Sunday, October 25, 2009

Hatiku Berbunga Riang

Jeng,jeng kena pa tajuk tu ek? sukeeee sangat.Terima bingkisan dr jauh guna Royal Mail lagi .terima ni dari last week lagi ,tp ari ni baru sempat nak post kat cini.Terima kasih kepada hamba Allah yg sudi belikan n bersusah payah mengepos benda2 ni ke chik mi.Walaupun kita hanya kenal di alam maya tapi sanggup u.....Terima kasih sekali lagi..Jom kita intai isi kotak tu..
Yes silicon mould yg teramatlah comeinya.kat sini belum pernah ku lihat.Selain dari pinggan mangkuk yg putih ,chik mi jugak pengemar silicon mould.Terjatuh hati masa baru berchenta ngan MYR le..
Chik mi suke guna sm sbbnya senang nak keluarkan kek atau apa2 tak melekat.Boleh aje buat kukus @ bake
Ni pulak pastry brush jugak dr silicon.Yang ni dah lama chik mi terima tapi lupa nak buat tayangan amal.

Tuesday, October 20, 2009

Strawberry Mousse

Salam, dah berapa ari upload gambar ni tp ari ni berkesempatan nak post,bz tahap gaban,bulan ni macam2 course n trainning yg kena attend.Buat time lunch pulak tu,time tu je la chik mi nak merempit kat sini jap.Membebel la pulak.ari tu p Sshine strawberry on sale,hubby chik mi ambik ambik 2 kotak sbb dia suke makan strawberry coklat,tup2 chik mi bz + M stroberi duk parking je dalam esbok tu.Dah lama duk niat nak buat mousse ni ,since ari tu Pn mama poskan halal gelatin (Tq Zie ) so tertunailah niat tu.Resepinya dari Yani,pn tanah Myr.Tapi atasnya tu tak smooth la pulak cam org lain buat.


  • 10g(2tbsp) gelatin
  • 100ml air panas
  • 200g strawberry
  • 70g gula
  • 200ml fresh cream/whipping cream-chik mi ganti dengan yogurt
  • 1 sudu besar lemon jus

Cara-cara

  1. Campurkan gelatin dengan air panas. Kacau biar gelatin tak nampak ketul-ketul. Boleh juga panaskan dengan microwave.
  2. Buang tangkai strawberry. Dengan mixer/blander kisar strawberry, gula, fresh cream sehingga semua sebati .
  3. Masukkan pula gelatin dan s lemon. Mix sekejap. Tuangkan ke dalam bekas yang sesuai dan sejukkan


Gulai Sotong

Salam,gulai sotong aka kari sotong.




Friday, October 16, 2009

Udang Masak Lemak Wif Belimbing Buluh

Salam,Masa dok belek2 SD card tu tub2 ternampak gambar ni ,buat dah lama tp lupa nak posting ler,ari tu masak p market ternampak ade satu gerai tu juai udang rimau,chik mi beli sebabnya teringat ade belimbing buluh dalam esbok tu.Pebret chik mi ,kena pulak ngan sambal belacan ngan ikan pekasam mak mertua lalu kat belakang pun tak nampak kan.hihhi





Creamy Chicken Soup

Breakfast Along & Angah,selalunya anak 2 chik mi tak mau taruk mushroom tu yg chik mi guna shredded ayam je,so jadi ler chicken soup kan.Resepi asal dari Minami dr MYR.Thanks mmg selalu guna resepi ni & anak2 pun suke makan ngan garlic bread.

Bahan-bahan ( 6 org )

  • 1 keping dada ayam
  • 1500 ml air
  • 500 ml susu segar(susu kotak)
  • 1 ketul kiub ayam
  • 1 tin kecil cendawan butang(dihiris kecil2)
  • garam
  • secubit ajinomoto - Chik mi letak secukup rasa
  • 1 cawan tepung gandum

Cara-cara

  1. potong ayam kecil2. masukkan ayam dan air ke dalam periuk. rebus sehingga masak.
  2. masukkan susu dan kiub ayam. masak guna api yang perlahan. masukkan mushroom.
  3. masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat. tambah perisa, garam dan ajinomoto.Siap utk dihidang. sedap dimakan dgn roti.



