Tuesday, April 26, 2011

Corn Muffin

Assalamualaikum ,dah lunch ke hari ni chik mi lunch dengan pajeri nenas erm sedapnya dah lama tak makan pajeri,malam tadi mood nak memuffin datang so dengan pantas dan tangkas kena la tangkap nanti dia lari merajuk susah..Dah lama teringin nak buat corn muffin ni tp sebabkan duk mencari cornmeal ni tak dak kat penang sampai ler lupa,bila bila Kak Ida buat baru teringat balik pasal muffin ni.Chik mi tak boleh imagine cornmeal tu camneler rupanya sampaikan 3 kedai baking shop cari semua cakap tak dak,ade satu kedai tu ,assistant tu cakap suruh grind sendiri popcorn tu,so chik mi tanya dengan Kak Yan dia pun cakap camgitu jugak,so nekad dengan lafaz bismillah.. chik mi tekan punat tu,ye la takut u rosak nnti blender sebab popcorn tu kan ke keras..
Muffin ni sedap cuma bila kena cornmeal yang berbijik tu keras sikit mula rasa macam tak besh je.Tapi chik mi suke texture muffin ni ,manisnya pun sedang aje,next time nak try gantikan cornmeal tu dengan cornflakes seperti yang disarankan oleh Kak ida
 Thanks to Kak yan chik kongsi kat sini ye.
CORN MUFFIN
Sumber :http://aziancollections.blogspot.com
Sumber:http://qasehmu-abadi.blogspot.com
BAHAN-BAHAN

1/2 cawan butter

2/3 cawan gula kastor

1/4 cawan madu

2 biji telur

1/2 tsp garam (saya x letak)

1 1/2 cawan tepung naik sendiri

3/4 cawan Cornmeal

1/2 tsp baking powder

1/2 cawan susu (saya guna susu segar)

3/4 cawan jagung segar

CARA MENYEDIAKAN.

1. Putar butter, gula, madu dan telur hingga kembang.

2. Masukkan Cornmeal, tepung yang telah di ayak bersama baking powder dan susu berselang seli sambil di kaup perlahan-lahan.

3. Bila telah sebati masukkan jagung segar dan ratakan.

4. Masukkan kedalam paper cup dan masukkan kedalam Muffin pan atau gunakan cupcakes paper cup.

5. Bakar di dalam oven yang telah di panaskan selama 10 minit awal selama 20-30 minit dengan kepanasan 160-C. Gunakan api atas bawah. ( terpulang kpd jenis oven)

Friday, April 22, 2011

Ayam Masak Kicap

Assalamualaikum,dah hari jumaat sekejap aje,dah lunch ka?ni menu malam tadi,ayam masak kicap mbah ,ni resepi ibu mertua chik mi,so senang nak bagi tahu kat anak-anak bg je nama ayam masak kicap mbah.Ayam masak kicap pun macam-macam resepikan,tapi orang jawa dengan ayam masak kicap memang tak dapat dipisahkan.Chik mi dulu-dulu memang jarang buat masak kicap sebab keluarga chik mi selalunya masak gulai ayam atau ayam masak merah je la dah tu mak memang susah nak masak ayam sebab arwah ayah chik mi tak makan ayam so dia yang selalu p market memang akan beli ikan je la.Bila dah khawin ngan wong jowo ni hahhhh selalunya mesti ada menu masak kicap,ayam masak kicap,sambal goreng letak kicap,sambal pun berkicap heheehh memang kena ada stok kicap sokmo.

Bahan-bahan
Ayam -digoreng separuh masak,jika guna ayam kampung tak perlu digoreng dulu
serai-dititis
bawang merah /bawang besar
Bawang putih
halia
lada putih lebihkan jika suka pedas*-chik mi suke letak banyak2
sedikit rempah biji*
sedikit jintan manis*
sedikit jintan *
* ditumbuk halus
Bahan -bahan diatas hendaklah ditumbuk bersama selepas rempahnya dah halus,tumbuk sekali bawang.
ubi kentang  - chik mi goreng selepas goreng ayam
Kicap manis
Sos tiram
Cara-cara
Tumiskan bahan tumbuk sehingga naik bau,masukkan sekali serai n halia,bila dah wangi masukkan ayam tadi biar sebentar ,masukkan sedikit air utk kuahnya,kemudian masukkan kicap dan sos tiram serta kentang tadi.masak sehingga kuahnya agak pekat.Chik mi suka berkuah sedikit so agak2 lah ye.

