Monday, November 23, 2009

Sos Keropok Lekor

Salam,sos yg mesti ade kat esbok ku itu.Sos pencicah keropok lekor,kalau kat Penang ni susah nak dapat sos keropok yg menepati citarasa chik mi,so aritu masa teringat nak buat search kat MYR jumpe sos cili thai by Yani so chik mi pun try le ,ok not bad chik mi tambah gula merah so mmg sama ngan sos pencecah keropok lekor tu.Selain dari cicah dengan keropok Chik jugak cicah dengan goreng pisang atau goreng ubi.Suke suke sbbnya masa duk kat Dungun dulu selalu beli goreng pisang mok cik tu bagi sekali sos ni sedap wooo.Knorrrr betoi dak gitu?

Keropok lekor tu bukan ler homemade,tapi mmg sokmo ade stok dlm esbok,selalunya kalau p ke Sungai Petani mesti nak singgah kat tempat yg buat keropok lekor tu.sedap tau tak gatai ,org yg jual tu mmg asal dari Besut so keropoknya mmg best.Kalau dapat yg ori dari Ganu lagiiiii la best kan Knor kannn.

Resepinya nnti ye Myr tak boleh masyuk ler
update :

Bahan-bahan ( - )

  • 1/2 cawan cuka
  • 1/2 cawan air
  • 1/3 cawan gula
  • 2 btg cili kering
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar nampla/sos ikan
  • 1 sudu kecil tepung jagung + 2 sudu kecil air
  • gula merah -yg ni chik mi tambah

Cara-cara

  1. Masukkan cuka, air, gula, cili kering dan bawang putih ke dalam mixer. Kisar sehingga cili kering dan bawang hancur. Kemudian panaskan di atasu dapur.
  2. Bila dah mendidih masukkan tepung jagung yg telah dicampur dgn air dan juga sos ikan. Masak sehingga pekat.
  3. Note: Sos yg lebih boleh disimpan dalam peti sejuk. Boleh diguna bila perlu. Kalau terlebih masak boleh tambah gula

3 comments:

  1. yer betul!!! mmg syok wat cicah dgn pisang goreng dan yg sewaktu dgnnya hehehe

    nak yg ori.. meh sini la..
    k.nor jamu kopok lekor panas2..
    tp bukan dlm masa terdekat ya
    kopok lekor dh jd salah satu punca kuman taun merebak..
    so lain kali ya.. hehe

    ReplyDelete
  2. ain pun ada gak sos kopok lekor ni. tu hari ada staff hubby balik ganu, so beri le kat we all kopok lekor ngan sos2 sekali. sedapppp!!!

    psst...lagi sedap gulai nangka ngan udang yg kat bawah tu!!hehe

    ReplyDelete
  3. Salam Chik mi...
    Mula2 nak puji template baru ni...cantik...so sweetttt....hehe

    Sedap nya kopok lekor cicah sos tuh... sosnya nampak betul2 macam yang akak beli dekat kemaman..hihi

    Gulai nangka kat bawah tu pun best nampak chik mi...tiba2 je rasa nak buat gulai nangka sama... :)

    ReplyDelete

Reply