Tuesday, October 13, 2009

Pemberian Dari Anak-anak Sedara

Saje je nak share kat sini,pemberian dari anak2 sedara kesayangan,Chaq n Acik.Cucu mak,chik mi dah berbelas orang,cicit pun dah nak masuk 10 orang,bukannya tak sayang semua ,sayang tapi ngan kak chaq ngan kak chik ni lain skit,sebabnya kami mmg rapat dari kecik lagi,Kak chaq ngan chik mi sebaya pastu acik pula pulak beza pun tak jauh mana,2 orang ni mmg selalu bagi chik mi macam2 so kita pun terima aje,dah orang berikan hihihi.Buat chaq n acik thank you soooo much,semoga keakrapan kita kekal selama lamanya.
Ni fresh from the oven ni,hihihi depa p kedai sbbnya acik menjual tudung ni,nak p ambik stok siap kol chik mi tanya nak tak tudung ikin 'butterfly' fesyen baru.kita pun apa lagi naaakkkkkkk aje
Jangan jeles yer saje nak tayang kalu rase nak muntah cepat2 ler carik bilik air.

Ni pulak chaq belikan untuk chik mi masa raya baru ni


Kailan Ikan Masin

Salam ,balik tadi sempat buat kailan ikan masin buat juadah berbuka ari ni,pastu goreng skit terubuk masin (tak berapa masin sangat pun) yg ni chik mi beli kat Tanjung Dawai ari tu.,tp tak sempat nak tembak2(zila pinjam sat ayat hihihi).




Sunday, October 11, 2009

Roti Jala Vs Kari Ayam

Salam,huhuhu dah bersawang teruk umah ni,jenuh chik mi nak polish hihihi,sebenarnya tak ilang ke mana pun cuma keadaan tak mengizinkan untuk hapdet aje,opssss jangan pikir yg lain ye tak ade2 apa bulan mengambang dengan jayanya hihihi.Ok lah ari ni ade sikit kerajinan nak masukkan N3,Chik mi buatkan roti jala untuk orang2 kat umah ni,sukanya Sabrina bila tengok ada roti jala,Adunannya roti jal ni chik mi selalu guna resepi kak ummi kuantan,sedang elok aje adunannya.Kali ni buat roti jala ni tak tension sebab ade pan baru,selalunya tension woo walaupun chikmi guna tefal non-stick tu still jugak melekat.Angah pun perasan pagi tadi masa kat dapo angah tanya chik mi,Bu ari ni bu buat roti jala tak tension ye bu ,hahahaha angah pun perasan ye chik mi tny kat angah,angah jwp selalunya ibu selalu mengeluh bila buat roti jala,chik mi jawap dah tak lagi ler angah ,ibu dah dapat formulanya ,hihihhii.
Ari tu chik mi p 'Little India' sebab nak carikkan apom pan utuk kakak chik mi,tetiba terbekenan la pulak ngan pan ni.Apom pan chik mi ,chik mi kecek kat MIL,bertuah punya menantu kan.Sebenarnya chik mi nak bagi duit MIL chik mi kata tak yah lah Mie rm10 je,wow murahnya.so chik mi pun p carik ler utk kakak chik tp kat sini mahal ler,rm26,so chik mi pun pesan ngan MIL utk kakak,so chik mi beli pan ni pun sama rega rm26.oo made in Chennai tapi qualitynya lebih elok dr apom pan tu.Nak tengok apom pan tu nnti ye chik mi buat apom lenggang lagi ye.



Friday, October 2, 2009

Terima Kasih

Salam ,terima kasih semua yg tinggalkan jejak kat msg box,semuanya dah chik mi baca cuma tak berkesempatan nak membalas semua,bukannya Chik mi beraya sakan ,cuma lepas masuk kerja semua anak beranak kena demam selsema ngan sore throat,takut jugakkan dengan keadaan sekarang ni.Tapi alhamdulillah dah beransur pulih cuma chik mi still dalam keadaaan menggong aje.Harap2 tak de buat salah lerkan .
Kepada yg bertanyakan gambar raya hihihihi takde gambaq raya tahun ni,nak kate sibuk mmgler sibuk pastu mood bergambar mmg tak de ler hihihih kita ni bukan fotogenik lar hihihi sori ye.
oh ye sebelum terlupa semalam 1 okt 2009 genaplah 13 thn ayahanda tercinta meninggalkan kami semua.sedih mengenangkan sbb nya pada tarikh tu jugak chik mi mula berkerja dengan syarikat ni.Alfathihah buat ayah HjAbdul Rahman Hj Samad,semoga roh ayah ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman Aminnnn Ya Rabbal A laminnn .....