Friday, April 30, 2010

Sup Ikan Merah Bercendawan

Salam,teruknya kena jebak ngan cite korea ni,sampaikan bersawang umah ni,menu yg simple dan sedap ni,sekarang ni kena buat segala jenis sup sebabnya baru dak kecik kat  umah ni nak makan nasi.Sedap woo kena dengan sambai kicap(lupa nak enterframe pulak sambal ).

Wednesday, April 28, 2010

Awards Lagi

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Salam, demam award melanda lagi ,terima awards ni dr   Mokwo, Su72 ,K.ita,Terima kasih semuanya,cuma chik mi nak minta maaf bebanyak tag tu tak sempat nak buat ler,sbbnya bersiaran dr ofc dah tu pc kena kongsi,terima kasih sekali lagi semoga ukhwah kita di alam maya
ni diberkatiNya Amin.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Award ni pulak chik mi terima dari shiori.Thanks ye bagi chik mi award.

Tuesday, April 27, 2010

Ku sudah terjebak:)))

Salam,huwa bila dah tengok citer korea ni montot mulalah melekat je,dah lama tak layan citer korea ni tup2 bila g kedai DVD tangan terambik la pulak 2 cd.ni pun tak abis lagi tengok tak boleh tahan 1 cd ambik 3-4 hours,dedulu bila duk tengok selalu terase  jln citernya semuanya sama je.ni bila dah lama tak tengok best la pulak.nak tgk jalan citernya kat SINI .





 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Friday, April 23, 2010

Sambal Goreng Pengantin

Menu ulang tayang,nak buat camnekan dah big boss cakap dah lama tak buatkan lauk favourite diakan,so korang layan je lah.
Jom kita tengok resepinya.
Bahan - bahan
Paru*- direbus ,potong dadu dan digoreng
Hati*- direbus ,potong dadu dan dipotong
Udang - buang kulit & goreng sebentar
bahan-bahan blend
Cili kering
Bawang merah
Bawang putih
Serai
Lengkuas
Belacan
Cili merah potong serong & digoreng
Bawang goreng-kalau nak sedap kena yg homemade
Pati santan - chik guna dlm 100ml tapi tak habis guna
Asam keping
Garam
Gula
Serbuk perasa - jika suka
Cara-cara
Paru & hati direbus,dipotong dadu dan digoreng,udang digoreng sebentar,kemudian goreng cili merah semua bahan digoreng berasingan dan di ketepikan.Tumis bahan yg diblend sehingga garing,masukkan asam keping dan sedikit pati santan masak sehingga pacah minyak,masukkan garam,gula ,kemudian masukkan bahan2 yg telah digoreng ,gaul sebati kemudian masukkan cili merah n bawang goreng.Sekiranya terlalu kering masukkan sedikit santan.Siap utk dihidang.

Award From E-na

Salam,hari ni baru berkesempatan nak terbang ke jepun angkut award yang cantik ni.Thanks ye E-na semoga ukhwah kita di alam maya ini berkekalan Amin.Suka dengan bunga tulip ini.

Thursday, April 22, 2010

Popia

Salam ,sekarang ni chik mi dah jumpa dengan homemade kulit popia,mmg best so kalau nk makan popia basah tak payah tenyeh lagi kat kuali panas,Chik mi order dengan pakcik yang jual popia kat pasar malam,guna kulit popia ni lagiiii best buat popia goreng, sebabnya popianya ranggup je tak macam yang readymade kulit popia tu dah sejuk mulalah lembik(ke chik mi tak gheti nak goreng?).Dah tak sempat nak make up lawa2 sebabnya bawak ke ofc so kelam kabut ler,sosnya pun tak sempat nak enterframe.Intinya je yang sempat nak enterframe.ok resipi yang selalu chik mi guna kalau nak rujuk kat sini ye.






