Thursday, April 21, 2011

Kesukaaan Sidia

Assalamualikum,apa tu kesukaan sidia,menu yang dah habis ,selalunya kalau musim panas buat  ni kejap je habis.Yezzz Puding Laici memang menjadi kesukaan sidia,dulu-dulu selalu bila tengok my laling sifu buat puding selalu chik mi cakap,anak-anak saya tak gheti makan ler kak opsss sekarang tidak lagi selepas diperkenalkan dengan puding ni,siap suruh simpan buat ayah sama,nanti bunyi ler si kecik tu' ala adik makan 1 je ada lagi adik simpan untuk ayah'.Tapi kalau puding lain tu still kurang sidia nak makan..
 Gambar seperti biasa tak cun,camera chik mi ada problem shuttlernya dah longgar nak kena hantar service,tapi masaalahnya service centre tu bukak weekdays je,kena tunggu time cuti baru boleh hantar.Chik mi CnP balik ye.
Source:Kak Nor
Source :qasehmu-abadi.blogspot.com
Bahan-bahan
1 paket agar2 serbuk  (10gm)
5 cawan air ~ cawan metrik
8 sudu besar gula ~ lebih kurang 3/4 cawan metrik
1 tin susu cair
1 tin laici ~ dimesin/blend dgn 1 cawan air laici dlm tin
1 helai daun pandan ~ ni k.nor tambah

1. blend laici dgn 1 cawan air laici. Blend kejap jer jgn sampai lumat/halus.
2. lebihan air laici tu K.Nor jadikan kuah masa makan puding tu (sejukkan dulu utk dptkan rasa yg lebih nyaman masa makan hehe)

Wednesday, April 20, 2011

Bingka Susu

Assalamualaikum,sekejap aje nak dak sampai penghujung April,begitu pantas masa berlalukan,jom kita breakfast dengan bingka susu yang sedap ni..buat bengkang(kalau kat utara panggei bengkang ye) sebab nak habiskan fresh milk yang tinggal 3/4 botol lagi,check expire date dah nak dekat ,so teringat haritu kakfida ada post resepi bingka susu ,dari membazir susu tu baik dibuat bingka boleh jugak buat breakfast dan Sabrina pun bawak jugak pergi mengaji bagi Tok Nyang .




Sedap bingka ni rasa lemak-lemak dan manisnya pun sedang aje.Nak buatnya pun tak senang aje

Sumber: Kak Fida

Sumber :http://qasehmu-abadi.blogspot.com

Bahan-bahan ( Loyang 8 X 8 in / 9 X 6 in )

  • BAHAN A : -
  • 1 cawan susu cair~chik mi guna fresh milk
  • 3/4 cawan susu manis
  • 50 g gula pasir (opt)
  • 1 cawan tepung gandum - diayak
  • 2 biji telur
  • BAHAN B :-
  • 500 ml air (2 cawan)~chik mi guna fresh milk
  • 100 g mentega / majerin ( 6 1/2 sb)
  • 50 g tepung kastard (5 sb)
  •  1/2 sk esen vanilla ~chik  mi guna  serbuk vanili
  • 1/2 sk garam 
 Cara-cara
  1. Satukan bahan A dan ketepikan
  2. Satukan bahan B dalam periuk dan kacau rata. Masak hingga pekat atas api perlahan.
  3. Masukkan bahan A ke dalam adunan yang dimasak, kacau rata dan masak terus hingga pekat lagi. Matikan api.
  4. Dscf5045
    Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu mentega dan bakar pada suhu 160C selama 30 - 40 min atau hingga permukaan kuih garing.
  5. Biar kuih benar2 sejuk di dalam loyang, potong dan boleh dihidangkan. Kuih boleh disimpan dalam peti sejuk jika ingin dimakan dingin.
  6. Dscf5030
    Adunan boleh juga dibakar di dalam acuan bahulu pecah lapan. 
 

