tak sedap langsung chik mi minta maaf sekali lagi.Saban tahun betukar resepi sebab nak tart kena dengan citarasa chik mi .

 Resepinya malas nak taip chik mi CnP dari blog Sis Jue.Thanks sis dah siap bertranslate lagi sonang kerja Ai:) Halalkan ye sis Ai kongsikan  kat sini.
Sumber II : Chik Mimi
Bhn2..
110 gm butter
50 gm gula castor
2 kuning telur
1 sdk esen vanilla
1 sdk jus lemon**chik mi tak letak
80 gm keju parmesan** untuk 2 adunan chik mi hanya guna 120gm
Beberapa titik pewarna kuning** chik mi tak letak
160 gm tepung gandum*
40 gm susu tepung*
40 gm tepung jagung* -
*satukan n ayak
Inti nenas secukupnya
1 kuning telur
Keju parmesan secukupnya*lupa nak tabur

Cara2nya..
1. Pukul butter n gula shingga gebu.
2. Masukkn kuning telur, esen vanilla, jus lemon, keju parmesan n pewarna kuning, pukul lg shingga sbati.
3. Masukkn campuran tepung, gaul shingga menjadi doh.
4. Ambil doh dlm 6 gm, leperkn kemudian isikn dgn inti nenas, bulat2kn mjadi sprt guli n susun ats loyang, buat sehingga abis.
5. Sapukn kuning telur ke ats adunan n taburkn keju parmesan d atsnya.
6. Bakar dlm oven yg telah dpanaskn dgn suhu 180C selama 20 mnt ato shingga masak mgikut oven msg2.
Nota: - Chik mi masukkan tepung sedikit demi sedikit uli sehingga menjadi doh yang lembut,tak perlu dihabiskan tepung sekiranya dah dapat kelembutan yang kita inginkan.
             - Chik mi guna 1 st sudu penyukat untuk doh & 1/2 st untuk jem.

Saturday, September 10, 2011

Green Peas Cookies

Biskut raya yang kedua,rasanya ramai yang buat cookies ni kan ,Chik mi mula kenal last year tapi dah lepas raya cari tepung kat kedai baking dah habis sebab supplier hanya supply time CNY aje,so ku pendamkan aje lah,memang teringin nak rasa alhamdulillah Chik mi dapat resepi dari seorang rakan yang hanya kenal melalui alam maya ,sudi poskan resepi-resepi dari kelas masakan yang dihadirinya,salah satunya ada resepi biskut kacang peas ni yang tak menggunakan tepung ready made sebaliknya menggunakan kacang peas yang kita blend menjadi serbuk.
 Alhamdulillah tercapai hasrat nak merasa biskut ni,rupanya dikalangan Chinese dah lama popular selain dari biskut mazola.
 Kacang peas yang chik mi beli tu terlebih colouring kut sebab hijaunya agak menyerlah ,waduh berapa banyak ler yang masuk ke dalam badan ye:(.
Terima kasih kepada penyumbang resepi .Jazakallah Chik mi kongsi kat sini ye kak
Green Peas Cookies
Sumber: Chik mimi
70 ml Minyak Jagung
75 gm Kacang Peas ~ dikisar halus 
50 gm Gula Castor
90 gm Tepung Red Rose
1/2 sk Baking Powder
Hiasan Kuning Telur @ Kuaci hijau
Cara-caranya
- Gaulkan Tepung red rose,gula castor & baking powder.
- masukkan kacang peas yang telah dikisar dan digaul sehingga sebati.
-Tuangkan minyak uli sehingga doh boleh dikepal
- Terap menggunakan acuan @ chik mi sukat 1 sk sedu penyukat gentelkan bentuk bulat
- Sapukan kuning telur dan hiasan kan *kuaci hijau(* tak letak).

Nota: Aduan ni menghasilkan sedikit saja biskut ,so kalau nak buat kena ganda 4 adunan
         Chik mi sukat menggunakan 1 sk sudu penyukt untuk setiap biji kukis ni
         Boleh juga menggunakan adunan biskut mazola .


Friday, September 9, 2011

Oatmeal Chips Cookies

Assalamualaikum,hari ni 11 Syawal baru berkesempatan nak memasukkan biskut raya yang dah tinggai balang kosong:),kena buat lagi ni sebab bahan-bahannya masih berbaki ,sedapppp cookies ni ,terima kasih banyak-banyak pada my kanda-kanda di seberang laut tu Kak Ayu n yang sharekan resepi ni ,memang berbaloi .banyak resepi Choc chips cookies sampai naik juling mata duk search ,last2 teringat nak singgah dapo Kak Ayu sebab Kak Ayu memang suka buat choc chips ,dah bermsg last2 terjatuh chenta  terus p pinang cik 'oatmeal chips cookies ni'.

 Kak thanks kongsi resepi yang best ni ye ,dinda cnp kat sini pulak ye kak
Source : Kak Ayu Spore
Source II :Chik mimi
This makes 4 1/2 dozen cookies.
Ingredients:-
1 cup (2 sticks) butter, softened
1 cup sugar
1 cup light brown sugar
2 eggs, beaten
1 tsp pure vanilla extract
2 1/2 cups quick cooking oatmeal-(Ayu used rolled oats, toasted for a while)
2 cups all purpose flour
1/2 tsp salt
1 tsp baking powder
1 tsp baking soda
1 12-oz package semi-sweet chocolate chips
1 9oz Hershey Bar (milk chocolate), grated
1 1/2 cups nuts (I use walnuts)

  
Method:-
Preheat oven to 375F.
Lightly grease one or more cookie sheets.
Using an electric mixer, cream butter and sugars together in a bowl until fluffy.
Add eggs one at a time, beating well after each addition.
Add vanilla.
In a food processor, blend oatmeal to a fine powder.
Mix in a bowl with flour, salt, baking powder, and baking soda; add to creamed mixture.
Mix well.
Str in chocolate chips, grated Hershey Bar, oats and nuts.
Roll into balls and place 2 inches apart on cookie sheet.
Bake for 10 minutes.
Sources:-From  feedmyworld-sri.blogspot.com

Thursday, September 8, 2011

Salam Syawal

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri  Maaf Zahir & Batin ,rasanya belum terlambat untuk chik mi mengucapkannya kan ,Dikesempatan ini Chik mi memohon kemaafan sekiranya ada terkasar bahasa yang mengguris hati sesiapa .Terima kasih jugak pada yang sudi bertanya khabar ,alhamdulillah Chik mi sihat je cuma tak berkesempatan nak mengupdate N3 kat sini.