Wednesday, April 21, 2010

Nasi Beriani Jus Oren

Gandingan dengan daging kandar,nasi beriani jus oren pulak.Sekarang ni my hubby dah ok sikit dengan nasi berperisa ni so chik mi pun seronok nak try sini sana.kali ni geledah dapur Hana pulak(tapi dah kemaskan balik tau dik).Nak ajak makan pun mmg dah pinish so layan mata je lah ye.
Hana minta izin CnP kat sini ye ,thanks
Nasi Beriani Jus Oren ~ Hana
Bahan-bahan
  • 3 cawan beras basmathi - rendam sebentar dan toskan
  • 3 cawan air + 1/2 cawan susu cair (hana lebihkan 1/2cwn cecair utk nasik yg lembut, sepatutnyer sama sukatan cecair dan beras) - dan susu cair tuh hana cume ltk 1/2 cwn shj. klu ikutkan nisbah 2:1 (2 air, 1 susu)
  • 1/2 biji bawang besar - hiris
  • *3 biji bwg merah
  • *2 ulas bawang putih
  • *1 inci halia
  • rempah tumis
  • 2 sudu besar rempah beriani (hana gune faiza)-bancuh dengan sedikit air jadikan pes
  • 2 sudu besar jus oren@ 1 sudu makan sunquick
  • 1 ketul kiub ayam
  • 1 ketul kecil gula batu
  • daun pudina, daun ketumbar, daun pandan
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 1 sudu kecil saffron - bleh ganti dengan pewarna kuning (bancuh ngan sket air panas)
  • kismis, gajus dan bawang goreng
  • garam
Cara-cara
  • Blend bhn yg bertanda *.Panaskan minyak sapi dalam kuali@periuk. Masukkan rempah tumis dan bawang besar hiris. Masukkan skali bhn blend.Tumis hingga naik bau.
  • Masukkan pes rempah beriani dan kacau rata hingga pecah minyak.
  • Masukkan air, susu cair, kiub ayam, gula batu, jus oren, daun pandan, daun pudina dan daun ketumbar. Masak hingga mendidih.
  • Masukkan beras basmathi yg telah ditoskan airnya. Kacau rata.
  • Pindahkan ke dalam rice cooker dan masak seperti biasa.
  • Bila nasi dah kering, keluarkan daun2 yg ada. buat lubang dua tiga, gaul perlahan yer agar nasik tak mudah patah. masukkan saffron@pewarna dan masukkan skali kismis, gajus, bawang goreng dan lebihan daun ketumbar yg dihiris halus. Tanakkan hingga masak.
  • Jika suka bleh masukkan skali ayam@daging beriani yg sudah siap dimasak. bleh juga jika anda ingin melapis2kannya.
  • Hidangkan dengan acar, dan lauk beriani pilihan masing2.

Daging Kandar Lagi


Salam,menu ari ahad,dah lama tak masak daging (sekarang ni chik mi dah kurangkan pengambilan daging) somy hubby request nak daging kandar,so dengan senang hati chik mi masak ni,sebabnya resipi yang senang dan cepat yang penting sodappp.hehehehe kalau nak resipinya intai kat sini ye.Thanks again to Kakasma kongsi resipi yang sedap ni,Daging kandar ni kalau dipanaskan keesokan harinya mmg rasa mcm daging kat restoran mamak kat Penang.

Monday, April 19, 2010

Jelly Kelapa

Salam,sekarang ni kat Penang ni still panas,Chik mi plan nak buat jelly ni,tup2 hujan selebat-lebatnya since my hubby dah beli kelapa muda maka ku teruskan jua.Ni request dari angah sebabnya chik mi beli yg readymade dari Thailand aritu 2 biji almost semuanya dia makan,baik buat sendirikan lagi jimat pastu barang2nya bukannya susah nak dapat.
Silalah pilih ye yg mana satu idaman kalbu.