 

Tuesday, April 19, 2011

Dia Dah Singgah Kat Sini:))

Assalamualaikum ,agak lama jugak rumah ni bersawang ye,apa yang dah sampai kat sini ye ,Yes Super Moist Eggless Chocolate Cake,memang berbaloi SEDAPPPPPP ,chik mi buat 2 adunan bawak ke office sikit semua yang rasa cakap wah very moist,then bila chik mi cakap eggless lagi la depa tak percaya.Chik mi dah promote kat kawan chik mi ,cik fa,mula-mula tengok resepi dahi berkerut cuka takutnya, kenapa tak percaya ka?hehehh dia pun dah buat baru percaya.
untuk anak-anak seperti biasa chik mi buat dalam muffin cup senang tak payah pagi-pagi nak potong bagai.
Jazakallah Khayran ye Knor dan Dj ye yang kongsikan resepi yang sangat best ni
Izinkan chik mi panjangkan kat sini ye.
 SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE
resepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com
sumber: K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko (DJ guna Cap Kijang)
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk (air sejuk dari peti ais)
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
1 sudu kecil cuka atau jus lemon

Cara-cara :
Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.

** K.Nor tak buat topping sbb kek ni dah cukup enak dimakan tanpa topping.~chik mi pun tak buat topping

Thursday, April 14, 2011

Award Dr Kak Noor

Award dr kak Noor Saffone terima kasih kak semoga terus berblogging dan ukhwah yang terjalin di alam maya berkekalan Aminn..
 

Wednesday, April 13, 2011

Kek Pisang Sempoi Versi Mini

Pisang lagi menu kat sini??Stok pisang sentiasa ada dalam petisejuk,setiap minggu bila buat marketing hubby selalu singgah gerai nyonya ni beli nangka,pastu nyonya tu selalu tanya chik mi tak mau pisang kuih ke?since anak-anak suka cekodok,chik mi ambil je la.Chik mi dah pernah buat dulu kek ni tapi blend semua sekali ikut resepi ,tapi kali ni chik mi pukul telur dengan gula dulu memang ada kelainan,Chik mi tak check dalam peti sejuk ingatkan ovelette still ada stok rupanya dah habis so chik mi tak letak tapi chik mi gantikan dengan fresh milk.Dah ramai yang buat kek mudah ni kan ,ada yang versi marble juga.
Buat version mini senang anak-anak bawak bekal ke sekolah,untuk kanak-kanak riang kat rumah ni kena tambah choclate chips baru nak makan .
  • 150g pisang emas - dilecek
  • 180g tpg gandum
  • 180g gula halus /gula icing~chik mi guna 140g gula perang
  • 3 biji telor
  • 120ml minyak masak
  • 1 sudu teh ovelate
  • 1 sudu teh soda bikabonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • secubit garam 
  • *choclate chips~chik mi tambah
  • 3sb Fresh milk~chik mi tambah
  1. masukkan kedalam loyangcampur semua bahan di atas dan putar dengan mixer hingga sebati dan adunan nampak putih yang digris dengan minyak masak, bakar 180 darjah selama 40 - 50 minit
  2. pastikan adunan separuh loyang kerana kek biasanya naik sekali ganda

 *Nota: Chik mi pukul telur dengan gula dahulu kemudian masukkan pisang dan tepung dan sebati masukkan minyak.

Tuesday, April 12, 2011

Cottage Pie



Dah lunch ka?kalau belum sila lah ye cari apa-apa kat dapur tu,nak ajak makan cottege pie yang marvelous ni pun dah habis,projeh hari ahad,permintaan dari hubby nak makan pie,tapi tak cakap nak pie apa,si isteri mithali pun apa lagi terus ler teringat cottage pie my sifu laling yang tengah fofular ni,serious cakap memang sedappppp pie ni,anak-anak berebut nak makan kena pulak masa tengah panas-panas kentangnya tu garing sikit perghhhhh tambah pulak kena cheese yang masin-masin subhanallah sedapnya.Jazakallah Khayran ye kak nor kongsi resepi ni ,memang dah ada repeat order ni.tersilap beli cheese beli parmesan dah tengok resepi baru perasan kena guna cheddar,Lain kali kita cuba dengan cheddar pulak ye:)....Dah la cari crush chilli pulak mana tah p letak ,last-last tabur blackpepper aje..

