Thursday, December 10, 2009

Bubur Cha Cha

Salam, balik dr ofc hubby chik mi minta buatkan bubur cha cha,hihihi tergelak chik mi,Chik mi cakap malam2 mana ade orang makan bubur,tapi chik mi buatkan jugak nak jadi isteri mithali ler katakan (jangan muntah ijo ye).Walaupun tak berape lengkap sebabnya tak de pisang dengan ubi keladi cuma ade keledek je tetap menjadi jugak bubur cha chaku itu.
Hubby chik mi kalau bubur mesti nak ade sagu,so nyaman je masuk tekak.Jom kita makan



Wednesday, December 9, 2009

Blueberry Cheese Tart

Malam tadi sempat buat cheesenya,shell tartnya dah buat 2 minggu yg lepas,tapi bermacam2 yg terjadi so akhirnya malam tadi baru sempat tunaikan request angah.Sukeee walaupun tart shellnya disimpan dah 2 minggu tapi still rangup gitu.Kali ni chik mi guna resepi dari Rnet,sedap,cuma feed back dr ofcmate kata next time kena taruk perahan lemon skit kasi masam2 sikit.

Walaupun ghupamu tak lawa tetapi tetap menjadi pojaan hatiku kih kih kih

Saje je nak tempek gambaq banyak2 walaupun tak cun !!!!

Sumber : Alex Goh

SWEET PASTRY

*Berat pastri yang terhasil lebih kurang 780 g.

Bahan A

200 g mentega

100 g gula aising-chik mi bubuh 68g je

1/4 sudu teh esen vanilla

Bahan B

1 biji telur

Bahan C

420 g tepung

1 sudu besar tepung susu

Cara-cara

1. Putar (A) hingga lembut dan tambahkan (B). Putar lagi hingga gebu.

2. Masukkan (C) dan gaul sehingga sempurna.

* Tat akan bewarna keemasan dan rangup jika dibakar di rak bawah ketuhar (lebih kurang 1/2 inci dari bahagian bawah ketuhar.

BLUEBERRY CHEESE TARTS

Bahan-bahan

300 g Sweet Pastry

Filling

Bahan A

250 g cream cheese

50 g gula- chik mi bubuh 35g

25 g mentega

Bahan B

1 biji telur

Bahan C

25 g whipping cream - tak bubuh pun

Bahan D

20 g tepung

Blueberry filling

Cara-cara

1. Tekankan pastri manis ke dalam acuan tat. Tusukkan lubang di kulit pastri dan bakar pada suhu 190 darjah Celcius selama 15 minit atau sehingga kuning perang. Ketepikan.

2. Inti : Pukul (A) sehingga licin dan gebu. Masukkan (B) dan pukul hingga sebati. Tambahkan (C) dan sebatikan hingga sempurna. Campurkan (D) dan ratakan dengan sempurna.

3. Tuangkan inti keju ke dalam kulit pastri yang telah dibakar tadi. Bubuhkan sedikit jem beri biru di permukaan atas dan bentukkan corak olakan.

4. Bakar pada suhu 200 darjah Celcius selama 10-12 minit.

Nota :-

* Jika inti keju dibakar terlalu lama, permukaannya akan menjadi retak.

* Untuk menjadikan permukaan atas tat lebih menarik, sapukan apricot glaze supaya ia kelihatan berkilat. (Apricot glaze + sedikit air dan panaskan di atas dalam periuk kecil di atas dapur hingga campuran tersebut cair)

* Strain (tapis) blueberry filling tersebut supaya filling tersebut dapat keluar dengan lancar sekiranya menggunakan piping bag ketika menghias. (Ini terkena batang hidung sendiri hari tu, bila nak pipe buat bentuk spider web tak jadi sebab tersumbat-sumbat dan berbiji-biji)




Daging Goreng Kunyit

Salam ,menu dgg lagiiii.dgg goreng kunyit yg simple dimple,anak2 suke ibu pun gembira hihihih dah tak tahu nak masak apa ,since budak2 suke dgg masak macam ni so senang ler kerja ibukan




Sunday, December 6, 2009

French Loaf Pizza

Idea utk french loaf pizza ni aritu nampak kat rumah Rrozie,masa dedulu selalu duk beli kat bakery,tapi sekarang ni kita buat je tak yah beli lagi.Semalam masa pergi Tesco hubby tanya nak beli Baguette tak?Chik cakap ok ler so dia ambik 2 batang,so jom kita minum petang.Kak Rosaliza mari ler kita minum petang sambil borak2 ye.hihii


Jom kita tengok apa yg chik mi bubuh dalam pizza ni.
Spagggetti sos- chik mi guna sos tradisional campells
mini sosej
Daging Burger - chik hancurkan tambahkan sedikit maggi seasioning
oregano
chili flake
pizza topping -kalau bubuh banyak2 lagiiiii sedap,tapi chik mi kekurangan so sikit2 je chik bubuh





Seafood Tomyam

Salam ,menu tengahari chik mi ari ni,Tomyam paste ni chik mi beli masa ke Padang Besar aritu 2 bulan yang lepas.Made in Thailand best sangat2 sebabnya perencah ni dah cukup masam dan pentingnya pedassssss,sukeeee u chik mi pun tau nak pilih yg mana satu so tanya je ngan penjual yang mana sedap,so dia rekomen yg ni.Chik mi kalau tomyam mesti nak yg pekat2.Hubby chik mi pun suke ngan paste ni so sesape yang nak p Padang Besar chik nak pesan tomyam paste ni lagi hihihihiih .


Tomyam paste yang chik mi gunakan,