 Resipi chik mi sama ngan knor so chik mi CnP dari knor ajelah.~cuma rcp chik mi kuantiti airnya 2l saje so akan menghasilkan jelly yg agak keras sedikit

Jelly Kelapa~by Knor

Bahan-bahan ( lebih kurang 13 cup spt gambar di bawah )

  • 1 paket agar2 serbuk (10gm)
  • 2.6 liter air kelapa ~ k.nor guna air dr 3 bj kelapa muda~Chik mi guna 2.5L je
  • isi kelapa muda ~ boleh kaup guna sudu atau sagat
  • 11 sudu besar gula ~ terpulang pd citarasa masing2
  • 3 helai daun pandan
  • # Chik mi tambah esen pandan

Cara-cara

  1. Masukkan air kelapa muda, serbuk agar2, gula dan daun pandan ke dalam periuk.
  2. Masaklah hingga mendidih dan masukkan isi kelapa muda. Padamkan api.
  3. Biarkan sejuk sedikit dan boleh lah dimasukkan kedalam bekas yg disukai.



  4. Jelly_kelapa_2
    Sejukkan dlm peti ais dan bila dah sejuk bolehlah dimakan.
  5. # sekiranya air kelapa muda tidak mencukupi, bolehlah ditambah dgn air biasa untuk mencukupkan sukatan 2.6 liter

Sunday, April 18, 2010

Homemade Burger Patties

Salam,ni bukan menu ari ni atau semalam tapi dah lamaaaaaa ,sebenarnya aritu chik mi dah nak upload tup2 cari resepinya tak jumpa so ingatkan mmg dah hilang,tup-tadi bukak fail khazanah nenek kebayan tu kulihat berada under tajuk daging wahhh tersenyum lebar,bukan apa sebabnya patties ni sedap anak2 chik mi suke sama mcm yg readymade kata angah.Tapiiiiii burder ku tak injek botok huwaaaaa kedut,takpa maintain sedap.

Jom kita intai resepinya .
Homemade Burger Patties ~ The Star Dec 09
400gm minced beef - chik mi guna isi ayam
1/2 tsp salt
1/2 tsp sugar
1/2 tsp pepper
1/2 tsp chicken stock granules-chik mi guna secukup rasa
1/2 an onion ,finely chopped
1tbsp cornflour
1tbsp olive oil
3 butter-head lettuce leaves,cleaned
1 zucchini
1 carrot,thinly shredded
1/4 cup mayonnaise
3-4 medium sized dinner rolls.

Placed minced beef in a mixing bowl.Add salt,sugar pepper and chicken stock granules and mix well.Stir in chopped onion and cornflour and mix thoroughly,slapping the meat against the sides of the bowl until sticky and springy in texture.Devide into 3-4 portions.Using your hand ,shape the mixture into patties.

Heat olive oil in a nonstick saucepan.fry the patties over medium heat for 4-5 minutes each sides until golden brown and cooked through.Remove to a plate.

Place the lettuce leaves on the dinner rolls and top with zuccini slices and shredder carrot.Place a patty on top and add a dollop of mayonnaise.Top with the other half of the dinner roll and serve immediately.

Thursday, April 15, 2010

Lepat Labu


Salam,Korang jangan muntah ijo ye,belen labu yg buat bingka tu ade separuh lagi,aritu nak penuhi keinginan si 'adik' nak makan bingka so malam tadi penuhi permintaan si 'abang' la pulak,kekeke kalau ghase nak muntah tu p cari jamban ye.Alhamdulillah,anak2 pun suke ngan resepi labu2 ni.saje je nak ajar anak2 makan kuih tradisional ni nnti tak ler jakun mcm ibu,sekarang ni baru belajar makan segala mak nenek.
 




Chik mi tak suke lepat yg keras suke yg lembut 2 so tak ler rase gigit tepung je,yg ni mmg just nice je,manis dan lemaknya.Pengomen2 kat inst department tu cakap sedap.kembang montot chik mi,yg sedia kembang ni.
jom kita tengok camne chik mi buat,sepatutnya letak inti kelapa kat tengah tu tp my hubby tak minat ngan kelapa so chik mi guna sedikit pati santan.
Lepat Labu
Labu ~ direbus dan lecek
Pati santan
Secubit garam
Gula secukup rasa
Tepung gandum
Daun pisang secukupnya~dilayurkan sedikit
caranya
Labu di rebus @ dikukus sehingga lembut kemudian dilecek,kemudiannya campurkan dengan semua bahan tadi kacau hingga sebati.kemudian masukkan 2 sudu lipat n kukus sonangkan