COTTAGE PIE My Style
Sumber: http://secubitgaramnor67.blogspot.com
sumber rujukan : CFE

Bahagian Atas:
500gm ubi kentang ~ lebih kurang 5 bj yg besar
air secukupnya
2 sudu besar butter
sedikit lada sulah ~ boleh juga kalau nak guna serbuk lada hitam
garam
Bahagian Bawah:
400 gm daging cincang
1 bj bawang besar (bawang holland)
1 btg carrot
1 btg celery ~ optional
3 sudu besar tomato puree ~ atau boleh guna 5 sudu besar sos tomato
1/2 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk cili kasar ~ boleh gantikan dgn serbuk lada hitam
1 sudu teh rosemary kering
1/2 cawan air rebusan kentang
                                                                  1/2 sudu kecil gula
1 sudu besar tepung gandum ~ utk memekatkan
3 sudu besar minyak sayur/bunga

Bahan Tabur:
2 sudu besar butter sejuk yg dipotong kecil2
parutan keju cheddar~ chik mi guna parmesan cheese

Cara2:
Bahagian Atas:
Masak air hingga mendidih dan masukkan ubi kentang yg dah dipotong dadu.
Masak lagi hingga mendidih dan ubi kentang masak/lembut.
Angkat dan toskan ubi kentang.
Ambil 1/2 cawan air rebusan dan ketepikan.
Lenyekkan bersama butter, sedikit lada sulah dan garam.
Ketepikan.

Bahagian Bawah:
Bawang, carrot dan celery dipotong dadu.
Panaskan minyak sayur dan masukkan bahan2 yg dipotong dadu td.
Masak dan kacau2 selama lebih kurang 15 minit pastu masukkan daging cincang.
Kacau2 supaya daging tidak berketul2.
Masak sehingga daging berubah warna dan miringkan kuali atau periuk.
Buang lebihan minyak yg ada (biasanya daging cincang mmg terkandung lemak dlmnya).
Masukkan tomato puree/sos tomato, serbuk cili, serbuk cili kasar/serbuk lada hitam.
Goreng hingga naik bau dan masukkan 1/2 cawan air rebusan kentang.
Masak hingga hampir kering dan masukkan garam dan gula (jika suka).
Masukkan pula tepung gandum dan kacau hingga sebati. Pastu masukkan dried rosemary.
Masak lg lebih kurang 2 minit dan bolehlah dipadamkan api.
~ ~ ~ ~ ~ ~
Tuangkan bahagian bawah (daging) ke dlm mangkuk tahan panas atau boleh juga digunakan ramekin. Ratakan.
Letakkan bahagian atas (kentang) ke atas bahagian daging td. Ratakan supaya menutupi keseluruhan bekas.
Dengan menggunakan sudu atau garfu, lorek2kan bahagian atas supaya nampak fluffy (tak flat jer kentang tu) nanti bila kita bakar nanti, akan terasa crunchy sket.
Tabur parutan keju dan potongan butter.
Boleh juga kalau nak tabur sedikit serbuk cili kat atas ni spt yg CFE buat.
Bakar dlm oven yg dah panaskan dgn suhu 190C selama 1/2 jam atau sehingga golden brown kat permukaan atas tu.
Boleh la dihidangkan panas2..
Slmt mencuba... :)

Tahniah Nieza @ Our Journey Begins

Assalamualaikum ,Tahniah buat Nieza ,dah setahun berblogging rasa macam baru je kenal(walaupun di alam maya),semoga 'our journey begins' terus suksess dan buat Nieza semoga terus berkongsi resepi-resepi dan cerita-cerita yang best (sori Nieza akak tak ada idea nak tulis)