Wednesday, April 14, 2010

Bingka Labu

Salam,dah lama duk plan nak bakar bingka ni,labu tu dah lamaaaaaa duk parking kat atas gobok tu(nasib baik cik T tak tebuk).Chik mi bawak ke ofc,feedback semua cakap sedang elok manis, lemaknyatu(yo la mende free kan).hihihi.sebenarnya ni second time chik mi buat guna resepi CMG ni mmg sedap.Saje je chik mi biarkan ireng sikit atasnya tu supaya garing,I likeeee,hihihi,so pengemar labu apa lagi jom kita buat.Labu ni memang banyak khasiatnya,salah satunya sebagai 'anti kanser'.


































Binga Labu ~CMG
  • 5 biji telur Gred A
  • 200 ml air
  • 300 ml pati santan (mat guna santan kotak)
  • 200 g tepung gandum
  • 180 g gula halus
  • 1/2 camca teh garam
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 450 g labu manis, dikukus hingga lembut dan dilecek halus

Cara-cara


  1. Satukan kesemua bahan dalam satu bekas kecuali labu lecek. Kacau menggunakan wisk hingga sebati dan gula hancur. Tapis adunan.

  2. Masukkan labu manis yg telah dilecek halus tadi. Gaul hingga rata.

  3. Tuang adunan tadi ke dalam tin bulat berlubang tengah yg telah di sapu mentega dan dialas dasarnya dgn kertas. Sapu juga mentega pada permukaan kertas tadi.

  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 40 minit. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

Monday, April 12, 2010

Nugget Ayam Taufu


Salam ,buat ni sebabnya dalam freezer banyak isi ayam,kalau kat umah ni isi ayam memang tak laku,so ibu kena fikir nak buat apa ngan isi ayam tu.aritu buat burger,ingatkan nak N3 sedihnya resepinya tak tahu kemana,huwaaa.resepi ni dari Ros@jintanmanis .mmg sedap sebijik rase macam nugget yg beli tu,rase puas hati anak-anak pun suka alhamdulillah.sebenarnya chik mi jarang beli nugget ni,sebabnya kalau yg beli tu tak terase ayamnya,pastu kepala otak chik mi lain sikit cakap nnti dia orang campur sekali ngan kulit & lemak tu yg tak termakan tu,Tapi kalau beli pun selalunya beli brand pakcik R yang tu rase ok sikit .
Chik mi guna japanese breadcrumb tu yg kurang lawo,nnti nak guna beadcrumb yg oren mungkin lawo sikit.Pagi2 kelamkabut sikit tu yang gorengnya pun terireng la pulak.Minta izin ye Ros Chik mi nak CnP kat sini untuk rujukan masa akan datang.
Nugget Ayam Taufu ~ Ros@jintanmanis
Sumber Resepi dari Rancangan Masakan Jepun.
Bahan-bahanya ( kalau nak buat separuh adunan pun boleh)
4 keping daging ayam boneless ( boleh guna bahagian dada atau peha)
2 cawan serbuk roti ( breadcrumbs) ros guna jenis soft breadcrumbs ~ chik mi guna *freshcrumb
1/2 biji telur
150 gram taufu ( 1 bekas petak mini taufu) - di Malaysia buleh guna tauhu yang warna putih tu
sedikit garam
lada sulah
2 sudu kecil baking powder ( ni ros saje tambah)
*Untuk Coating*
2 biji telur yang dipukul sedikit menggunakan garpu
3 cawan breadcrumbs

Cara-Caranya
1. Buang kulit pada isi ayam dan potong kecil-kecil, blender isi ayam hingga hancur. Nak guna food processer pun boleh, kalau guna blender tu jangan masukkan isi ayam tu sekali gus ye, masuk sikit-sikit kasi betul-betul hancur.
2. Kemudian masukkan isi ayam yang telah diblender tadi di dalam bekas dan masukkan taufu, baking powder, lada sulah, dan garam, gaul sebati hingga taufu hancur.
3. Kemudian masukkan serbuk roti dan telur, gaul lagi. Selepas itu bentukkan nuggeta ayam mengikut citarasa masing-masing, bentukkan lah bulat ke, lonjong ke bentuk love ke, ikut kerajinan lah, semalam ros buat bentuk bulat je.
4. Apabila telah dibentukkan bulat-bulat, leperkan sedikit dan celupkan dengan telur dan salut semula dengan serbuk roti, kalau nak coating tu lebih tebal ulang langkah tadi sekali lagi. Boleh terus di goreng atau di simpan di dalam tempat sejuk beku. Selamat Mencuba.
( ros suke nugget taufu ni sebab rasa rangup di luar dan juicy di dalam dah rasa macam nugget yang jual kat supermaket malaysia tu pulak, hihi).
* Fresh crumb~roti putih dibuang tepinya kemudian blend dengan Fp hingga halus.
# utk coatng yg cantik masukkan breadcrumb kedalam plastik kecil(jgn banyak sgt) lepas celup dalam telur masukkan dalam plastik yg ade breadcrum kemudian goncang sehingga semuanya bersalut.


Sup Ikan Merah

















 















Dah lama chik mi tak makan sup ikan,dedulu mak selalu buat,sebenarnya nak pancing budak yg picky eater kat umah tu suruh makan nasi,alhamdulillah bila di suap tu makan ler jugak.tp mulutnya tu mengomel ler macam2.susah betul dia nak makan.Big boss pulak komen sesekali makan camgini sedap jugak,tp kena buat sambal kicap.iskkk tak lepas ngan sambal kicap.

Award Dari D

Salam,pagi pagi ni melawat umah kengkawan ,masa singgah umah D ade award utk chik mi,penerima yg pertama pulak tu,oh sungguh terharu den,heheheh thanks D cayang,semoga ukhwah kita di alam maya ni berpanjangan ye.nak tunggu D anto satay pulak sbbnya D ni tokey satay tau.D aci tak gitu?Ok pade semua pengunjung teratak umah chik sudi2kan lah amik award & gantung kat umah memasing ye.

Saturday, April 10, 2010

Award Dari Sheila

























Salam,demam award kembali lagi,wow dapat kalung dari Sheila.Thanks Sheila semoga ukhwah kita berpanjangan ye.

Friday, April 9, 2010

Blueberry & Custard Finger Bun

Salam ,Syukur padaNya,akhirnya mood meroti balik semula ke umah ni,sian ngan cikBM ku itu nasib baik tak majuk ,kui kui kui.Sebenarnya ade jugak meroti tapi tak puas ati ngan hasilnya so malas nak N3.Alhamdulillah masih banyak kena perbaiki lagi tapi ok la jugakkan bagi yg tak pro mcm chik mi ni.Nasib baik belen water roux tu ngam2 je 100grm so selamat lah tak yah buat lagi.

































Nak kena berguru lagi ni sebabnya still tak puas ati tang kalernya tu,walaupun dah sapu butter selepas bakar still nmpk cam kurengkan.Tolonglah wahai cikgu2 ghoti jawapkan soklan hamba ni.


















Yang ni sebelum di'sauna'kan.Blueberry filling tinggal seciput so, dapat separuh je la,lagi separuh guna custard. Tengoklah custard tu sememeh je .Resepi yg marbeles ni diolahkan semula oleh Knor,so mmg puas ati ngan rcp ni.Minta izin ye kak letak kat sini utk rujukkan kemudian hari.Terima kasih