Sunday, April 10, 2011

Bengkang @ Bingka Ubi Kayu

Assalamualaikum,Terima kasih kepada Izah sebab izah dapat trace dari mana problem malware attact tu Chik mi dapat.Chik mi buat kuih bingka ni hari jumaat yang lepas ,so paham-paham aje la,Kuih yang sangat sedap dan lembut cuba agak manis walaupun chik mi dah kurangkan sukatan gulanya.Thanks to Ustazah Thaniah Sulaiman yang berkongsi resepi nya di Fb.Jazakallah Khayran KaK Ani ,Dulu chik mi pernah buat 2-3 kali jugak ler kuih ni tapi tak menjadi last-last jadi habuan Mr T la.Alhamdulillah kuih ni sempat juga chik mi berkongsi dengan Ct ,malam tu sambil-sambil nak melayan mata nak tidur terdengar ada sms masuk,'kak bila nak N3 pasal kuih ni tak sabaq nak komen ,rupanya dr ct,saling membalas last sekali ct cakap kak kuih tu memang sedap walaupun manis sikit,hubby ct pun cakap sedap sampai jeles bini dia muahhhaahhaha ya ampun ct'.berbalik pada kuih ni,kaedah membuatnya amat senang,dah tu mula-mula kukus dahulu kemudian baru dibakar .

BENGKANG UBI KAYU by THANIAH SULAIMAN
Bengkang Ubi Kayu yg lembut dan sedap..x rugi cuba tau..pesanan dari penaja.~
  3 cwn ubi parut & perah jusnya
1 bj kelapa - perah 2 1/2 cawan santan
masak dan tapis:-
1 1/2 cawan gula merah* atau
1 1/2 cawan gula pasir*
santan sekali
(yg saya buat ni saya guna ubi putih..jadi saya letakkan pewarna kuning)
cara2 nya:
Masukkan semua dalam mangkuk besar & kacau biar sebati .Campurkan secubit garam. Lepas itu tuangkan ke dalam loyang dan kukus 1/2 jam , brulah bakar api atas dulu..agak2 tukar colour then tukar api atas bawah ,1/2 jam atau sehingga masak/garing skt..kalau nk bengkang kuning..guna ubi kuning..baca lah doa ketika kacau ubi /adunan..Surah Al Imran ayat 200..utk lembutkn hati anak2 atau kita sendiri..insyaAllah
* Nota:Chik mi guna gula putih sahaja ,chik mi guna 2 1/4 cawan tapi still manis ,next time kena kurangkan lagi gula
* Update Gula guna1 1/2 cawan sahaja tak kira gula putih atau merah

Lovely Award From Love & Izah

 




Thanks Love  Izah for the award.nanti jangan lupa cipta resepi yang best-best lagi ye.Thanks for both of them

Malware @@@@@ Help

Terima Kasih Pada Kak Rosaliza dan juga my laling sifu yang bagitahu ada pakguard merah duk berkawal depan rumahku yang tak seberapa ni,sebenarnya chik mi tak tahu sebab chik mi buka macam biasa aje tak de pun pak guard tu,tolong chik mi tak reti nak remove dia dah try tp tak tahu ler still ade ke tak sebab bila chik mi bukak mmg tak de

Saturday, April 9, 2011

Awards Dari Kawan-kawan

Assalamualaikum Demam award  dah bermula terima kasih ade juga yang teringat nak bagi ye sebab blog ni pun bukanlah seperti blog-blog lain yang hebat-hebat.Award ni dah pernah berjalan dari satu blog ke suatu blog suatu masa dahulu,terima kasih Mala,Azlita,dan Noorsha.
 
Dah ambil award kena buat homework pulak
1. Post linking back to the person that gave you the award - done  
2. Berkaitan dengan diri Anda
Alamak yg ni yang tak reti nak cerita ~Ibu kepada 3 orang puteri,Chik mi ni kata anak-anak tegas tapi memang hati kecik sebab selalu mudah kasihan dengan orang,sebab tu orang selalu ambil kesempatan :(
Chik mi susah nak luahkan kalau ada yang terasa selalunya simpan dalam hati jela .
Cukup lah ye tak tahu nak cerita sebenarnya.
Rasanya ramai yang ada award ni kan,so pada sesiapa yang belum ada tu dipersilakan lah ye