BLUEBERRY FINGER BUN

doh:
380gm tepung high protein (tpg roti)
3 sudu besar susu tepung
80gm gula castor
3 sudu kecil yis segera
1 bj telur A
100ml air
100gm water roux
30gm butter
30gm shortening

topping:
blueberry filling (diblend halus)
kastard

kastard:
1 cawan susu fresh
2 sudu besar kastard
2 sudu besar gula
~~
campurkan kesemua bahan dan panaskan atas api sederhana
kacau supaya tidak berketul/hangus
masak hingga sedikit pekat
padamkan api dan biarkan sejuk baru digunakan

Kaedah 1 .. jika menggunakan BM:

  1. Masukkan bahan cecair kedalam BM spt air dan telur. Kocokkan sket dgn garfu.
  2. Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali butter dan shortening.
  3. Pastikan gula dan yis diletakkan di penjuru berasingan dari garam ini kerana gula akan lebih mengaktifkan yis manakala garam pula mengurangkan/mematikan yis.
  4. Tekan suis on pd BM dan bila doh dah mula membentuk bulat masukkan butter dan shortening.
  5. Biarkan proses menguli hingga selesai.
  6. Utk menghasilkan doh yg lebih lembut, ulangi proses menguli utk 2 kali.
  7. Setelah selesai proses menguli, biarkan doh naik 2x ganda.
  8. Bahagikan doh kepada 20 atau 22 bj dan bulat2kan.
  9. Rehatkan lebih kurang 15 minit.
  10. Ambil sebiji doh dan canai nipis.
  11. Gulung doh dan gelek2 sket hingga doh membentuk jejari lebih kurang 4 atau 5 in panjang.
  12. Susunatur kedalam loyang pembakar yg dah disapukan butter.
  13. Buat hingga habis dan biarkan doh naik lagi 2x ganda.
  14. Spraykan sedikit air keatas doh supaya permukaan doh tak terlalu kering masa proses membakar.
  15. Picitkan blueberry filling yg dah diblend atau kastard keatas doh yg dah naik.
  16. Bakar doh dgn kepanasan oven 180 -190C lebih kurang 20 - 25 min atau sehingga masak.
  17. Sapukan sedikit butter ke atas roti yg dah dikeluarkan dr oven (utk mengilatkan permukaan roti)

Kaedah 2 .. jika menguli menggunakan tangan:

  1. Masukkan yis, sedikit gula, 2 sudu tepung dan 100ml air kedalam sebuah mangkuk. Kacau hingga sebati dan biar hingga naik dan berbuih.
  2. Masukkan tepung roti, susu tepung, garam, lebihan gula ke dalam satu bekas berasingan. Kacau2 hingga rata.
  3. Masukkan telur dan water roux. Gaul hingga sebati baru la dimasukkan bahan no1.
  4. Gaul lagi hingga hampir membentuk doh, masukkan butter dan shortening, sedikit demi sedikit. Adunan mungkin agak lembik tp teruskan menguli.
  5. Uli hingga doh menjadi kenyal dan lembut. (kalau masih terlalu lembik boleh la ditambah sedikit tepung dan uli lagi hingga lembut)
  6. Tutup bekas dgn rapat atau boleh menggunakan plastic cling supaya udara tak keluar.
  7. Biarkan doh naik 2x ganda dan boleh la teruskan dgn step no8 dan seterusnya.
Water Roux-CnP dari blog CMG
50 g tepung gandum*
250 ml air*(*disatukan, kacau rata dan jerang dengan api kecil sambil dikacau selalu hingga adunan bertukar menjadi seakan2 berkanji. Matikan api, sejukkan. Guna seperti yang disyorkan dalam resipi. Selebihnya ditutup dengan plastik cling dan simpan dalam peti sejuk. Boleh tahan 3 hari..
*Nota utk chik mi
Chik mi timbang doh ><42grms each.
tip dr ika spray air + madu sebelum bakar.


Tempe Goreng



















Salam ,kejap je dah hari jumaatkan,Chik mi memang suke makan tempe,tapi my hubby kureng so sekarang ni sape yg terlebih jawa???hahahaha teringat dulu masa kecik2 selalu ikut arwah berjualan kat pasar malam ,arwah akan sebut tempe hot,tempe hot hhihihi pandai jugak bapak ku speaking ye.Sekarang ni angah pun suke ngan tempe ni,dia pun pelik bila tgk bnyk jugak tempe yg chik mi goreng aritu,dia tanya ehh ayah makan tempe?ayahnya jawab takkk ibu yang suke.Yang ijo tu bukan daun kari tapi cili ijo yg chik mi tumbuk kasar2 pastu tumiskan chik mi masukkan sedikit sos tiram dah bawang besar potong dah siap sonang keja ibukan.

Wednesday, April 7, 2010

Pucuk Paku Masak Lemak

Menu kegemaran my hubby lagi,Alhamdulillah anak2 pun suke ngan sayur ni,saje je nak ajar anak2 makan sayur kampung nanti kalau dah besar senang sikit,ingat lagi masa lepas kahwin bila my hubby minya masakkan sayur lemak ni chik mi cakap tak gheti kui kui kui,sebabnya family chik mi selalunya kalau pucuk paku ni dibuat kerabu ngan taugeh n kerang je,pastu chik mi call makcik hubby tanya macamana nak masak sayur ni.Malu ler jugak tapi dah nak jadi isteri mithalikan.kehkehkeh


















Saje je chik mi tak letak cili api sebabnya nanti sabrina nak meratah pedas ler pulak,so chik mi buat sambal belacan asing dan gorengkan ikan pekasam,pecah dietku itu,hihihi

Award Lagi

























Salam , maaf ye ida walaupun dah lama suruh ambik tapi asyik terlupa je.Terima kasih ,Award ni di dari Kerull,tapi chik mi angkut dari umah Idayusof.Terima kasih sekali lagi untuk semua,semoga ukhwah ini berpanjangan srta diredhai Allah S.W.T.Amin .

Tuesday, April 6, 2010

Siakap 3 Rasa

Salam,wah siap ade spider web yer kat umah ni,sibuk ngan apa ntah,kalau weekens tu biasenya sibuk ler ngan rutin mingguan,siakap 3 rase ni request dr my laling nak makan.Dah tanya pakcik goole,tengok mcm rcp ade,ade yg letak nenas,timun ,ade yg letak lada benggala,bila tanya big boss ,nak yg selalu kita order kat Bangkok Tomyam,oh senang kerja chik mi ,kalau yg kat bangkoktomyam tu.Alhamdulillah memenuhi piawaian kat umah ni.




































Jom kita tengok resepi yg senang banget ni,Chik mi letak resepinya untuk rujukan anak2 dimasa akan datang.
Bahan-bahan
Ikan Siakap
Tepung ubi
Lada sulah
Secubit garam
Daun Limau Purut
Bawang Merah*
Bawang Putih*
Halia*
*Dihiris halus
Sos cili thai ~ brand Mae pranom
Sos cili
Sos tomato
Sos tiram

Cara-caranya
Ikan dilumur tepung ubi,lada sulah & secubit garam,perapkan sebentar kemudian digoreng secara terendam bersama minyak yg banyak,ketepikan.Tumiskan bawang & halia sehingga wangi,masukkan ketiga- jenis sos sos bersama dengan sedikit air masak sehingga pekat.kemudian tutup api masukkan daun limau purut biarkan sebentar.kemudian curahkan keatas ikan ,taraaaaa dah siap senangkan .

Friday, April 2, 2010

Roti Jala Pandan

Salam,AlFathehah buat saudara Din Beramboi.Dah lama tak menjala,tetiba semalam masa balik teringat ade kuah ayam kandar so Chik mi pun cepat2 selinsing lengan baju bancuh roti jala sebelum cik mahamood lari.Alhamdulillah mase azan maghrib dah last menjala,so mlm tadi dinner dengan roti jala cicah ayam kandar ler. Ok untuk yg bertanyakan acuan yg chik mi guna sila tengok kat sini.Jika nak cari botol tu try cari kat sini.Chik mi harap link ni dapat membantu semua yg bertanya ye.


Seperti biase guna resepi kak ummi Resepinya boleh rujuk kat Sini