Thursday, April 7, 2011

Banana Loaf

Assalamualaikum dah lunch ke?Chik mi buat banana loaf ni hari selasa yang lepas so memang dah pinish ye.Banana loaf ni cik hubby yang printkan resepi dah lama ,so faham-faham aje la kalau orang dah print resepi tu maknanya nak kena buatla nak jadi isteri mithalikan heheheh ,dah lepas makan tu komennya pulak berat sikit kali ni tak macam muffin hari tu lebut aje,lerrr dah namapun loafkan,pastu ade pulak serbuk badam dengan blackcurrent ,mau tak berat jadinya:)

Banana loaf~By Amy Beh

Source:http://qasehmu-abadi.blogspot.com

Ingredients

    • 50g butter
    • 60g canola/sunflower oil
    • 105g soft brown sugar~chik mi guna95g
    • 2 eggs
    • 1/2 tsp vanilla essence
    • 150g banana, mashed~chi mi guna 220gm
    • 20g ground almonds
    • 200g superfine flour~chik mi guna tepung gandum
    • 3/4 tsp baking powder
    • 1/4 tsp bicarbonate of soda
    • 30g sultanas~chik mi guna blackcurrent
    • 2 tbsp milk
    Garnishing
    • Some almond flakes

Method

    Grease 5 mini loaf pans and preheat oven to 170°C. Beat butter and canola/sunflower oil, sugar and essence until creamy. Add eggs, one at a time beating well after each addition. Mix in mashed bananas, ground almonds and sultanas. Sift in flour, baking powder and bicarbonate of soda to combine then add in milk but do not overmix. Spoon mixture into mini loaf pans until three-quarters full. Bake for 20-25 minutes or until cooked through when tested with a skewer.
     chik mi suka  rasa dengan texture loaf ni.Ok la chik mi tak ada idea nak buat karangan sebab frust dengan perkhidmatan POS MALAYSIA..

Wednesday, April 6, 2011

Kalia Buncis

Assalamualaikum,pernah makan atau dengar kalia?rasa-rasanya dah tak ramai yang buat kalia ni,dulu masa zaman kanak-kanak riang chik mi kalau time kenduri salah satu menu yang dihidangkan adalah sayur kalia,sebabnya dedulu kalau time kenduri selalunya gotong royong so bahagian inner parts ayam tu dicampurkan dengan buncis dijadikan satu juadah.sekarang ni kenduri semua guna khidmat caterer dah tak semeriah dulu,chik mi pun jarang-jarang jumpa kalia kat rumah kenduri.Dah lama teringin nak makan kalia ,so chik mi guna perkhidmatan pakcik google untuk cari .Terjumapa resepi kat sini,tapi menggunakan kobis bila belek- belek resepinya rasa macam boleh guna so chik mi tukarkan ke buncis.
 
Chik mi gunakan hati lembu,teringatkan dalam petisejuk ada sedikit hati dengan kacang buncis
Kalia Buncis
Source:http://resepi.mesra.net
Source:@qasehmu-abadi,blogspot,com
Bahan-Bahan:
1 biji kubis saiz kecil~chik mi guna kacanag buncis
5 sudu besar minyak masak
100 gm hati & hempedal ayam~chik mi guna hari lembu
5 ulas bawang merah (dikisar halus)
3 ulas bawang putih (dikisar halus) 2 cm halia (dikisar halus)
1 sudu kecil serbuk kari daging~chik mi guna 3 sudu
½ cawan pati santan
½ sudu kecil serbuk kunyit~chik mi guna 1 sudu
Garam secukup rasa
Cara:
 KBuncis dipotong & dibersihkan sebelum ditoskan airnya. Hati dipotong kecil-kecil kemudian dibersihkan. Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih, halia & kacau hingga bawang layu. Masukkan serbuk kari daging, sedikit air, hati l. Kacau hingga rempah pecah minyak. Masukkan pati santan & garam. Biarkan hingga mendidih & masukkan buncis. Kacau hingga rata & angkat.

Tuesday, April 5, 2011

Banana Crumb Muffin

Asslamualaikum,lama sungguh tak buat muffin,tetiba teringat ade pisang yang dah siap lecek dalam peti sejuk,opsss lupa muffin ni dah lama habis ye,chik mi buat hari sabtu malam,teringat muffin yang satu waktu dulu menjadi kegilaan dikalangan bloggers,tapi cakap benar ni memang SEYDAPPP muffin ni kena pulak crumb dia yg rasa-rasa ala caremel(sebab guna brown sugar) tu.Dah la buat muffin ni malam-malam boleh cari muffin tray entah kat mana chik mi simpan kes terlebih simpan la ni.nasib baik teringat ada tart mould yg jadi tukun kat dalam gobok tu dan cari jumpa patty muffin tu sama size.dah siap rasa suka pulak buat muffin size ni sebab tak terlalu besar,senang budak -budak nak makan.

Ingredients

  • 1 1/2 cups all-purpose flour
  • 1 teaspoon baking soda
  • 1 teaspoon baking powder
  • 1/2 teaspoon salt
  • 3 bananas, mashed
  • 3/4 cup white sugar~Chik mi guna brown sugar
  • 1 egg, lightly beaten
  • 1/3 cup butter, melted
  • 1/3 cup packed brown sugar
  • 2 tablespoons all-purpose flour
  • 1/8 teaspoon ground cinnamon
  • 1 tablespoon butter
Directions
  1. Preheat oven to 375 degrees F (190 degrees C). Lightly grease 10 muffin cups, or line with muffin papers.
  2. In a large bowl, mix together 1 1/2 cups flour, baking soda, baking powder and salt. In another bowl, beat together bananas, sugar, egg and melted butter. Stir the banana mixture into the flour mixture just until moistened. Spoon batter into prepared muffin cups.
  3. In a small bowl, mix together brown sugar, 2 tablespoons flour and cinnamon. Cut in 1 tablespoon butter until mixture resembles coarse cornmeal. Sprinkle topping over muffins.
  4. Bake in preheated oven for 18 to 20 minutes, until a toothpick inserted into center of a muffin comes out clean. 

Monday, April 4, 2011

Mee Goreng Mamak

Assalamualaikum,menu di pagi sabtu ,hehehh baru nak tempek kat sini ,tak pe tak de sapa nak marahkan,buat sampai 1kg mee ,sedangkan hanya5 mulut je yang nak makan tu pun belum tolak lagi dak picky eater tu,tapi alhamdulillah licin sebab kakak-kakak dan adik chik mi singgah kat rumah selepas menghadiri kenduri khawin anak sepupu.Memang plan nak buat banyak sebab ,malas nak masak lunch dah dah nak pergi kendurikan.Chik mi tak letak taugeh sebab bila balik tengok taugehnya dah menopous tu yang geram kalau beli dekat gerai yang bukan selalu kita pergi,maybe chi mi tak perasan kut taugeh tu basah(selalunya tak suka beli taugeh yang basah)jadi mee ni tak de taugeh dan dalam petisejuk tu pun hanya ada kubis aje.
Resepi yang mabeles dari rumah Kak Ayu,terdengar bualan angah dengan along ,eh along mee ni rasa lainkan tak macam yang selalu ibu buat tu,Along balas a ah la..Tapi sebab tak dak stok kicap pekat chik mi hanya gunakan kicap biasa aje.
Thanks Kak Ayu kita kongsikan resepinya kat sini ye :))
 Source:Kak Ayu
Ingredients:-
500g yellow noodles
100g sliced boiled beef
100g fish cakes sliced
some fresh prawns(optional- original recipe dont have))
1 cup of bean sprout
1 cup of chye sim
3-4 tbsp chilli paste
1 tbsp curry powder
3 tbsp black soy sauce
2 tbsp oil
1 big onion minced(I sliced)
1 cup egg whites
3 green chillies sliced thinly

Method:-
Heat oil and stir fry onion , chilli paste, green chillies, curry powder till frgrant. Add in beef and stir. Add in fishcakes and let it for a while.Add in soy sauce and noodles and stir well. Add in chye sim and make a well add inthe eggs and let it cook for a while before stirring. Stir well and lastly add in bean sprout , stir and turn off heat. This dish is a little dry.
Sources:-From Hanieliza.blospot.com